Tuesday, 8 March 2011

AcHiKz tak normal ke kalau tak buat macam korang buat??


Lebih banyak rasa kecewa dari rasa marah yang AcHiKz alami semalam.. Kecewa dengan sikap segelintir pemandu2 diluar sana.. Segelintir?? Macam dah tak sesuai pula perkataan tu kan??Rasanya KEBANYAKAN adalah perkataan yang paling sesuai..

AcHiKz tulis semula kenyataan tadi.. Kecewa dengan sikap kebanyakan pemandu2 diluar sana.. Kenapa?? Sebab semalam saja, AcHiKz 3 kali kena hon gara2 perlahankan kenderaan dilampu isyarat kuning.. Bukan kena hon aje, siap berhenti sebelah kereta AcHiKz dan kasi isyarat tangan yang tak sedap mata memandang..

Seingat AcHiKz, dalam kelas undang2 dulu, masa tengah berkobar2 nak dapatkan lesen, bukan main la menghafal apa maksud lampu kuning tu.. Takut nanti salah jawab, tak lulus pula kena ambil semula ujian.. AcHiKz sertakan kat sini untuk mengembalikan ingatan pada sesiapa yang kurang ingat tu..


LAMPU KUNING : Bersedia untuk berhenti, jika terlalu hampir dengan garisan dan tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan..

Kebanyakkan pemandu sekarang ni, pantang nampak aje lampu kuning tu bukan nak perlahankan kenderaan, makin ditekan pedal minyak lagi ada la.. Walaupun jauh dari garisan dan mampu berhenti tapi tak nak berhenti langsung.. Bukan aje membahayakan diri sendiri tapi pengguna jalan raya lain pun turut berisiko.. Yea la, dah laju macam nak meroket ke langit, mana sempat lagi nak tekan brek atau elak apa2 halangan didepan.. Nak tak nak langgar aje la apa yang ada kat depan..

AcHiKz pernah tengok sendiri kemalangan macam ni.. Pemandu ni memang dah memandu laju, lagi ditekan la minyak tu bila lampu kuning dok kelip2..Sampai aje simpang lampu isyarat tu, kereta pemandu tu di'sapu' bersih oleh lori dari arah kanan.. Rempuhan kuat sampai tercabut lampu isyarat sebelah kiri.. Tak tahu la apa nasib pemandu dan penumpangnya sebab AcHiKz tak nak berhenti dan tak nak tengok pun..

Kejadian tu memang jadi peringatan dan pengalaman yang tak boleh AcHiKz lupa.. Buang la jauh2 tanggapan lampu isyarat kuning itu sebagai isu yang remeh sebab ia melibatkan nyawa kita dan juga pengguna jalan raya yang lain.. Kejadian hanya berlaku sekelip mata tapi impak akan kekal selamanya..

3 comments:

nikaviolet said...

mmg pown...pemandu skng bnyk yg kuang aja,nk pulk tgk kite org pompuan yg bwk...lgi laaa....

KAMIHIDUP said...

sabarlah ye, pandu dgn berhemah. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

nikaviolet : pemandu yang 'kurang' tak kira lelaki atau perempuan.. dua2 sama naik..

kamihidup : baik!! (^^)y