Monday 28 March 2011

Aktiviti AcHiKz di hari minggu


Entry terakhir AcHiKz update awal2 pagi hari Sabtu.. Lepas tu AcHiKz senyap aje sampai hari Ahad.. Hari ni baru nak cerita apa aktiviti AcHiKz dalam masa dua hari tu..

Sabtu - 26 Mac 2011
Tak sempat nak keluar dari kereta pun, hujan turun selebatnya.. Jadi tak jogging la AcHiKz untuk hari ni..

Lepas sarapan mama ajak teman dia pi pasar.. Tak cukup bahan2 untuk jamuan esok katanya.. Semalam AcHiKz dah siap siang 80 ekor ikan kembung untuk mama.. Hari Ahad ada jamuan makan tengahari kat wad dan mama rancang untuk sediakan ikan goreng dan air asam..

Lepas turunkan mama kat rumah, AcHiKz terus ke Dewan Rukun Tetangga.. Dah janji nak tolong ayah siap2kan dewan untuk mesyuarat petang ni.. Dekat jam 1 petang baru selesai semua kerja..

Hujan masih turun walaupun dah masuk 4 petang.. Walaupun hujan lebat, AcHiKz redah juga untuk pi ambil Oliea dan Ammar (adik Oliea) sebab Ima jemput kami makan Laksa Sarawak.. Peluang yang dah lama AcHiKz tunggu sebab kali terakhir AcHiKz makan masa tinggal kat Miri tahun 1992 dulu..


Memang puas hati la.. Memang sedap!! Berbaloi la memandu dalam hujan lebat demi semangkuk Laksa Sarawak (lebih dari semangkuk sebenarnya).. he3

AcHiKz sambut Earth Hour lebih dari masa yang sepatutnya sebab letih sangat.. AcHiKz sambut sampai jam 6 pagi esoknya..


Ahad - 27 Mac 2011
Jogging macam biasa walaupun awal pagi tadi hujan.. Terasa stoking lembab aje bila lalu kawasan yang berlopak, rupa2nya tapak kasut sukan AcHiKz dah pecah.. Besar juga pecahnya, macam tak ada harapan nak diselamatkan lagi..

Singgah pejabat pos untuk hantar kad ucapan hari lahir Ainina yang ke-7..
**Bangah, jangan cerita kat Ainina okay, ini surprise.. (^^)

Balik kepada tujuan utama, beli kasut sukan yang baru.. Tak boleh merayau lama2, takut tak sempat nak masak untuk makan tengahari..

AcHiKz berkenan antara warna oren dan kuning.. Puas fikir, AcHiKz pun pilih warna kuning sebab AcHiKz selalu pakai t-shirt kuning masa jogging.. Saiz apa yang AcHiKz pakai?? Scroll ke bawah untuk lebih lanjut..

Saiz 9 tu.. Kalau ikutkan memang saiz kasut berbeza ikut rekaan tapi kebanyakkan kasut AcHiKz mula dari saiz 9.. Ada 1-2 kasut aje yang bersaiz 8.5.

Malamnya AcHiKz layan episod terakhir MERLIN musim ke-3.. Sedih la juga sebab AcHiKz ingat siri tu dah tamat terus, tapi dipenghujungnya bertulis "We'll be back" terus hilang rasa sedih..

Merlin, AcHiKz akan merinduimu!! (^^)y

5 comments:

Anonymous said...

cantik kasut achicks tu... jeles nengoknye

Surie said...

Padatnye aktiviti die!!

Oh, nk makan laksa sarawak juga!!Last mkn wktu aidilfitri lps..Makan time open house umh xe-lecturer..dia sarawakian..sedap woo!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : trimas.. sengaja pilih warna lain dari yang lain.. new arrival tu.. he3

surie : sedapkan laksa sarawak.. sampai hari ni dok ingat lagi.. nampaknya kena cari orang sana la.. boleh borong rempah laksa banyak2..

najwa's said...

wah2, tak penah makan laksa sarawak lagi. :'(

Wahida Nasution Thakhrim said...

najwa : kena cuba.. sedap tau..