Tuesday 8 June 2010

JuSt BeCaUsE i'M FaT


Aku ni tak begitu bertuah dalam percintaan.. Selalu aje hubungan aku dengan si dia terputus di tengah jalan (tak sempat nak berhenti kat tepi jalan.. hu3).. Kecewa tu memang la kecewa tapi apa boleh buat, kena jugak teruskan hidup dan berharap hubungan yang akan datang lebih baik dari yang dulu..

Kalau tak silap aku, kalau tak silap aku la mr. popeye ni pakwe aku sekarang ni pakwe yang ke-5.. Nombor 4 & 5 ni mula masa belajar kat kolej.. Yang nombor 1,2 & 3 masa dok sekolah menengah.. Masa 2 tahun dalam form 6 aku tak ada pakwe..
Aku ni nak cerita pasal sorang mamat ni yang aku kenal lepas aku putus dengan pakwe ke-4 sebab dia dah curang sama aku.. Kantoi depan mata aku sendiri.. Aku tak ada la pi depan dia nangis 2 tanya kenapa dia curang sama aku.. Aku cuma pi depan diorang, LAGA KEPALA diorang kuat2 lepas tu pergi dari situ..

Berbalik pada mamat sorang ni, nama dia B (ambil dari huruf depan nama dia).. B ni sebilik dengan abang angkat aku dalam kapal.. Aku dengan B sekadar hantar mesej, berbual dalam telefon agak lama la.. We are getting closer each day tapi belum declare apa pun lagi la.. Lagi pun kami ni belum dapat jumpa lagi.. Tapi bila B cakap dia dah pindah ke satu stesen komunikasi (SK) area Perak, dia nak sangat jumpa aku.. Aku pun setuju.. Pada hari yang dah ditetapkan, kami pun berjumpa la.. Dah tengok muka masing2, berbual sikit2 aje sebab dia datang jumpa aku kat asrama pun dah malam.. Aku pun malas nak gi mana2 sebab aku mengantuk+penat.. Perjumpaan kedua aku dengan dia dia datang bawak lemang dengan rendang sebab dia ada beritahu yang SK ada buat jamuan hari raya.. Kenduri sakan budak2 rumah aku makan lemang dengan rendang.. Sedap~~
Lepas dari tu kami dah jarang hantar mesej, jarang berbual.. Kadang2 bila aku mesej dia, dia tak balas pun.. Kalau ada pun mesej macam mau tak mau aje.. Aku pun terus tak mesej dia lepas tu.. Lebih kurang 3 minggu lepas kecik hati mesej aku tak berbalas, aku terima panggilan dari B.. Katanya ada benda penting nak cakap..Berdebar aku tunggu apa la benda penting B nak beritahu.. Mana la tau kalau2 dia kata rombongan masuk meninang aku akan sampai dari Melaka.. Boleh cardiac arrest aku!! (@-@")
Perasan betulkan aku ni.. he3..
Apa pun benda yang nak dia sampaikan, samada berita baik ke berita buruk ke aku dah ready.. Yea la, bukan semua yang kita harapkan akan kita dapat..

"minta maaf banyak2, kita kawan2 aje yea.. tak lebih dari tu sebab saya tak suka girlfriend yang gemuk.. saya harap wahida tak kecewa..kita masih berkawan kan??"

TERDIAM.. Rasa nak terlepas handphone pun ada tapi bila ingat handphone tu baru aje aku beli, tak jadi ler niat nak lepaskan.. hu3.. Sebenarnya aku dah jangka apa yang dia nak cakap dengan aku sebab dia ada bagitahu yang dia suka perempuan berbadan kecik.. Sah2 la aku ni tak menepati ciri2 tu.. Tak pe la, dia bukan jodoh aku agaknya.. Aku tak janji pun untuk masih berkawan dengan dia.. Sebagai tanda minta maaf dia kenalkan aku dengan mr. popeye.. Aku sebenarnya malas dah nak berkenalan2 macam ni lagi sebab dah tawar hati.. Kecik hati aku ni walaupun benda yang dia nak cakap tu dalam jangkaan aku sebenarnya..
Tapi sebab tak mau kecewakan mr. popeye yang nak sangat berkenalan dengan aku, aku pun layan aje la.. Tapi tak letak apa2 harapan sebab AKU NI GEMUK, tak padan dengan orang slim.. Perjumpaan aku dengan mr. popeye pun tak dirancang sebenarnya sebab aku dari SP datang Ipoh sebab nak tukar uniform sebab saiz yang aku tempah tak muat (bukti aku ni budak gemuk..) kena tukar saiz yang lebih besar.. Dengan usaha tanpa putus asa, mr. popeye berjaya yakinkan aku untuk terima dia dan sampai saat ni (saat aku taip entry ni) kami masih lagi bersama.. (^^)
Melalui mr. popeye la aku tahu perkembangan B.. Mr. popeye yang cerita kat aku yea, aku tak tanya sebab dah tak mahu ambil tahu.. Dalam tahun ni katanya B nak kahwin.. Aku pun okay aje la.. Malas nak komen lebih2..

Nak dijadikan cerita, pada satu hari minggu aku keluar dating dengan mr. popeye.. Ada couple berjalan datang ke arah kami.. Rupa2nya B dengan bakal isterinya.. Nasib baik tak terkeluar biji mata aku ni sebab tak percaya dengan apa yang ada depan mata aku.. Apa yang aku nampak?? Mesti la bakal isteri B depan mata aku, tapi yang buat aku tak percaya adalah perempuan tu LEBIH GEMUK dari aku..

Itu la, moral of the story adalah jangan mengukur bentuk fizikal seseorang untuk menentukan sesuatu hubungan itu berjaya atau tak.. Macam kes si B, bersungguh2 la tak nak yang gemuk, tapi yang gemuk tu la yang dia sunting jadi penyeri di hati..

Apa pun, semoga berbahagia aku ucapkan pada B dan pasangannya..
Semoga korang berkekalan hingga akhir hayat..

6 comments:

Anonymous said...

hello sis..selalu jugak sy terbaca post2 mcm ni tapikan jrg ada org mok mengaku perkara mcm ni..lelaki zaman skg ni memang suka pompuan slim2..x nk pompuan mcm kita ni..tapikan sis,ada juga yg suka pompuan yg comel2..bg meka senang pelok..mcm teddy bear..hehehehehe..cheer up tau..semoga yg terbaik selalu bersama anda.. =)

Wahida Nasution Thakhrim said...

hello monica..
rasa benda macam ni patut kongsi pada sesiapa yg pernah alami perkara yg sama..
memang ada lelaki yang suka perempuan comel badannya (><") tapi susah la nak jumpa..
tak sedih pun, sebab dah banyak kali jadi.. jadi dah ready utk segala kemungkinan..
thanks.. (^^)

Tishrin said...

kak chik! lelaki mmg diskriminasi... nak yg slim melim, dahi licin, kelas A.. yg mcm kita ni dipinggirkan.. mmg mcm tu.. redha. rin redha kak cik.

Wahida Nasution Thakhrim said...

kak cik pun redha jugak la rin.. kalau mr. popeye main2 aje dengan kak cik, tak mau la terima dia.. sanggup single aje..

Anonymous said...

wahida.......senasib la kite..lhuhuhu b4 ni sy pun pnh mgalami mcm ni gak..kn reject...eh..sy copy story awk ltk kat fb ye....bg org len bace...leh kan??????sy pun ade add awk kat fb...onie_ratna hope we can be friends

Wahida Nasution Thakhrim said...

hai onie.. sorry la lambat reply comment awak.. nak copy?? silakan.. saya benarkan.. yup.. we can be friends..