Thursday, 10 June 2010

PeRaNcAnGaN MaSa DePaN


Cuti sekolah sekarang ni mesti banyak undangan majlis perkahwinan yang kita akan dapat.. Banyak sampai tak sempat nak memenuhi semua undangan.. Hal yang sama jugak berlaku pada aku.. Minta maaf banyak2 pada raja sehari yang diraikan sebab aku tak dapat nak hadiri majlis perkahwinan korang.. Cuma aku boleh ucapkan

" SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT.."

Setiap daripada kita semuanya ada harapan & matlamat yang hendak dicapai terutamanya bila bila dah ambil keputusan untuk mempunyai pasangan.. Betul tak?? Macam tu jugak aku.. Aku pun dah ada perancangan masa depan terutamanya untuk mendapat kebahagiaan bersama orang yang aku sayang..

ringkaskan lukisannya
but it tells everything..

Setakat ni aku dah lepas langkah 1 dan 2 dengan penuh syukur & gembira.. Alhamdulillah~~
Jadi sekarang ni aku tengah usaha untuk ke langkah ke-3.. Langkah yang dinanti2kan oleh semua perempuan termasuk la aku.. hu3.. Bohong sangat la kalau ada perempuan yang tak mahu kahwin.. Ada schoolmate aku memerangkap best friend seumur hidup bermati2an la tak nak kahwin sebab takut (masa tu kami dalam tingkatan 2 atau 3).. Dah lupa aku apa yang dia takut tapi rasanya banyak jugak la benda yang dia takut dalam perkahwinan ni..
Takut2 pun dah kahwin jugak dia.. Kahwin pada hujung tahun lepas dan sekarang ni tengah menanti kedatangan ahli baru dalam hidup diorang.. TAHNIAH yea..

Walaupun aku tengah usaha untuk le langkah yang ke-3 tapi sebenarnya langkah ke-7 sangat aku nanti2kan sebab itu la matlamat utama aku.. Bersama dengan orang yang aku sayang sehingga akhir hayat aku.. Aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan aku, mungkin aku tak sempat nak jadi tua sebab menginggal muda. Mungkin jugak orang yang aku sayang akan pergi tinggalkan aku dulu.. Entah la, benda macam ni memang tak dapat nak duga dan tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan.. Apa pun yang paling penting sekali, kita kena usaha untuk mendapatkan kebahagaiaan sebab kebahagiaan tak mungkin datang kepada kita dengan sendirinya..

Pada langkah mana korang berada disaat ni??
Semoga kita semua akan sampai ke langkah yang terakhir iaitu
GETTING OLDER TOGETHER WITH THE ONE WE LOVE..

No comments: