SEDIHNYA..
Hari ni aku keluar exercise kat shopping mall.. Niat nak hilangkan bosan asyik terperap aje kat rumah.. Sambil merayau tu ternampak pulak kasut.. Terasa pulak nak beli kasut.. Lagipun sekarang ni tengah SALE kan.. Lagi la rasa nak beli kasut..
Makin dipandang, makin berkenan.. Teruja aku.. Boleh dikatakan setiap kedai kasut yang ada aku masuk.. Belek sana, belek sini.. Macam2 design aku berkenan.. Rambang mata oo.. Nasib baik tak juling mata ni.. hu3.. Duduk kejap.. Rehatkan kaki dan sambil buat keputusan kasut yang mana nak beli.. Terbayang2 semua kasut yang aku berkenan.. Kalau ikutkan nafsu aku ni mahu aje aku beli semuanya.. Huish!! Tak boleh macam ni.. Achikz, pilih satu aje, jangan gatal nak borong semua kasut2 tu.. Entah pakai ke tak semua kasut2 tu nanti..
Alright!! Keputusan yang muktamad dah dibuat!! Minta saiz yang aku pakai.. Uiks!! Kenapa tak muat pulak ni?? Besar la pulak.. Minta saiz kecik sikit.. Alamak!! Tak muat la pulak.. Saiz yang setengah2 tak ada.. hu3.. Masuk pulak kedai lain, jadi jugak hal yang sama.. 6 kedai kasut yang aku masuk semuanya tak ada saiz aku.. Pelik sangat sebab selama ni aku tak ada masalah masa nak beli kasut.. Kali ni semua design kasut yang aku berkenan langsung tak muat dengan kaki aku.. Terus mati niat nak beli kasut.. Sedih lagi kecewa~~
Aku balik rumah dengan tangan kosong, tak beli apa pun..
No comments:
Post a Comment