Wednesday 29 September 2010

bErHaTi2 DeNgAn MiNuMaN iNi



Nampak menarik kan minuman ni?? Tapi ada tak korang belek2 apa bahan2 yang ada dalam minuman ni?? Ini adalah keluaran terkini dari Yeo's (agak terkini la, i think).. Minuman kacang soya fusion dengan kacang hijau..

Lihat betul2 pada bahan yang terkandung dalam minuman fusion ni.. Ada nampak tak bahan yang bertanda pensel tu?? Didakwa E471 adalah emulsifier yang diekstrak dari lemak babi.. Oopps!! Kena sopan sikit.. Dari lemak khinzir..




Ada juga pihak yang mengatakan E471 juga boleh diekstrak dari tumbuhan sebab ada produk yang mengandungi E471 mendapat persijilan halal oleh JAKIM.. Apa pun sebagai pengguna khasnya pengguna beragama Islam harus peka dengan apa yang korang makan..

"Mencari yang HALAL tu fardhu bagi umat Islam"

p/s : AcHiKz jarang sangat la minum air dalam kotak ni.. Selalu bawak air masak dari rumah aje.. Botol air AcHiKz sebesar bantal peluk baby.. (^^)

aSaM PeDaS iKaN KeMbUng


Akhirnya!! Berjaya jugak AcHiKz masak asam pedas.. Selama ni cuba tapi tak berjaya.. Ada aje yang kurang, ada aje yang terlebih.. Kali ni dah secukup rasa..


Meh AcHiKz nak share resipinya.. Measurement bahan2 tu ikut citarasa sendiri yea..

Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung saiz besar
2 biji tomato - dibelah empat
1 tangkai bungan kantan - dibelah dua
5 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air asam jawa - ikut selera

Bahan - bahan dikisar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh kunyit serbuk
cili giling - ikut selera

Cara Penyediaan :
-Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang dikisar hingga naik minyak dan wangi..
- masukkan semangkuk air dan biarkan sehingga mendidih..
- masukkan ikan dan kecilkan api (kalau ikan tak tenggelam, tambahkan air lagi)..
- setelah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, air asam jawa, tomato dan garam secukup rasa..
- biarkan mendidih lebih kurang 10-15 minit dalam api yang perlahan (tambah apa2 yang patut kalau tak cukup rasa yang diingini)..
- sedia dihidang..

Tuesday 28 September 2010

FrEe 2011 CaLeNdAr



Walaupun masih ada lebih kurang 3 bulan lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2011.. Sebagai persediaan, apa kata korang ke BigHandDesign untuk mendapatkan kalendar tahun 2011 rekannya secara percuma..

Bila dah ada kalendar 2011, senang sikit nak buat perancangan..

Monday 27 September 2010

MeNaNgGaLkAn SoLeKaN MaTa CaRa AcHiKz


Hari ni AcHiKz nak kongsi 2 produk yang AcHiKz guna untuk menanggalkan solekan terutamanya solekan mata..

All about baby - Baby wipes
2x30 sheets cuma RM3.10

Baby wipes ni memang jadi pilihan utama AcHiKz sebab mudah digunakan dan senang sangat nak bawak bersama kalau keluar.. 1-2 keping sahaja AcHiKz guna untuk tanggalkan solekan.. Selain ada rumusan daun lidah buaya dan Vitamin E, baunya pun sedap..

Safi Minyak Zaitun yang diperkaya dengan Vitamin A, C dan E

Dulu memang minyak zaitun jadi pilihan utama tapi sekarang ni dah kurang sebab kadang2 kalau tak sedar penutupnya tak ditutup dengan rapat minyaknya meleleh keluar dan kena pada barang2 lain dalam beg.. Minyak zaitun ni AcHiKz banyak guna untuk solekan mata yang tebal.. Kalau yang biasa2 pakai baby wipes dah cukup..

Memang banyak produk menanggalkan solekan yang ada di pasaran dan 2 produk ni jadi pilihan AcHiKz sebab keberkesanannya dan sesuai dengan kulit AcHiKz ni.. Lagi pun AcHiKz ni bersolek biasa2 aje jadi tak perlu la produk yang mahal sedangkan ada produk yang murah dan berkesan..

BerJiMat DeNgAn WaTsOnS VIP CaRd


Kini pelanggan2 setia Watsons - Your Personal Store boleh berjimat jika menjadi pemegang kad keahliannya.. Lebih banyak mata ganjaran akan diperoleh apabila korang berbelanja di Watsons dan produk kegemaran korang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran tersebut..

bayar sebanyak RM12 untuk memperoleh 'pasport' ni..

terdapat kad keahlian yang tersedia no. kad dan juga kata laluan dibelakangnya untuk mengaktifkan keahlian..

'gift voucher' dan juga buku panduan disertakan..

Keistimewaan Watsons VIP Card :
- Setiap RM1.oo yang dibelanjakan bersamaan dengan 1 mata ganjaran
- 2 kali mata ganjaran apabila membeli barangan keluaran Watsons
- 5 kali mata ganjaran pada bulan kelahiran anda (sah untuk pembelian pertama sahaja)
- 200 mata ganjaran bersamaan dengan RM1.00
- Promosi istimewa pada setiap bulan
- Jemputan ekslusif pada pemegang kad..

KoPi LuWaK



Kopi3.. Sekarang ni dah jadi minuman kegemaran ramai.. Tak kisah la korang ni penggemar caffe latte ke, espresso ke, flat white ke yang penting kena tahu dari mana datangnya biji kopi minuman kegemaran korang tu..

Kat mana2 sekarang ni asyik bercerita pasal kopi luwak.. Yea, kopi luwak yang menjadi kegemaran penggemar kopi samada dari tempat asalnya sendiri iaitu negara Indonesia dan juga di peringkat antarabangsa..

Mahal tau harga kopi ni.. Kat Amerika Syarikat aje harga bagi 500gram kopi ni USD190 (RM340)!! Kat pasaran antarabangsa harganya mampu mencecah USD340 (RM1099) sekilo!!

Disebabkan rasanya yang unik dan enak (tak terbayang ler AcHiKz sejauh mana enaknya) yang digambarkan oleh penggemarnya, pada AcHiKz mungkin ada benarnya kata2 pada gambar kat bawah..

sumber : suara kotemporari, KOSMO!

Saturday 25 September 2010

DaH LeNgKaP!!



Alhamdulillah!! Akhirnya surat yang AcHiKz nanti2kan sangat sampai tak dapat nak tido lena dah selamat tiba dalam peti surat rumah AcHiKz tadi..

Jadi dah lengkap la segala dokumen yang diperlukan untuk dibawa nanti.. Takut la jugak sebab AcHiKz pun salah sebab hantar borang pun dah dekat sangat dengan tarikh akhir yang dah ditetapkan.. Mana la tahu kalau pihak diorang tak sempat nak proses borang AcHiKz, tak dapat ler AcHiKz nak konvo..

Malam ni AcHiKz dah boleh tido lena..

Friday 24 September 2010

iKaN CeNcArU fOr LuNcH


Hari ini AcHiKz sediakan ikan cencaru belah belakang.. Mama dah belikan sebelum AcHiKz minta.. Mama macam pandai aje baca fikiran anak degil dia ni.. ha3

Bahan-bahannya :

4 ekor ikan cencaru bersaiz sederhana - dibelah bahagian belakang
7 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
2 batang serai - dihiris halus
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
- bersihkan ikan cencaru dan lumur ikan dengan garam dan kunyit..
- tumbuk semua bahan mengikut citarasa anda (nak halus atau sedikit kasar)..
- sumbatkan sambal yang sudah ditumbuk tadi kedalam ikan..
- panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa..

p/s :
api jangan terlalu kuat.. takut kalau sambal tu tak masak.. nanti sakit perut pulak..

ikan cencaru yang sedia untuk digoreng..

sOaLaN PaNaS!!


Memandangkan semalam dah masuk 25 tahun umur AcHiKz ni, AcHiKz diserang dengan soalan panas yang selalu ditanya sama makcik2 jiran sebelah, belakang rumah..

" BILA NAK KAHWIN?? "

Soalan ni memang selalu ditanya tapi jawapan yang nak diberi tu bergantung pada siapa yang menanya.. Kalau member2 AcHiKz jawab lebih kurang aje, selalunya jawapan yang tergantung.. Tapi kalau makcik2 jiran ni tanya susah la rasa AcHiKz nak menjawabnya.. Rasa air liur ni kesat aje untuk ditelan..

Yea la, kalau AcHiKz keluar statement akan kahwin pada tarikh sekian2, bila dah sampai tarikh tu tapi tak jugak kahwin2 lagi, apa pulak kata makcik2 tu.. Lagipun AcHiKz ni perempuan, karang bila AcHiKz keluarkan statement syok sendiri tak ke nanti akan memalukan diri sendiri balik.. AcHiKz tak nak ler jadi 'lebih sudu dari kuah'.. Biar la ia berlaku dengan ketentuan ALLAH swt..

p/s : lepas ni AcHiKz cuma nak jawab, "InsyaALLAH.. kalau memang jodoh saya dengan dia, kahwin la saya nanti.."

Thursday 23 September 2010

mY SpEcIaL dAy!!


Hari ini adalah hari istimewa AcHiKz sebab hari ni hari lahir AcHiKz yang ke-25.. Dah masuk 25 umur AcHiKz tapi masih lagi rasa macam baru habis sekolah menengah aje.. he3.. Masih banyak lagi benda yang AcHiKz perlu belajar dan pengalaman yang sedia ada belum cukup untuk jadikan AcHiKz sebagai insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..

Kat wall FB AcHiKz penuh dengan ucapan dari kawan2 dan famili.. Terima kasih tak terhingga AcHiKz ucapkan.. Semoga segala doa dan harapan dari korang semua akan dimakbulkan olehNYA.. Amin~~

Memandangkan cuma AcHiKz dan ayah aje kat rumah (mama kerja la hari ni), ayah kata hari ni AcHiKz tak payah masak.. Ayah nak ajak makan tengahari kat Cinta Sayang Resort.. Kami order A La Carte aje sebab kalau pesan ikut set pun belum tentu akan habis..

char hor fun

ayah berselera makan sampai lupa AcHiKz dok tunggu pesanan.. (><")

grilled lamb rack yang ditunggu2..

pencuci mulut, double chocolate cake..

Oops!! Lupa pulak, mr. popeye akhirnya berjaya juga ingat untuk wish happy birthday pada AcHiKz tahun ini setelah sekian lama dia asyik lupa aje.. Thanks dear.. Jangan wish aje yea, hadiah AcHiKz jangan lupa hantar.. (^^)

Wednesday 22 September 2010

StAiRwAy 2 HeAvEn


Lepas drama bersiri Thai Striving For A Sun habis, drama bersiri dari Filipina pulak yang menjengah.. Okay la jugak dari asyik2 dok tayang drama bersiri dari Indonesia aje.. Ada la sikit kepelbagaian..

Drama bersiri dari Filipina ni bertajuk "Stairway to Heaven".. Ada perbezaan tak dengan drama bersiri Korea dengan tajuk yang sama?? AcHiKz rasa jalan ceritanya sama aje dari apa yang AcHiKz baca di Encik Wiki, mungkin ada sikit diubah mengikut selera penonton Filipina..

Hero & heroin drama ni..
Dingdong Dantes as Cholo Fuentebella
Rhian Ramos as Jodi Reyes/Jenna Cruz

Eunice, Cholo, Jodi & Tristan zaman kanak2..

Sinopsis Stairway to Heaven

Jodi and Cholo grew up together. They were always there for each other. Tragedy begins when Cholo begins his studies overseas without Jodi. Jodi's father remarries Maita, who takes in her two children, Tristan and Eunice, from a previous marriage with Dindo . Eunice is envious of the life that Jodi leads and is determined to take everything away from her, including Cholo. Tristan begins to develop feelings for his stepsister, however Jodi still loves Cholo.

Five years later, tragedy occurs when Jodi gets into a car accident causing her to lose her memory. Together with Tristan, they start a new life. Cholo is led to believe that Jodi is dead, and Jodi is named as Jenna. So he came to a time when he was engaged to Eunice. However, when they meet again one day, he is determined to remind her of the love they had for one another.


Review dari AcHiKz (selepas beberapa episod) :

Cukup tak suka la watak ibu tiri dan adik beradik tiri yang tak sedar diri.. Tamak sangat sampai nak lebih dari apa yang ada.. Drama2 macam ni la yang buat AcHiKz makin benci segala yang ber'tittle' TIRI.. Maafkan AcHiKz berkata begitu tapi dari drama2 macam ni la yang sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran penonton terhadap segala yang ber'tittle' TIRI walaupun diluar sana masih ada yang ber'tittle' ini mempunyai hati yang baik..


Opening Theme :

(klik untuk download)

Pag-ibig Ko'y Pansinin (Stairway to Heaven) by Regine Velasquez


Lirik Pag-ibig Ko'y Panisinin

Narito ang pag-ibig ko
Ibibigay ng buong-buo
Nangangarap ng mag isa
Umaasa na makapiling ka

Narito ang buhay ko
Nakalaan para sa iyo
Naghihintay ng pag asa
Na sana ay iyong madama

Chorus:
Langit ka lupa ako
Hanggang tanaw na lang ba tayo
Mahal kita mahal mo ba ako
Hanggang pangarap na lang ba ito
Kaya kong gawin ngunit di kayang sabihin
Ang pagibig ko sanay mapansin

Narito ang awit ko
Ang himig nitong puso
Naglalarawan ng pag sinta
Nagbibigay ng sigla't saya

Repeat chorus

Ang pag tingin at pagmamahal
Damdaming iingatan ng kay tagal

Langit ka lupa ako
Hanggang tanaw na lang ba tayo
Mahal kita mahal mo ba ako
Hanggang pangarap na lang ba ito
Kaya kong gawin ngunit di ko kayang sabihin
Ang pagibig ko sanay mapansin


credited to : angelfire.com


Saksikan drama bersiri Filipina ni pada hari Isnin hingga Khamis pada jam 3 petang di TV3..

Tuesday 21 September 2010

kUiH BuLaN HaLaL



Berita baik kepada umat Islam yang teringin nak makan kuih bulan tapi rasa ragu2 dengan status halal yang ada pada syarikat pengeluaran kuih bulan sebelum ini..


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah menyenaraikan 12 syarikat pengeluaran kuih bulan yang berjaya memperolehi pengesahan sijil Halal dari JAKIM.. 12 syarikat tersebut adalah :

HYT Food Industries Sdn. Bhd.
Leong Yin Pastry Sdn. Bhd.
Sakura Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
TT Food Manufacturing Sdn. Bhd.
The Baker's Cottage Sdn. Bhd.
LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd.
KLT Food Industries Sdn. Bhd.
King's Confectionery Sdn. Bhd.
Tanjung Omega Sdn. Bhd.
Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn. Bhd.
Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd.
Bake Station Sdn. Bhd.


Pilih mana2 kuih bulan keluaran 12 syarikat diatas dan makan tanpa rasa was2..

sumber : suara kotemporari, KOSMO!

DeNgAn KaDaR SeGeRa!!


Aduh!! Masa dah suntuk ni tapi masih belum jumpa 2 barang yang sangat2 AcHiKz perlu untuk dipakai masa konvo nanti.. Dah puas merayau tapi belum jugak jumpa yang sepadan dengan baju yang AcHiKz dah siapkan..

AcHiKz perlukan :


Sepasang kasut yang super duper cute dan selesa.. Macam kasut kat bawah ni ha..


Selain tu AcHiKz perlukan tudung.. Tudung ke selendang ke AcHiKz tak kisah.. Yang penting, warnanya sepadan dengan baju AcHiKz dan selesa dipakai..

HoW tO LoOk PiC-PeRfEcT!!


Calling all cam-addicts!! Whether you're a closet case or unabashedly one, let's admit it - everyone cares about looking good in pictures.. Here are four powerful tips on how to always look picture-perfect!!

1- Avoid nude lips as camera flashes can make you look like the walking dead.. Rich shades such as berry look more flattering on everyone..

2- When taking outdoor pics, wait until dusk as shadows lessen.. This way, the bags under your eyes are less obvious..

3- Don't over-style your hair.. One with movement looks much sexier than stiff ones..

4- For a genuine-looking smile say "MONEY".. Basically anything which ends with an "E" sound makes your lips go up and adds happy crinkles to your eyes..

Monday 20 September 2010

CoLoUr cOdE


Want to know which colours to choose for your crib, wardrobe and dressing table?? Then here's what you need to know about the most common colour shades :


BLACK
little black dresses
**credited to littleblackdressmagazine.com**

Long-Wear Gel Eyeliner from Bobby Brown

Petula Heel in Black from Baby Phat

Black absorbs light but reflects nothing back so it can be seen as hard but also dramatic and classic..


BLUE
Martha Stewart Collection Soft Grip Blue Utensils
**credited to marketplace.hgtv.com**
Susan Farber Hot Clutch
**credited to spostlove.com**

Blue can help to stimulate intellectual thought and contemplation - it is also a soothing and serene colour so it maybe useful for de-stressing..


GREEN
houseplant

Michelle Mason Cushion in green
**credited to shop.visitlondon.com**

etsy very green earrings
** credited to duffyddesigns.com**

Green promotes a sense of balance, nature and stability.. It also thought to aid digestion..


PURPLE
purple GHD hair straighteners

**credited to designspongeonline.com

Purple is linked to fertility, creativity and matters with spiritual meaning..


PINK
pink ribbon soap
**credited to giannarose.com**

pink bathroom ideas
**credited to trendir.com**

Pink has the obvious associations with softness and feminity.. It is also linked to security, because of memories of being in the pinkness of your mother's womb..


ORANGE
orange box

orange sofa
**credited to frederiksamuel.com**

Orange is linked to emotions such as constancy, reassurance and warmth..


RED
red tulip candle stem
**credited to hoobly.com**

red shoes

Red is a colour of passion, energy and optimism but don't overdo it as it can be overpowering..


WHITE
White iron bed
**credited to homeimproveideas.com**
Longitech V470-white mouse

White is purity and cleanliness.. Tranquility and harmony are some of the sensations that white inspires..


YELLOW
**credited to divelookbook.com**

**credited to countryliving.com**

Yellow is a good colour for kick-starting your creativity - yellow is cheerful and invigorating..

Sunday 19 September 2010

sPoT tHe DaMaGe!!


How do you know that you're not buying a used car that has been in accidents?? Here's how to look for the clues :


1- LOOK FOR RIPPLES
Stand either at the front or the back of the car where you can see the entire length on both sides of the car.. Scan from one end to the other end and if you see ripples on the paint's reflection, it's an indicator that the car has been in an accident.. If not, the reflection should be smooth and even..

2- CHECK THE PAINT QUALITY
Paint jobs gets dull after a while so if you see a section with shinier or lighter paint, it implies that that bit has been repaired.. Also check on parts that aren't supposed to be painted such as hoses at the engine since it might be done to cover any leakage..

3- OBSERVE THE DIFFERENCE IN GAP BETWEEN THE BODY PANELS
If you notice that the gap at the top between the door and the fender is wider than at the bottom, or the width is different compared to the other side, you know there's been a collision..

4- THE MAGNET TRICK
Hold a magnet close enough to the body until you feel it's pulling towards the body.. Where there's no "pull" it's a damaged area that has been repaired using body filler..

5- FLASH AT THE DARK AREAS
Lift the hood and check the engine leakage with a flashlight.. For the trunk, look out for the dented marks on the sides and at the spare tyre well..

UnTuK SiMpAnAn PeRiBaDi SaHaJa yEa


AcHiKz rasa nak marah tapi tak dapat nak luahkan rasa marah.. AcHiKz rasa tak perlu nak pesan2 atau diingatkan sebab sepatutnya dah sedia maklum dan peka dalam hal ni..

Yang AcHiKz membebel tu disebabkan gambar.. Yea, hanya gambar yang sepatutnya jadi simpanan peribadi tapi dah masuk dalam FB AcHiKz.. AcHiKz tak muat naik gambar tu yea tapi orang lain dan dia tag nama AcHiKz kat gambar tu.. Gambar tu bukan la gambar yang bukan2 tapi gambar kat rumah aje, gambar tak pakai tudung.. AcHiKz tak suka gambar AcHiKz yang tak bertudung masuk dalam FB.. FB AcHiKz tu bukan untuk famili aje tapi kawan2 dan juga rakan2 bloggers juga.. Tak syok la kalau orang lain pun dapat tengok gambar yang sepatutnya menjadi hak peribadi AcHiKz macam tu..

Mesti ada yang kata, privasikan aje gambar tu.. Memang la boleh tapi kalau semua nak diprivasikan baik delete aje akaun FB tu.. Sepatutnya dah sedia maklum dan tahu apa gambar yang sesuai ditunjukkan pada kawan2 dan apa gambar yang sesuai disimpan untuk koleksi peribadi.. Lepas ni AcHiKz harap tak berlaku lagi hal2 macam ni.. Pada yang berkenaan, ambil teguran ni buat peringatan..

Friday 17 September 2010

Dah SeTtLe!!


Memandangkan sibuk buat persediaan raya dah selesai, AcHiKz kembali dengan persediaan yang perlu dibuat segera sebelum dapat menggenggam diploma sendiri.. Separuh urusannya dah siap dalam bulan Ramadan lepas, jadi hari ni AcHiKz dah selesaikan baki urusan yang ditangguh..

Dah yakin dengan persediaan yang diperlukan, AcHiKz susun dan kepilkan semua dokumen.. Berdebar2 pulak bila masukkan dokumen tu kat dalam sampul.. Hari Ahad ni baru nak hantar..

Tak sabar nak konvo.. Tak sabar nak jumpa kawan2..

Thursday 16 September 2010

A Musical Tribute to 1 Malaysia (saxophone) - Untukmu Malaysia (Instrumental)



AcHiKz tengok sikit aje kat Malaysia Hari Ini (MHI) pagi ini.. Sangat menarik dan AcHiKz rasa sesuai sangat dikongsi dengan korang semua..

A Musical Tribute to 1 Malaysia oleh Eizaz Azhar.. Jom kita layan..

sKiN BrUsHiNg



It can improve circulation and help move toxins from the tissue to the bloodstream.. All you need is a natural bristle brush with a long handle and about five minutes before you shower (more, if you have time) to gently brush your skin, moving towards major lymph nodes :


1- Starting from your feet, brush up your calves and thighs, moving towards the groin area..

2- Brush over the buttocks and up to the mid-back, moving towards the armpits..

3- Starting from your hands, brush up your arms to your armpits..

4- Move across your shoulders and down the chest towards the heart and down the back of the neck..

5- Finally, work on the abdominal area, using a circular movement in a clockwise direction to stimulate the colon..

Tuesday 14 September 2010

HiLaNg MoOd!!


Assalamualaikum semua.. Dah banyak hari jari2 ni tak menari kat papan kekunci.. Semuanya sebab sibuk dengan persiapan raya dan sibuk melayan tetamu yang datang beraya di rumah..

Hari ni kawan2 masa di SMK Dato' Bijaya Setia datang beraya dirumah.. Seronok sangat sebab dah lebih 5 tahun tak jumpa, semua ada hala tuju masing2.. Walaupun ada berhubung melalui laman sosial tapi tak sama macam berjumpa dan bertentang mata.. Lagi seronok berborak secara terus berbanding dengan menaip kat chat box..

Ada la isteri sorang kawan ni yang buat mood beraya dengan kawan2 terus hilang.. Tak puas hati tapi AcHiKz pendamkan aje la.. Malas la nak kecoh2, karang ada yang bermasam2 muka pulak.. Kalau tak suka, tak payah la nak ikut.. Jangan la suka suki buat statement yang kami ni paksa suami dia join konvoi pi beraya.. Kalau tak suka kuih raya kat rumah orang, diam2 sudah la.. Eh, orang tu dah usaha buat kuih raya sendiri walaupun tak secanggih kuih raya yang dijual.. Memang hobi eh nak mengata orang lain??

Rupa2nya kawan2 perempuan AcHiKz pun tak suka dengan orang tu.. Semuanya meluahkan rasa tak puas hati bila orang tu dah balik.. Menahan geram aje diorang tadi.. Tak pe la, maafkan aje dia.. Orang macam tu jangan dimarah, cuma kesiankan aje sebab perasan bagus!!

Tuesday 7 September 2010

PeSaNaN BuAt SuAmI bY DaTo' Dr. HaJi MoHd fAdZiLaH KaMsAh



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Courtesy from Tengku Muhammad Kalmani As-Saif from Facebook.. TQ (^^)