Sunday, 13 November 2011

AcHiKz da Tailor (pArt 2)


AcHiKz berhari raya Aidiladha sakan kat Segamat sampai lambat nak post entry ni.. Tertangguh aje.. Minta maaf banyak2..

Okay, ni sambungan yang seterusnya.. Nak jahit poket baju melayu yang dah siap dibentuk pada minggu entry sebelum ni..

kedudukan poket yang AcHiKz dah tanda pada baju..

tengah laraskan saiz jahitan.. tak nak besar sangat, tak nak kecil sangat..

okay, semua poket dah siap AcHiKz sematkan dengan jarum peniti..

mula menjahit.. kena cermat bila dah sampai ke bahagian yang berlengkung.. kalau tak jahitannya tak kemas dan kerkedut2..

berjaya juga AcHiKz jahit kesemua poket dengan baik.. lega rasanya..

Lepas jahit poket, nak jahit tetulang baju melayu pula.. Ada 2 tetulang iaitu telutang atas dan tetulang bawah.. Ukuran tetulang ni kena tepat sebab tetulang bawah mestilah berada di tengah2 tetulang atas.. Kalau senget nanti macamana nak semat butang baju melayu..

saiz jahitan yang kecil diperlukan kat sini.. sebab kalau guna saiz besar nampak kasar dan tak cantik..

macam biasa la.. stesen kerja AcHiKz memang bersepah macam ni.. kalau tak bersepah bukan AcHiKz namanya.. he3

Untuk bahagian yang seterusnya AcHiKz kena tunda ke minggu lain sebab kelas 12hb November yang sepatutnya AcHiKz pi, AcHiKz ponteng sebab si Rabiah kahwin..

Bersambung lagilah nampaknya.. (^^)

6 comments:

Deena Yasmin said...

best nyer lama dah sis tak menjahit, bkn sng nak jahit baju melayu nih terutama tang leher dan buat seluar.. pada sis paling mudah buat baju kurung n kurung kedah... yg lain leceh nak buat diagram bagai :)

khaifaiz said...

boleh tempah baju melayu kat achikz cenggini

Wahida Nasution Thakhrim said...

kak deena : betul tu kak.. kat leher memang payah.. ini baru leher, seluarnya belum jahit lagi.. masa nak lukis pun ambil masa juga..

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : insyaALLAH, bila AcHiKz dah terror nanti mesti AcHiKz ambil tempahan.. khaifaiz jadi pelanggan istimewa AcHiKz.. okay??

Kak Piss said...

bagus.. bagus... akak minat gak menjahit tapi, tak sempat nak g blaja.. huhuhu... nnti wat bisnes la... tailor made skrg harga cantik!

Wahida Nasution Thakhrim said...

kak piss : kalau nak buat business kena betul mahir dulu.. insyaALLAH, kalau dah betul2 mahir baru AcHiKz berani nak buat business..