Thursday, 18 November 2010

WaJiB aDa UnTuK HaRi RaYa


Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua.. Bagi orang utara macam AcHiKz ni, tak lengkap raya bila tak ada ketupat daun palas.. Walaupun boleh beli aje, tapi famili AcHiKz tetap akan buat sendiri ketupat daun palas..

Jom tengok secara ringkas cara balut ketupat daun palas..

Pulut yang separuh masak..

Daun palas.. Kalau daunnya lebar dan panjang lagi best balut ketupat..

Bentukkan hujung daun palas macam bentuk kon.. Jangan luas sangat atau sempit sangat.. Saiz kon penentu hasil akhir ketupat nanti..

Penuhkan dengan pulut dan mampatkannya macam dalam gambar kat atas ni.. Kalau tak mampat, susah nak balut dan hasilnya tak cantik bila dah rebus nanti..

Masa balut kena pastikan hujung ketupat tak terbuka.. Nanti pulut terkeluar dari ketupat masa direbus.. Nak tunjuk cara balutnya tak ada sapa2 yang boleh bantu AcHiKz pegang kamera.. AcHiKz balut ketupat sorang2 aje.. Mama bantu kejap2 sebab mama sibuk masak rendang.. AcHiKz boleh tunjuk hasil akhir aje la..

Balut ketupat pun kena ada cara juga.. Kalau kurang atau lebih balut nanti jadi ketupat betina (itu la yang mama dan maktok beritahu AcHiKz la).. Ketupat betina bentuknya segitiga sama, ketupat jantan (macam dalam gambar diatas dan dibawah ni) bahagian atasnya lebih kurang bentuk tanduk..

Bentuk ketupat jantan lebih digemari sebab panjang dan nampak cantik.. Balut ketupat ni pun kena banyak berlatih untuk dapatkan sebiji ketupat jantan yang elok dan kemas.. Senget2 aje ketupat yang AcHiKz balut masa mula2 belajar dulu.. Dah lama, baru la elok ketupatnya..

Ini la hasilnya.. Belum simpul lagi tu.. Balut dulu, dah selesai baru simpulkan.. Tangan licin tak boleh nak tarik simpul tu..

Isi air sampai tutup keseluruhan ketupat dan rebus sampai airnya tinggal sikit.. Lepas tu boleh la makan bersama rendang (pilihan utama AcHiKz) walaupun secara umumnya kat Kedah ni makan ketupat dengan kari, selalunya kari daging dengan kentang..

Sedap sedap sedap.. (^^)

4 comments:

daisy said...

kemas je achikz balut.
pasni boleh order neh..

Wahida Nasution Thakhrim said...

boleh3.. (^^)

SYAFIQ TENGKU said...

heee
terbaek

Wahida Nasution Thakhrim said...

terbaek?? syafiq suka eh ketupat daun palas??