Saturday 27 November 2010

MeGaN FoX BeLaNjA RM1,236 mAiN PeRmAiNaN iNTeRnEt


LONDON 26 Nov - Kerana kelalaian ibu bapanya, seorang kanak2 berusia 7 tahun telah membelanjakan sebanyak 250 pound (RM1,236) kerana bermain permainan internet PETVILLE hampir sejam..


Megan Fox bermain permainan Petville melalui laman web sosial Facebook yang membolehkan penggunanya membeli pakaian dan perabot untuk haiwan peliharaan yang wujud dalam alam maya..

Tetapi bapa Megan, Matthew (35 tahun) terlupa untuk mendaftar keluar akaun Paypal yang digunakan untuk melakukan pemindahan wang bagi memudahkan pembelian barangan di internet..

Matthew dan isterinya Dawn (33 tahun) merayu kepada Facebook dan Paypal agar memulangkan kembali wang mereka selepas dia menerima emel resit pembayaran berjumlah USD400 (250 pound)..

Pasangan berkenaan tidak membenarkan Megan membuka akaun Facebooknya sendiri dan hanya membenarkannya bermain menggunakan akaun Matthew sambil diawasi bapanya..

"Dia bermain permainan itu sambil bertanya kepada kami, baju mana yang kami suka.. Kami bermain bersama2 tanpa menyedari yang sebenarnya Megan membelanjakan wang.. Saya malu selepas menyedari apa yang telah berlaku," kata Matthew yang bertugas sebagai seorang paramedik..

Dalam laman web permainan itu ada menyatakan peraturan yang menyebut bahawa pemilik akaunnya perlu bertanggungjawab jika terdapat pembelian daripada ahli keluarga mereka..

"Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan sentiasa memantau anak2 mereka," pesanan Facebook.. - AGENSI

sumber : Utusan Malaysia

AcHiKz : tengok tu.. budak2 kecil pun dah minta nak ada akaun Facebook.. ibu bapa sekalian, sila pantau dan tegas la bila anak anda guna laman sosial..

2 comments:

miya said...

Huhh!! mahal gila...

entri best sy:
Ngangkung: filem mesti tonton!
penyakit yang dialami wanita sahaja

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea la.. mahal gila.. dalam masa setengah jam tu.. kalau hal ni berlarutan entah jadi ribu2 pound!!