Monday 1 November 2010

RaKyAt MaLaYsIa PaLiNg PoPuLaR!!


Kajian Digital Life oleh firma penyelidikan global, TNS merumuskan bahawa kita, rakyat Malaysia merupakan orang yang paling popular dalam carian di Internet dengan purata 233 orang rakan rangkaian sosial, manakala orang Jepun berada ditempat tercorot dengan hanya 29 orang rakan rangkaian sosial..

credited to : chackovadaketh.com

"Cara rakyat Malaysia ialah menjemput semua orang yang dikenali.. Dan orang2 yang akan anda kenali serta empertimbangkannya sebagai rakan merupakan satu konsep yang jauh lebih luas berbanding komuniti lain", kata pelakon dan juga penulis Malaysia Chacko Vadaketh yang mempunyai 1,010 rakan2 yang mengkagumkan dalam akaun Facebooknya..

Negara kita juga mempunyai kumpulan pemantau yang cuba mencari peluang2 di luar negara menjadikan laman rangkaian sosial sangat tinggi nilainyabagi mengekalkan hubungan dengan rakan2 yang jauh..

Pengarah wawasan digital dengan Nielsen's Online Division memberitahu bahawa media sosial setiap negara ditentukan oleh ciri2 kebangsaannya sendiri.. Negara2 Asia Tenggara seperti Malaysia, Ondonesia dan Filipina memberikan reaksi berbeza dengan budaya Asia Timur yang lebih konservatif seperti di China, Korea Selatan dan juga Jepun..

Rakyat Malaysia juga tak malu menggunakan laman sosial seperti itu sebagai alat pemasaran dan rangkaian perhubungan untuk perniagaan kecil..

sumber : Utusan Malaysia

AcHiKz : tak akan senang2 nak 'approve' orang.. terutamanya yang tak dikenali.. kena lepas beberapa soalan baru AcHiKz akan approve..

No comments: