Friday, 5 November 2010

JoDoH : JaNgAn MeNCaRi tErLaLu sEmPuRnA


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal..


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....


~renungkan bersama~


Diambil dari Facebook Irara Dira..

tQ.. (^^)


AcHiKz : bak kata penulis Dolores Ayotte, I'M NOT PERFECT AND IT'S OKAY..

5 comments:

SINGALAUTMETRO said...

jangan cari yang sempurna, jangan cari yang hisap rokok jenama Sempoerna tapi kalau dia datang dari Semporna, Sabah boleh timbang-timbangkan juga. Memang kesempurnaan tak pernah ada skala yang tepat pada mata kasar dan mata hati manusia. Kadang-kadang yang baik menjadi tidak baik apabila berjumpa sesuatu yang kita rasa lebih baik. Tetapi apabila kita telah dapat yang kita rasa lebih baik itu, kadang-kala kita rasa itulah yang paling tidak baik! Itulah nafsu...neraca yang sering mengelat ketika menimbang naluri dan akal kita apabila memilih!

Aku said...

ye saya setuju.
takde orang yang 100% perfect

Wahida Nasution Thakhrim said...

singalautmetro & daisy : tak ada orang yang sempurna.. kita perlu seseorang untuk isi kekurangan yang ada..

tokey kedaii-kopi said...

kesempurnaan hakiki ada pada Sang Khaliq..

Wahida Nasution Thakhrim said...

sipenggalikubur : betul tu.. kalau terlalu cari yang sempurna, yang terbaik didepan mata terabai..