Friday, 26 November 2010

AcHiKz RiNdU SeRaGaM PuTiH Tu


Hari Selasa yang lepas dah berkampung ramai2 makan tengahari (terima kasih kat banyak2 kat tuan rumah, si Oliea dengan masakan yang sedap), hari Rabu pula keluar merayau kat Sunway Carnival Mall sebab nak tengok wayang.. Dah rancang awal2 nak tengok Harry Porter : Deathly Hollows Part 1..

Hanya keluar berempat aje sebab sorang lagi tak dapat nak ikut.. Tiba2 mak dia ajak balik kampung pulak.. Ramai budak2 sekolah aje kat situ, mentang2 la dah cuti sekolah.. Tiket dah dapat, isi perut dulu la sebelum masuk panggung wayang..

Ima tengah tunggu pelayan datang..

AcHiKz isi masa lapang tunggu pesanan sampai..

si Ummu dengki sebab AcHiKz dapat cari semua perkataan..

terima kasih pada Encik Aziz sebab kasi kami 'culik' isterinya, Oliea.. ha3

Tengah sedap2 AcHiKz menikmati pencuci mulut, ternampak la beberapa anggota tentera laut lalu depan kami dengan seragam putih (dah lupa lak apa nama seragamnya tu..) terus teringat kat mr. popeye.. Terbayang betapa segaknya dia dalam seragam putih tu.. Alahai, bila la kita dapat jumpa ni.. Rindu la..

Tapi bila mula aje wayang, AcHiKz lupa sekejap kat mr. popeye gara2 terlalu kusyuk tengok Harry Porter.. Jangan marah yea mr. popeye sayang, you are still my no.2.. (^^)

2 comments:

daisy said...

masa aku zaman kanak kanak ribena dulu,cita-cita adalah nak kawin dengan abang tentera.tak kisah la tentera udara ke laut ke darat ke janji tentera.sebab mereka nampak sungguh comel.gatal kan aku?huahuahua...

Wahida Nasution Thakhrim said...

ha3.. tak ler gatal mana pun.. saya pun rasa diorang comel jugak..