Balik raya baru2 ni bangah minta buatkan kek untuk Ainina sempena jamuan di pra-sekolah.. Jamuan gaya 'potluck' katanya..
Jenuh jugak AcHiKz fikir apa la kek yang sesuai.. Kalau buat ikut selera AcHiKz takut budak2 tu tak nak makan pulak nanti.. Nak tanya si Ainina pun bukan dia tau sangat pasal kek ni.. Dia tau makan aje.. Tanya bangah, dia kata ikut AcHiKz la.. Tanya kakak, dia kata kek lapis.. Amboi, macam bukan untuk Ainina aje tapi macam makcik Ainina aje yang nak.. (><")
Jadi, AcHiKz buat keputusan sendiri aje.. AcHiKz nak buat kek yang cepat, mudah dan DIJAMIN sedap.. AcHiKz buat kek batik.. Kek yang tak payah nak guna ketuhar.. Yang ada cuma bekas plastik yang kecil jadi AcHiKz bahagi dua la adunan tu.. Sejukkan dan nanti boleh terus makan..
Jadi AcHiKz tanya la bangah tentang jamuan pra-sekolah Ainina tu.. Baca la kat bawah apa yang bangah balas..
**sila klik untu besarkan.. jangan paksa mata korang..
AcHiKz : sepatutnya kek tu kasi la balik kat Ainina, ni boleh lak cikgunya bawak balik.. hampeh!!
p/s : gambar keknya tak ada.. lupa la nak snap..
2 comments:
Cikgu dia xpernah tngok n rasa..cantik kot kek tu...
ha3.. tak mungkin la.. kek batik kek biasa aje la.. bukan 'grand' pun..
Post a Comment