Tuesday 16 November 2010

AiDiLaDhA BuKaN SeKaDaR KoRbAnKaN HaiWaN


Tak sampai 24 jam lagi kita akan sambut Hari Raya Aidiladha.. Persiapan dah 80% siap.. Cuma tinggal nak masak rendang dan balut ketupat daun palas aje..

Ada sebilangan kecil dari kita tak peduli sangat tentang sambutan Aidiladha berbanding Aidilfitri.. Mungkin disebabkan lagu2 raya tak berkumandang jadi semangat nak sambut Aidiladha tu tak ada.. Mungkin juga sebab cutinya pendek aje jadi tak rasa teruja nak sambut macam Aidilfitri yang lepas.. Agaknya macam2 lagi yang boleh dijadikan alasan kenapa Aidiladha disambut dengan hambar..

Bila ditanya apa yang kita faham tentang Aidiladha, mesti keluar jawapan wajib iaitu korbankan haiwan.. Takkan itu aje yang kita tahu??

Aidiladha disambut bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menjalankan perintah ALLAH dan juga patuhnya Nabi Ismail memenuhi perintah ALLAH s.w.t.. Disebabkan peristiwa ini la ibadat korban diadakan.. Ibadat korban hanya dilakukan selama 4 hari sahaja iaitu pada Hari Tasyrik bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah..

Selain itu pada 10 Zulhijjah juga berlaku peristiwa dimana Nabi Adam dan isterinya Hawa, dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu semula di Padang Arafah..

Pada pagi Aidiladha, solat sunat hari raya sebanyak 2 rakaat akan dikerjakan 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua.. Selain itu solat sunat Aidiladha juga dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri bagi memberi lebih masa untuk penyembelihan korban.. Bagi solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit bagi memberi peluang pada sesiapa yang belum menunaikan zakat..

Itu la serba sedikit yang boleh AcHiKz beritahu.. Salam Aidiladha AcHiKz ucapkan pada seluruh umat Islam.. Pada yang berpeluang untuk sambut kat kampung halaman, berhati2 bila memandu..

No comments: