Friday, 5 November 2010

NaMa aDaLaH SeBaHaGiAn DaRi JeNaMa


Bagi AcHiKz, nama adalah sebahagian dari jenama.. Korang mesti terbayang jenama baju eh?? Boleh juga anggap macam tu sebab majoriti pereka terkenal tak kisah antarabangsa ke, dalam negara kita pun memang guna nama diorang sebagai jenama.. Kenapa kena letak nama sendiri?? Sebab senang orang nak ingat.. Sebab orang juga akan ingat kita melalui nama..

Macam tu juga nama yang diguna dalam laman sosial.. Bila letak nama sendiri atau nama panggilan yang orang tahu, orang senang cari kita.. Kadang2 AcHiKz ni lupa raut wajah orang terutamanya kawan2 sekolah sebab masa sekolah dulu muka budak2 lagi, sekarang ni dah handsome, dah cantik jelita, jadi AcHiKz ingat diorang melalui nama.. Bila ingat nama, aktiviti meng'approve' pun jadi senang.. Tak payah la nak penat2 otak fikir siapa la orang ni..

AcHiKz selalu sangat rasa serba salah samada nak 'approve' atau nak 'reject'.. Kadang2 kena tengok wall dulu, tengok siapa dalam senarai kawan2 dia.. Mana la tahu kot2 kenal.. Tengok info dia, mungkin kawan satu sekolah, mungkin juga kenal masa AcHiKz kerja kat agensi pekerjaan dulu.. Macam2 hal kena periksa baru boleh 'approve'..

Jumlah kawan yang ada sekarang pun AcHiKz tak sempat nak berhubung dengan semuanya.. Bukan berapa ramai kawan yang ada yang AcHiKz harapkan.. Tapi ikatan persahabatan yang boleh dikekalkan sampai bila2 yang AcHiKz mahukan.. Itu baru makna berkawan.. Bukan diam menyepi aje lepas AcHiKz 'approve'..

Alamak, dah terpesong pulak.. Berbalik pada topik utama kita.. Macam AcHiKz cakap awal2 tadi, orang akan ingat kita melalui nama, jadi pilih la nama yang sesuai.. Nama yang buat orang akan terus ingat kita bila dengar nama tu.. Macam satu ayat Bahasa Inggeris berbunyi "one great name is worth 100,000 words"..

Fikir2kan la.. (^^)

2 comments:

Neezhom Photographic said...

Salaam . panjang ya story bab nama :D saya setuju, kena nama yang sesuai agar org ingat kita. Mungkin nama sendiri atau satu nama yang unik orang akan lebih ingat kita ;)

Wahida Nasution Thakhrim said...

w'salam.. betul.. pemilihan nama memang penting.. manusia bukan sahaja dinilai melalui raut wajah, fizikal, dan kelakuan tapi nama juga akan dinilai..