Monday 29 November 2010

NaK JaDi bLoGgEr PoPuLaR


Maaf la yea.. Semalam nak tunggu Dashboard selesai loading pun dah ambil masa lama.. Jadi terus hilang mood nak menulis walaupun jari2 dah gatal nak bersenam atas papan kekunci..

Hari ini AcHiKz nak kongsi rencana yang AcHiKz baca di ruangan Bisik2 Mingguan oleh Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam.. Topik yang menarik dan semakin ramai orang ingin menjadi seperti mereka..

Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.

Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky's Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).

Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka.

Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.

Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas.

Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com dan sakmongkol.blogspot.

Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.

AcHiKz : banyak kerjaya yang tak pernah didengar zaman dulu2 kala dah jadi kerjaya idaman pada masa kini..

2 comments:

Anonymous said...

Therefore, it would be inappropriate and unprofessional on the part of the institutions to approach unqualified lecturers No need to dress in orange robes Be Attentive Thanks to The World Cup 1994 soccer championship, the sale of soccer sports apparel has rose to an all time high
Leave the humbleness at home Rehearsing is interacting with live people and is closer to what you will actually be doing Once the check is finished, you get a detailed report that will show you what you need to change This is to keep your hands clean but if you don't have them you can just wash up with soap and water afterwards

[url=http://www.indianapoliscoltspros.com/]Pat Angerer Colts Jersey[/url]
[url=http://officialnflfalconsstore.com/]Matt Ryan Jersey[/url]

Be proud of your services and have confidence that you have something to offer people that they need and want Adding a letter or number at the beginning of a label, such as a-Team Members and b-Projects, will sort these towards the top of your Inbox The earliest known locality where emeralds were found was in Upper Egypt near the coast of the Red Sea

[url=http://www.denverbroncosofficialstore.com/]Peyton Manning Broncos Jersey[/url]

Anonymous said...

モンクレール 店舗
ティンバーランド 靴
ポールスミス バッグ
モンクレール ダウン
Gucci バッグ

[url=http://www.hotmonclerja.com/]モンクレール 店舗[/url]
[url=http://www.pradamise.com/]プラダ アウトレット[/url]
[url=http://www.paulsmithshopjp.com/]ポールスミス 財布[/url]
[url=http://www.guccifassyon.com/]グッチ バッグ 新作[/url]
[url=http://www.bootsjapanbuy.com/]ugg ブーツ[/url]

http://www.pradamise.com/ プラダ 店舗
http://www.paulsmithshopjp.com/ ポールスミス 財布
http://www.classicsnowboot.com/ UGG ブーツ 正規品
http://www.monclerbuynow.com/ モンクレール ダウン
http://www.bootsjapanbuy.com/ ugg ムートンブーツ激安