Monday, 5 July 2010

MeNu HaRi iNi (05 JuLaI 2010)


MEEHOON GORENG

Bahan-bahan :
setengah bungkus meehoon (direndam semalaman)
segenggam udang kering (direndam seketika)
7 ulas bawang merah
5 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sayur kobis (dihiris halus)
serbuk lada hitam
minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
- udang kering dan bawang merah ditumbuk halus
- panaskan minyak dam tumiskan udang kering dan bawang merah tadi
- masukkan cili giling dan tumis seketika
- masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam
- masukkan meehoon dan gaul perencah hingga sebati (kalau meehoon masih keras, masukkan sedikit air..)
- masukkan hirisan sayur kobis dan masak seketika
- hiaskan dengan telur dadar yang dihiris nipis sebelum dihidang

IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan :
5 ekor ikan kembong
3 ulas bawang merah (dihiris/ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dihiris/ditumbuk)
1 inci halia (dihiris/ditumbuk)
1 liter air
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar taucu
asam jawa
7 biji cili api (dibelah dua)
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
- ikan kembong di goreng terlebih dahulu dan ketepikan
- panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
- sedikit air diguna untuk membuat air asam jawa dan selebihnya dituang kedalam kuali
- masukkan taucu, sos tiram, air asam jawa dan cili api yang dibelah tadi
- biarkan mendidih baru dimasukkan ikan kembong yang sudah digoreng
- masak seketika dan sedia dihidang

p/s : sukatan yang diberikan adalah ikut selera AcHiKz.. boleh dilebih atau dikurangkan mengikut selera anda..

No comments: