Salam semua.. AcHiKz ni sebenarnya rasa sikit terganggu dengan masalah antara AchiKz dengan mr. popeye.. Sebenarnya masalah tu tak la besar mana pun tapi sedikit sebanyak ianya menggangu fikiran dan menjejaskan mood AcHiKz seharian..
Kalau dulu AcHiKz dekat aje dengan dia.. Ipoh dengan Sri Iskandar bukan jauh mana pun.. Boleh aje jumpa.. Tapi sekarang ni dah jauh sikit.. Jadi dah tak boleh nak jumpa macam selalu.. Cuma berbual di telefon dan berbalas mesej jadi medium menghubungkan kami (dia bukan jenis yang mengadap pc, tak macam AcHiKz).. Kalau dulu senang aje AcHiKz cakap hubungan jarak jauh tu tak susah.. Banyak medium yang boleh kita guna untuk berhubung tapi ternyata tanggapan AcHiKz tu kurang lengkap.. Maksud kurang lengkap disini melibatkan individu yang berkenaan samada mereka mahu dan sanggup untuk menjayakan hubungan jarak jauh tersebut tanpa ketahui jangka masa hubungan tersebut..
Mungkin masih ditahap permulaan, perkembangan kami tak begitu memberangsangkan tapi AcHiKz harap sangat hubungan jarak jauh kami yang jauh sikit ni akan berjaya.. Pada pasangan yang berusaha menjayakan hubungan jarak jauh mereka, AcHiKz memang tabik la kat korang.. Jangan ada yang curang tau..
No comments:
Post a Comment