Monday, 19 July 2010

MeNcArI BaJu RaYa


Salam semua.. Memandangkan bulan Ramadan dah makin dekat, mesti ada yang dah mula dengan aktiviti mahupun persediaan berkaitan dengan bulan Ramadan.. Yang paling utama dalam 'to do list' semestinya mencari baju raya.. Sekarang ni dah berlambak kedai2, butik2 yang jual baju raya terutamanya pakaian tradisional.. Pilih aje fesyen yang mana berkenan di hati.. Tapi setahu aku la, walaupun banyak rekaan yang ditawarkan tapi masih ramai yang minat untuk menempah pakaian terutamanya untuk hari raya sebab lebih selesa dan sangat menepati kehendak si pemakai..

Aku pun tergolong la dalam kategori yang suka menempah baju raya.. Bukannya tak ada saiz untuk 'si comel' macam aku ni tapi masalah utama yang aku akan hadapi bila mencari baju kurung yang dah siap adalah lengan yang kecil.. Kat bahagian badan okay, selesa aje tapi bila sampai kat bahagian lengan aku akan berhenti cuba pakaian tu bila dah rasa ketat kat bahagian lengan atas..

Tahun 2009 aku tak sempat nak tempah baju raya sebab tengah sibuk praktikal.. Jangan kan nak tempah baju raya, kain pun aku tak cari.. Balik kerja dah penat, lagi pun hari cuti aku banyak tidur aje.. Bukan tak boleh minta mama belikan kain untuk aku tapi selera aku dan mama memang tak sehaluan langsung.. Jadi daripada aku kecewa tengok kain yang mama pilih, lebih baik tak ada baju raya.. Selama ni aku, mama dan kakak2 aku mesti merayau sakan kat seluruh kedai kain yang ada kat SP.. Lepas beli kain aje terus hantar kat tukang jahit.. Hantar awal sebulan dua dari bulan puasa pun tak pe.. Yang penting baju tu siap dijahit dengan baik, bukan jahit kelam kabut sebab nak siapkan semua tempahan..

Dah dekat tarikh nak balik SP tapi baju raya tak ada lagi.. Dok buat kerja pun asyik fikir nak pi cari baju raya.. Lepas aje berbuka aku ajak mr. popeye pi cari baju raya.. Memang banyak sangat baju yang cantik tapi soalan utama yang sentiasa bermian dalam fikiran aku masa pilih2 baju adalah 'MUAT ke langan baju ni?? karang kecewa pulak kalau tak muat..' Entah berapa pasang baju yang aku cuba.. Semuanya sangkut kat lengan.. Memang rasa nak give up aje tapi aku tetap nak cari jugak.. Mr. popeye hulur satu baju minta aku cuba.. Alangkah gumbira tak terkira, rasa macam nak jerit pun ada sebab aku muat lengan baju tu..
Akhirnya aku dapat jugak beli baju raya.. Paling best warna baju raya aku sama tema dengan adik beradik yang lain, pada hal kami tak bincang pun warna yang nak dipakai untuk raya masa tu..

ini la baju kurung Pahang untuk Hari Raya Aidilfitri yang lepas..
mr. popeye yang pilih..

tudung ni pun mr. popeye yang pilih..

Untuk raya tahun ni aku masih mencari kain.. Rasanya macam dah tak sempat aje nak hantar sekarang ni.. Kena cari baju yang dah siap lagi la jawabnya..

No comments: