Wednesday, 21 July 2010

HiDuP tAnPa RaSa mEnYeSaL



Selama dah reti bercinta ni macam2 dah aku lalui.. Dari bahagian awal iaitu berkenalan tak kira la melalui usaha sendiri mahupun atas bantuan kenalan rapat, lepas berkenalan mesti nak bergaul rapat untuk lebih mengenali dan memahami individu berkenaan dan bahagian akhir, bahagian yang paling mendebarkan sebab nak tahu la boleh ke hubungan tu 'upgrade' ke hubungan yang lebih istimewa ataupun kalau tak boleh upgrade sekadar berkawan sahaja pun dah okay..

Sebelum berkenalan dengan B (entry JuSt BeCaUsE i'M FaT) aku sangat3 mengaktifkan diri dengan laman sosial macam tagged.com.. Itu pun sebab aku nampak member hostel aku sakan berchatting.. Aku pun apa lagi, tumpang dua belah kaki la.. Tapi tak la selalu, sekali sekala aje.. Nama pun menumpang, tumpang laptop orang, pinjam kejap2 tu dah kira orait.. Kalau aku tuan punya laptop pun naik meluat asyik2 ada orang pinjam.. Buat assignment ke, cari maklumat ke tak pe la jugak.. Ini nak menggatal.. Sure tak dapat.. ha3

Makin bertambah mamat diluar sana yang add aku.. Bangga pun ada sebab baru aja buat akaun tapi bilangan friends tu makin bertambah.. Yea la, macam MySpace jugak la.. Makin ramai friends terasa makin famous pulak aku ni.. Ada yang dari kawasan yang sama siap ajak keluar, nak jumpa katanya, nak pastikan muka aku ni sama macam profile picture.. Hallo!! Memang la muka aku ni sama macam dalam profile picture.. Tak main la nak letak gambar entah siapa2 atau pun letak gambar2 yang nampak comel.. Buat apa malu nak letak gambar sendiri kan?? Kalau letak gambar lain sekali pun sampai bila nak selindung2?? Kalau berjumpa pun kena jugak tayang muka sendiri.. Yang paling best tu, ramai yang ajak aku jadi scandal diorang.. Kenapa scandal aje?? Dah ada kekasih katanya, tapi masih rasa tak cukup satu.. Mesti la aku tak mau.. Aku nak cari bakal suami, bukan setakat pangkat kekasih mahupun scandal..

Ramai mamat yang ajak jumpa tapi aku tolak dengan cara baik sebab aku tak berani sangat.. Tak la mamat2 tu semuanya jahat tapi elok la ambil langkah berjaga2.. Takut la sebab mana la tau, lain yang dibuatnya.. Mau kena jual aku nanti!! Disebabkan aku menolak untuk berjumpa mamat2 tu kata aku penipu la, guna gambar orang lain la, mesti hodoh sangat muka aku sampai tak berani nak jumpa diorang.. Biar la apa diorang kata tapi aku ada hak untuk katakan tidak.. Aku berani jumpa B sebab dia datang jumpa aku kat hostel..

Lepas tu aku dah kurang aktif nak bersosial lagi.. Sebab dok pulun belajar, kalau tak lulus karang tak dapat pulak nak pi praktikal.. Selain tu, lepas aku kecewa dengan B, aku dah malas nak mencari cinta lagi.. Biar la cinta datang sendiri mencari aku.. Lepas kenal mr. popeye aku masih bersosial tapi biasa2 aje la.. Bila dah confirm dengan dia lagi aku banyak kasi tumpuan kat dia.. Tak boleh nak gatal2 bersosial macam dulu sebab apa yang dah ada kena jaga dengan baik, bukan kejar benda yang tak pasti..

Dulu aku ada rasa sikit menyesal bila fikir bodohnya aku dok gatal bersosial macam orang terdesak.. Tapi sekarang ni rasa menyesal tu dah tak ada sebab banyak pengalaman yang aku dapat bila berkenalan dengan ramai orang.. Banyak ajar aku reti hidup, hidup yang penuh cabaran dan dugaan..

Sekarang ni hanya...

No comments: