Tuesday 4 January 2011

Kalau tak tahu, belajar la..


" Duduk Malaysia dah berpuluh tahun cakap Melayu tak tahu.. Dah tak tahu, belajar la dari dulu lagi.. Balik2 dah dekat 20 tahun agaknya.. Dialog yang sama SAYA TAK TAHU MELAYU.. Bukan Bahasa Melayu tapi Bahasa Malaysia.. Dah duduk Malaysia belajar la.. Orang Asli pun lagi pandai.."
diambil dari Facebook

Itu la luahan tak puas hati junior AcHiKz, si Mira.. Sesiapa yang bekerja dalam bidang kami ni (terutamanya di sektor awam) mesti akan hadapi masalah yang sama iaitu ada sebilangan rakyat Malaysia tak tahu berBahasa Malaysia (BM)..

Sedih kan?? Ada rakyat Malaysia tak tahu berBM.. Kalau perkataan yang disebut tu tak betul atau ayatnya tunggang langgang tu boleh terima lagi.. Ini tidak, bila dengar aje kami dispen dalam BM terus cakap 'SAYA TAK TAHU MELAYU'.. Tak tahu ke malu nak berBM?? Rendah sangat ke martabat BM ni dimata diorang?? Cuba kita tengok pendatang2 asing selain dari Indonesia dan Selatan Thailand (tak kisah la dengan izin ke tanpa izin ke) diorang mampu berBM walaupun masih baru kat sini.. Kenapa?? Sebab diorang tahu masalah komunikasi akan jadi halangan utama untuk mencari pekerjaan dan urusan seharian..

Lumrahnya kalau kita tak tahu tentang sesuatu kita cuba mempelajari dan sekaligus nak menguasainya.. Jadi, kalau tak tahu berBM, belajar la.. Bangga ke kalau kita jadi rakyat Malaysia yang tak tahu berBM??

Fikir2kan la yea..

6 comments:

Miz Fieza said...

sy bangga menjadi rakyat malaysia.........

sy tak speaking london!!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

nak speaking London pun tak pe, tapi jangan la sampai tak tahu nak berBM..

mariatul_m0hamadiah said...

bahasa itu jiwa bangsa. penah jugak jumpe kawan tak pandai cakap melayu. nak antar balik rumah sampai sesat.

Wahida Nasution Thakhrim said...

terabur pun janji cakap.. kalau tak cakap macamana nak fasih.. betul tak??

Anonymous said...

Salam Wahida...
Masalah ini ada kaitannya dengan dasar kerajaan tentang perlaksanaan berbahasa. Dahla orang kita memang suka tolak ansur, nak suruh berbahasa beransur sampai jadi nampak susah pulak...

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea la.. negara kita tak macam negara lain yang tegas dalam penggunaan bahasa kebangsaan..