Yea, ini kiranya post-mortem aktiviti mini reunion yang baru aje selesai.. Nampaknya isu yang pernah AcHiKz cakap hari tu masih belum selesai.. Bukan aje belum selesai tapi nampaknya makin teruk..
Semuanya bermula bila ada yang keluarkan komen yang membuatkan sebelah pihak lagi terasa.. Kehangatan makin terasa bila ada yang menyahut komen.. AcHiKz dipihak berkecuali.. Hanya baca dan tak menyebelahi mana2 pihak..
Seperti yang dijangka, pertengkaran makin menjadi2.. Masing2 tak nak mengalah mahupun minta maaf atas tindakan diorang tu.. Tulis komen yang menyentap kat wall satu sama lain.. Ayat2 yang keluar pun dah tak bersopan.. AcHiKz takkan post kat sini demi menjaga imej dan maruah masing2.. Lagipun diorang tu kawan AcHiKz juga.. Takkan la AcHiKz nak burukkan kawan sendiri..
Makin tak seronok bila jadi macam ni.. Lagipun itu hanya memalukan diri sendiri aje.. Siapa2 yang ada dalam senarai boleh baca semuanya dari A sampai la Z.. Siapa yang tak tahu cerita sebenar akan salah anggap dan pandang serong pada pihak2 yang berkenaan..
Facebook tempat rapatkan ikatan persahabatan, bukan tempat untuk gaduh2.. Tak berbaloi nak putuskan ikatan persahabatan yang dah bertahun angkara satu sebab yang kecil..
p/s : ana rafali menang AJL pun ada yang tak puas hati.. siap ada page yang bantah kemenangan dia kat Facebook..
11 comments:
hahaah skrg kan musim bergaduh kat fb hehehe..
yea.. AcHiKz pun perasan juga tu..
aku pun heran..agaknya dalam FB tu je kot banyak bunyik..bak kata orang 'kutuk belakang' la..
jadi la cam aku ni..bukak FB hanya untuk main game je..aman dunia..ahahaha..
AcHiKz pun banyak main game aje kat FB tu..
tak apa-apa gadoh kat fb, blog, ect..x matured langsung..mcm budak2..kan kan...akhaz... :D
lebih dari budak2 rasanya.. ha3
Betul ^_^ tak malukan bergaduh dlm FB
Erm hilang kemesraan nak menjalinkan persahabatan
Gaduh dalam mesejkan bagus b0ley hanrung 5-10 0rg... tak payah libatkan mata-mata awam kan kan ^_^
Message b0x FB lah yg memb0lehkan kita dapat feedback mesej sekaligus
Huhuu..Mark kata nak 0ff kan FB 15 March neyh ...Erm agak2 betul ker?? ^_^ kal0 yer??
kalau FB kena shut down, terima aje.. apa boleh buat.. lagipun kalau banyak sangat -ve dari +ve, baik shut down aje..
uish2.. emo lebih je tu.. huhu
Bukan takat berperang tulisan dlm fb jek..ada gak yg tak segan silu jaja ksh rumahtangga sendiri kat org lain. Tak Malu kah?
Nway..salam suai kenal...:)
khaifaiz : nak emo biar la bertempat.. telefon terus, cakap tak puas hati.. ni nak letak kat wall FB orang nak buat apa..
alin : itu pun satu hal juga tu.. bukan hal sendiri, hal org lain pun dijajanya.. salam perkenalan buat alin..
Post a Comment