Thursday 6 January 2011

Jangan bercinta dengan rakan sekelas..


Apa khabar semua?? Sekarang ni baru la ada peluang nak menaip entry sebab tadi sibuk buat kerja rumah dan AcHiKz baru balik bermesyuarat dengan Oliea tentang aktiviti kami akan datang..

Walaupun cuma setahun setengah kat Tingkatan 6 tapi banyak la kenangan manis dengan kawan2.. Jadi disebabkan itu la kami ni banyak anjurkan aktiviti.. Biar ikatan persahatan tu berterusan..

Ramai juga la yang dah sahkan penyertaan, memang teruja la sebab boleh dikatakan perjumpaan kali ni terbesar setakat ni.. Tapi tiba2 dapat pula berita kurang seronok.. Ada seorang yang tak jadi nak ikut serta.. Alasan yang diberi pada AcHiKz, diorang nak kemas rumah sebab baru pindah balik ke SP.. Alasan yang dia bagi kat Oliea pula, dah rancang nak bawa isteri jalan2 dengan famili mertua..

Rupa2nya, dari sumber yang sangat2 dipercayai, isteri mamat ni tak kasi suaminya join sebab dia dapat tahu ex-gf suaminya pun turut serta.. Yea la, memang kena turut serta sebab diorang tu rakan sekelas.. Oops!! Bukan aje sekelas tapi diorang tu dulu ketua dan naib ketua kelas.. Diorang memang rapat macam belangkas tapi apa boleh buat, bukan jodoh diorang..

Benda yang dah lepas tu, lepas la.. Tak perlu nak ingat lagi.. AcHiKz takut hal2 macam ni jadi gaduh2 pula suami isteri.. Nak seronok2 dah jadi tak seronok pula.. Apa pun AcHiKz harap diorang dapat selesaikan masalah dan aktiviti yang akan berlangsung nanti akan berjalan lancar..

p/s : AcHiKz nak bakal suami yang sporting..

5 comments:

Unknown said...

nk bakal smi yg sporting? ehem2.. im here.. :P

Ilmuna Abdul Azis said...

semoga berjaya erk....

Wahida Nasution Thakhrim said...

heidi : sila hantar borang permohonan anda.. (^^)

haezzah : terima kasih..

Anonymous said...

kalau achiks nk suami sporting.. achicks pun kene sporting la

Wahida Nasution Thakhrim said...

AcHiKz memang sporting.. (^^)