Thursday 2 December 2010

aPa yAnG DaH DiCaPaI DaLaM TaHuN Ni??


Cepat aje masa berlalu.. Dah masuk hari ke-2 Disember pun.. Rasa macam baru aje masuk tahun 2010.. Masih ingat lagi rasa gelisah sebab kena masuk kelas semula gara2 gagal mata pelajaran Analytical Pharmaceutical Chemistry awal Januari lepas.. Pejam celik, pejam celik AcHiKz dah pun lulus 'Killer Subject' tu dan pejam celik pejam celik lagi dah nak sampai hujung tahun..

Rasanya ada beberapa perkara yang dah dicapai.. Paling utama tu tamatkan pengajian dan grad dengan kawan2 (bukan apa, itu macam kali terakhir jumpa kawan2 sebab lepas tu masing2 akan ikut haluan sendiri).. Dan ada juga juga yang masih belum tercapai.. Banyak juga la yang belum tercapai.. Malu pula rasanya nak senaraikan kat sini.. Nampaknya perkara yang tertangguh tu kena la dibawa ke tahun depan dan harap AcHiKz dapat capainya secepat mungkin..

Bohong la kalau AcHiKz cakap niat nak kahwin tak masuk dalam senarai.. Mesti ada tapi nampaknya niat tu kena diketepikan seketika sebab buat masa ni hubungan yang dibina tu sedang goyah.. Harap2 dapat kedua2 kami mencari 'sesuatu' bagi mengukuhkan kembali hubungan tu.. Doa2kan untuk AcHiKz la yea..

Apa pun, senarai yang ada perlu dikemas kini dan tingkatkan lagi usaha untuk capai perkara yang seterusnya..

Oh, berbalik pada tajuk entri ni, apa yang dah dicapai dalam tahun ni??

3 comments:

Aku said...

insyaallah jodoh tu ada..
achik,jom amik tag kat blog daisy

Wahida Nasution Thakhrim said...

terima kasih byk2.. memang perlu sokongan dan nasihat buat masa ni..

Anonymous said...

Sangat barang bagus..