Tuesday, 12 April 2011

Jom join bloglist Budak Chomot!!



Budak Chomot ajak ramai2 sertai bloglist dia.. Walaupun bergelar Chomot, tapi AcHiKz tengok tuan blog tu tak la comot pun.. Orangnya sangat sweet dan comel..

Pada yang nak tahu lebih lanjut, boleh la terjah kat SINI..

Kepada budak yang mengaku comot, AcHiKz join bloglist anda!! (^^)

Saturday, 9 April 2011

Jangan ditanya lagi.. AcHiKz dah muak!!


Apa khabar semua.. Hari ni masih nak cerita pasal hal temuduga lepas.. Kenapa la ada sebahagian orang cakap tanpa fikirkan perasaan AcHiKz?? Walaupun sikit tapi sedikit sebanyak ianya akan buat AcHiKz terasa hati

Dah diberitahu gagal temuduga tu cukup la.. Bukan nak kasi ayat tenangkan hati tapi boleh pula tanya KENAPA GAGAL.. Kalau tiap2 kali temuduga AcHiKz berjaya tak la masih dok menggangur macam ni..

Boleh pula tanya ada tak penemuduga beritahu kenapa AcHiKz gagal.. Kena faham la yang mungkin AcHiKz tak ada apa yang diorang nak ataupun ada calon lain yang kriterianya lebih baik dari AcHiKz..

Kalau AcHiKz boleh terima kenyataan, kenapa orang lain tak boleh?? Walaupun kali ni gagal tak bermakna AcHiKz dah tak nak usaha lagi.. Kasi la semangat, nasihat kat AcHiKz.. Jangan asyik nak tahu kenapa gagal aje..

Wednesday, 6 April 2011

Khabar yang mengecewakan


Apa khabar semua.. Hari ni AcHiKz bersiaran di Kuala Berang, lepak2 kat rumah sudara sehari dua.. Pasal temuduga semalam boleh la tengok gambar kat bawah ni.. Nak cerita panjang2 pun mood AcHiKz masih 'down' lagi..


Mungkin rezeki AcHiKz kat tempat lain..

Monday, 4 April 2011

Doakan AcHiKz yea!!


Apa khabar semua?? Entry hari ni pendek aje sebab AcHiKz rasa nak demam.. Kena rehat sebab esok ada hal penting..

AcHiKz sekarang ni ada 635km jauh dari Sungai Petani.. AcHiKz bukan bawa diri merawat hati yang luka tapi AcHiKz ada temuduga kat sini.. AcHiKz sampai sini lewat petang semalam.. Hari ni pi tengok2 tempat temuduga sebab temuduganya mula awal pagi esok.. Kalau tak pi buat tinjauan hari ni, esok mesti kelam kabut nak cari tempat.. Maklumlah, baru pertama kali sampai sini..

Sama2lah berdoakan bersama AcHiKz agar tak demam dan doakan juga agar AcHiKz dapat jawatan ni yea..

AcHiKz nak baring kejap, ubat yang AcHiKz ambil tadi dah mula beri kesan.. Da~~

Saturday, 2 April 2011

Awak sudi tak??


"Saya suka la kat awak.. Awak ada ciri2 yang saya suka.. Sudi tak awak jadi kekasih gelap saya sebab saya dah ada kekasih la.. Saya tak boleh nak tinggalkan dia sebab saya pun sayang kat dia juga.."

Tu dia!! Ayat melamar dah keluar.. Gelak guling2 AcHiKz semalam bila baca.. Okay2, AcHiKz cerita dari mula biar korang faham..

Ada la sorang mamat ni, dia add AcHiKz kat Facebook (FB) dengan alasan nak jadikan AcHiKz jiran kat Cityville.. AcHiKz pun dengan baik hatinya approve la mamat ni.. Tak dinafikan yang dia memang jiran yang baik.. Selalu kasi hadiah, apa item yang AcHiKz perlu dalam Cityville dia akan cepat2 hantar..

Kadang2 dia ada juga chat dengan AcHiKz.. AcHiKz jarang on chat kat FB sebab ganggu game yang AcHiKz main.. Sembang2 kosong aje dan AcHiKz dapat agak mamat ni ada la ciri2 lelaki budiman.. Tapi tak tahu la kalau dia betul2 lelaki budiman atau sekadar berlakon aje..

Semalam, masa tengah rancak berborak dengan dia, tiba2 keluar la ayat melamar macam kat atas tu.. Of course la AcHiKz tolak.. Sikit pun tak ada perasaan kat dia.. Sedap2 hati dia aje kan nak buat perangai macam ni kat kekasih dia.. Entah AcHiKz ni yang keberapa dia ayatkan..

Agaknya sekarang ni dia tengah kecewa sebab AcHiKz tolak dia ataupun dia tengah sibuk rancang nak mengayat perempuan lain pula, sebab AcHiKz tengok dalam senarai kawan dia ramai kawan2 perempuan.. Lawa2 pula tu.. Macam dia ni jenis add orang sesuka hati..

Nasihat AcHiKz cuma satu.. Tolonglah ubah la perangai tu, jangan dok canang kat AcHiKz yang kau nak kekasih yang setia kalau diri sendiri tu tak buat perkara yang sama..

Friday, 1 April 2011

MasterChef kini di Malaysia!!



Laporan asal : The Daily Chili

Pada peminat2 siri MasterChef US, Junior MasterChef Australia yang disiarkan di Starworld , Astro saluran 711 kini siri pertandingan masakan tersebut akan datang ke Malaysia..

MasterChef Malaysia dijangka akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Oktober nanti.. Pada sesiapa yang berminat boleh la ketahui maklumat lanjut di lawan web Astro..

AcHiKz : bukan nak pertikai tapi boleh ke MasterChef Malaysia setanding dengan siri MasterChef yang lain??

Kalau hati dah berkenan


Apa khabar semua?? Dah habis pun suku pertama tahun 2011.. Hari pertama di suku kedua dah pun bermula.. Semoga apa yang kita rancang akan dapat dilaksanakan sebaiknya sepanjang tahun ni..

AcHiKz memang peminat kasut terutamanya kasut tumit tinggi.. Boleh katakan AcHiKz ni pelopor utama pemakaian kasut tumit tinggi masa kat kolej dulu..

Tapi sejak kena pakai uniform dan praktikal AcHiKz dah jarang pakai kasut tumit tinggi ni.. Walaupun macam tu minat tetap diteruskan.. Sekarang ni AcHiKz selesa berkasut tapak yang rata aje.. Semalam AcHiKz jalan sorang2 ternampak dari jauh sepasang kasut yang sangat cantik.. Bila dekat makin cantik kasut tu AcHiKz tengok.. Rasa macam rugi aje kalau tak ambil.. Agaknya kasut tu memang ditakdirkan jadi AcHiKz sebab ada juga pelanggan nak rekaan yang sama tapi sayang sekali kasut tu stoknya cuma ada sepasang dan hanya ada saiz AcHiKz..

Inilah kasutnya.. Punya la tak sabar, boleh snap gambar kasut dalam kereta.. Mesti orang yang lalu lalang kat situ kata perangai AcHiKz ni macam budak2..AcHiKz suka warnanya sebab terpengaruh dengan kasut yang dipakai Angelina Jolie dalam filem The Tourist..

pandangan depan

pandangan sisi

Harga?? Tak la mahal sangat.. Kalau hati dah berkenan, selesa dipakai dan berbaloi AcHiKz tetap akan beli..