Saturday, 12 March 2011

Musim cuti sekolah = Musim kenduri kahwin


Yea.. Cuti sekolah dah mula dan secara otomatiknya musim kenduri kahwin pun bermula.. Jadi sepanjang minggu ni kena la siap sediakan perut untuk makan nasi minyak dan lauk pauk yang sedap..

Ada sesetengah orang, masa tengah ada banyak jemputan tak nak pula makan nasi minyak.. Muak katanya, lauk yang sama la katanya.. Tapi bila dah habis musim kenduri kahwin baru la nak merengek, mengadu nak makan nasi minyak.. Bila ajak pi makan kat kedai tak mau pula.. Tak sedap macam nasi minyak kenduri kahwin.. Macam2 la alasan.. Mengada2 pun ada.. Macam nak sekeh aje kepala tu..

Bagi pasangan yang nak adakan kenduri kahwin pada masa yang akan datang, masa ni la paling sesuai nak buat eksperimen sebab kita boleh tahu apa lauk yang sedap dihidangkan bersama nasi minyak.. Selain tu boleh juga belajar cara nak uruskan majlis..Macamana nak pastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga akhir..

Yea, korang memang bakal pengantin, rasa macam tak perlu aje nak ambil tahu semua tu.. Bagi AcHiKz tanggapan macam tu kena ubah sebab itu majlis korang, korang kena ambil tahu dan uruskan seperti mana yang korang mahu.. Tak seronok la bila majlis dah selesai tapi masih ada cakap2 yang kurang menyedapkan hati.. Betul tak??

Pada semua pasangan yang nak melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni AcHiKz nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU".. Semoga ikatan antara dua hati yang saling menyayangi akan berkekalan sampai akhir hayat.. (^^)

Thursday, 10 March 2011

Projek terbaru AcHiKz (sambungan)


Alhamdulillah.. Dah cuba macam2 resipi (macam saintis pula rasanya, he3..) dan AcHiKz dah dapat resipi yang paling sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan kami..

Dalam entry lepas AcHiKz ada tunjuk pada korang kek pisang yang baru keluar dari oven.. Sila scroll down untuk segarkan memori korang.. Itu kek percubaan sahaja, bukan hasil akhir lagi.. Walaupun dah nampak macam sempurna tapi perlu diubah suai lagi.. Kek percubaan tu dah selamat dalam perut AcHiKz dengan si Ummu.. Kali ni AcHiKz nak tunjuk hasil akhir kedua2 kek yang akan dijual nanti.. Okay tak?? Okay tak??


Dah tak sabar rasanya nak mula berniaga.. Harap semua yang kami bertiga rancang selama ni akan berjalan lancar.. Doa2kan yea..

Saya nak join bloglist Her Storiie,x3



Si Nikaviolet dari Nikaviolet's Dairy of Life dah tag AcHiKz untuk turut serta dalam Bloglist Dayana dari Her Storiee,x3.. Pada sesiapa yang berminat boleh klik kat SINI.. Tarikh tutup bloglist ni pada 1 MEI 2011..

Sesi jawab menjawab soalan pun bermula..

Soalan 1 :
Harapan korang terhadap blog korang / tujuan korang berblogging??
AcHiKz mula2 berblogging ni atas niat suka2 aje.. Nak isi masa lapang.. AcHiKz tulis perkara seharian atau isu2 semasa yang menarik perhatian.. Selain tu, ada la juga info yang berguna, yang sesuai untuk dikongsikan dengan pembaca dan bloggers lain..

Soalan 2 :
Kenapa nak join bloglist Her Storiie,x3??
Nak tambahkan kenalan dan sekaligus nak kenalkan AcHiKz HoUz pada blogger dan pembaca yang lain..

Soalan 3 :
Apa yang boleh diubahsuai dalam blog Dayana??
Setakat ni rasanya tak ada apa yang perlu diubahsuai.. Cuma harap tak berat sangat sebab nanti lambat loading.. Maklumlah AcHiKz ni pakai broadband aje..

Tag 3 orang kawan (AcHiKz tinggalkan pesan kat shoutbox)

Wednesday, 9 March 2011

Projek terbaru AcHiKz


AcHiKz pernah cerita yang AcHiKz ni berniaga kek lapis sepanjang bulan puasa pada tahun 2008 dulu.. Tapi kena berhenti sekejap sebab sibuk dengan praktikal.. Ingatkan nak sambung lepas tu tapi tertangguh juga sebab keadaan dan masa yang tak mengizinkan..

Lepas berbincang dengan ayah, dan dua rakan kongsi iaitu si Oliea dan Ummu, AcHiKz akan sambung semula aktiviti berniaga kek.. Kali ni AcHiKz tak buat kek lapis, tapi pada dua jenis kek yang jadi kegemaran kami bertiga iaitu kek pisang dan kek buah..

Jadi buat masa ni AcHiKz sibuk kat dapur mencuba berbagai resipi yang ada dan olah untuk dapatkan rasa kek yang menepati selera pelanggan..

Kek pisang yang baru keluar dari oven..

Buat masa ni kami buat dalam skala kecil saja jadi ia meliputi kawasan berdekatan rumah.. Insyaallah kalau kek kami diterima dan dapat sambutan yang menggalakkan, kami akan luaskan pasaran sedikit demi sedikit..

Tuesday, 8 March 2011

AcHiKz deep fried chicken wantan..


Ni semua gara2 AcHiKz terpengaruh dengan televisyen.. Bukan terpengaruh dengan benda2 yang tak elok tapi AcHiKz terpengaruh untuk mencuba masakan yang disiarkan.. Kali ni AcHiKz terpengaruh nak cuba deep fried wantan..

Bahan-bahan :
300gram isi ayam - dicincang
1 paket kecil kulit wantan
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
1 lobak merah - diparut
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk
garam dan lada hitam - secukup rasa
Cara penyediaan :
1- Gaulkan dengan sebati semua bahan2 diatas kecuali kulit wantan.. Macam kat bawah ni..
2- Letak perasa secukupnya yea sebelum bungkus..


3- Bungkus ikut citarasa korang.. AcHiKz buat bentuk segitiga aje.. Bucunya dilipat keatas.. Sapu air ditepi kulit wantan untuk elakkan isinya keluar bila goreng nanti..
4- Panaskan minyak dan goreng wantan sehingga kekuningan.. Api jangan kuat sangat takut kulit wantan hangit tapi isi kat dalam tak masak..
5- Dihidangkan panas dengan sos cili..

Ini la hasil yang siap digoreng..
Selamat mencuba..

AcHiKz tak normal ke kalau tak buat macam korang buat??


Lebih banyak rasa kecewa dari rasa marah yang AcHiKz alami semalam.. Kecewa dengan sikap segelintir pemandu2 diluar sana.. Segelintir?? Macam dah tak sesuai pula perkataan tu kan??Rasanya KEBANYAKAN adalah perkataan yang paling sesuai..

AcHiKz tulis semula kenyataan tadi.. Kecewa dengan sikap kebanyakan pemandu2 diluar sana.. Kenapa?? Sebab semalam saja, AcHiKz 3 kali kena hon gara2 perlahankan kenderaan dilampu isyarat kuning.. Bukan kena hon aje, siap berhenti sebelah kereta AcHiKz dan kasi isyarat tangan yang tak sedap mata memandang..

Seingat AcHiKz, dalam kelas undang2 dulu, masa tengah berkobar2 nak dapatkan lesen, bukan main la menghafal apa maksud lampu kuning tu.. Takut nanti salah jawab, tak lulus pula kena ambil semula ujian.. AcHiKz sertakan kat sini untuk mengembalikan ingatan pada sesiapa yang kurang ingat tu..


LAMPU KUNING : Bersedia untuk berhenti, jika terlalu hampir dengan garisan dan tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan..

Kebanyakkan pemandu sekarang ni, pantang nampak aje lampu kuning tu bukan nak perlahankan kenderaan, makin ditekan pedal minyak lagi ada la.. Walaupun jauh dari garisan dan mampu berhenti tapi tak nak berhenti langsung.. Bukan aje membahayakan diri sendiri tapi pengguna jalan raya lain pun turut berisiko.. Yea la, dah laju macam nak meroket ke langit, mana sempat lagi nak tekan brek atau elak apa2 halangan didepan.. Nak tak nak langgar aje la apa yang ada kat depan..

AcHiKz pernah tengok sendiri kemalangan macam ni.. Pemandu ni memang dah memandu laju, lagi ditekan la minyak tu bila lampu kuning dok kelip2..Sampai aje simpang lampu isyarat tu, kereta pemandu tu di'sapu' bersih oleh lori dari arah kanan.. Rempuhan kuat sampai tercabut lampu isyarat sebelah kiri.. Tak tahu la apa nasib pemandu dan penumpangnya sebab AcHiKz tak nak berhenti dan tak nak tengok pun..

Kejadian tu memang jadi peringatan dan pengalaman yang tak boleh AcHiKz lupa.. Buang la jauh2 tanggapan lampu isyarat kuning itu sebagai isu yang remeh sebab ia melibatkan nyawa kita dan juga pengguna jalan raya yang lain.. Kejadian hanya berlaku sekelip mata tapi impak akan kekal selamanya..

Saturday, 5 March 2011

AcHiKz kembali!!


Yea!! Akhirnya AcHiKz berjaya juga terbitkan entry pertama dalam bulan Mac.. Dengan rasminya AcHiKz atau Wahida Nasution Thakhrim sudah kembali di AcHiKz HoUz!!

Banyak hari AcHiKz menyepi gara2 merajuk dengan kelembapan broadband.. Walaupun keadaan masih belum kembali pulih macam dulu tapi jari2 kontot lagi gemuk ni dah tak sabar nak menari2 atas papan kekunci.. Jadi AcHiKz cuba juga la sedaya upaya berbekalkan tahap kesabaran yang melebihi biasa untuk post entry pendek ni..

Dalam masa merajuk tu AcHiKz tak la berdiam diri aje.. AcHiKz tetap merayau sakan kat blog kawan2 walaupun ambil masa lama untuk satu2 blog selesai loading.. Merajuk2 pun kat broadband aje, bukan kat korang pun..

Jangan nak merajuk, makin rindu kat korang ada la.. he3