Monday, 2 May 2011

Budak sekolah zaman sekarang


Apa khabar semua?? Rindu AcHiKz tak??
AcHiKz berehat menulis kejap sebab kaki ni terseliuh.. Kaki sakit, mood nak menulis pun tak ada.. Semuanya gara2 tak nampak bendul kat kawasan tangga masa pi serang maksu kat sekolah (selain tu pi cuci mata tengok si baju hijau yang handsome2.. he3).. Jatuh terduduk dibuatnya.. Walaupun AcHiKz yakin tak ada sesiapa yang nampak tapi AcHiKz takkan masuk kem dalam masa terdekat ni.. Nak ambil langkah berjaga2 (nak cover malu sebenarnya.. ha3)..

Cerita pasal sekolah, pagi tadi AcHiKz pi sekolah lama untuk buat pengesahan sijil2.. Nak tambah balik stok yang dah surut.. Ini kali pertama AcHiKz jejak kaki ke sekolah tu lepas ambil result SPM 2002 pada awal tahun 2003 dulu.. Dekat 8-9 tahun juga la tak menjenguk2 keadaan kat sana.. Cuma tengok dari jauh aje..

AcHiKz sampai masa budak2 tengah makan, maklumlah waktu rehat.. Bak peribahasa "Seperti Rusa Masuk Kampung" AcHiKz tengok kanan, tengok kiri, atas bawah semua sekali la.. Nak tengok apa2 yang menarik dan yang dah berubah kat sekolah tu.. Memang beza sangat la masa AcHiKz sekolah situ dulu, sekarang ni lanskapnya cantik, kemudahan2 lain pun dah banyak dinaik taraf.. Kiranya serba serbi bagus la..

Lepas tengok bangunan, tengok kawasan sekeliling AcHiKz pandang pula kat budak2 sekolah.. Tak tahu la budak perempuan yang AcHiKz pandang tu tingkatan berapa tapi AcHiKz cuma fokus kat mata dia aje sebab budak ni pakai eyeliner.. Pakai yang liquid punya, lukis tebal pula tu.. Jauh beza la diorang sekarang berbanding AcHiKz zaman sekolah dulu.. Masa umur2 diorang tu alat solek yang AcHiKz tahu cuma lipstick dan compact powder aje.. Nak bersolek pun tak reti tak macam budak2 sekarang ni.. Lebih expert dari AcHiKz.. Nasib baik la diorang ni masih beruniform sekolah, kalau dibuatnya macam public school kat Amerika Syarikat mesti macam2 gaya budak2 ni pakai pi sekolah..

Itu baru budak perempuan, ni budak lelaki lak.. Boleh dikenyit2 mata kat AcHiKz.. Bila AcHiKz lalu aje tepi kelas ada yang menoleh, siap 'pheewwitt'2 pun ada padahal cikgu dok sibuk mengajar kat depan.. Masa AcHiKz menghala ke kereta, budak2 lelaki yang kenyit2 mata, 'pheewwitt'2 segala tu kasi isyarat tangan macam telefon tu.. Ada hati yea nak minta nombor telefon AcHiKz..

Maaf yea adik oii.. You're not my taste.. he3

6 comments:

KAMIHIDUP said...

lain generasi, lain perangainya. :)

Mohamadazhan hjDesa said...

ramai peminat achik ni.hehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

kamihidup : betul juga tu.. lain generasi lain pula gayanya.. ha3

Wahida Nasution Thakhrim said...

mohamadadzhan : peminat?? jangan la.. nanti nak keluar pun susah..

nikaviolet said...

hahaha....mcm2 budk2 skng ni kak oi...naik loya mata ni tgk kadng2..hehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

nikaviolet : deme lagi advance dari kita..