Tuesday, 3 May 2011

Mesti singgah sini kalau datang Pekan Sik


Gara2 dapat berita mengejut, tak jadi AcHiKz nak masak hari ni.. Simpan balik semua bahan2 dalam peti sejuk dan terus tukar baju..

AcHiKz dan ayah menghala ke Gubir sebab bapa pada anak angkat ayah meninggal dunia.. Anak angkat ayah ni diambil masa Program Keluarga Angkat waktu ayah bertugas kat sana pada tahun 70-an kalau tak silap AcHiKz.. Walaupun program tu dah selesai tapi ayah dan anak angkatnya masih berhubung sampai la ke hari ni.. AcHiKz memang anggap dia macam abang kandung sendiri sebab dia jadi anak angkat ayah sebelum AcHiKz lahir lagi..

Pak Leh meninggal akibat serangan jantung.. Kata abang Abie (anak angkat ayah) bapanya meninggal masa berehat2 sambil tunggu makcik siapkan sarapan pagi dalam jam 7.30 pagi tadi.. Walaupun berita kematian yang diterima agak lewat, tapi AcHiKz dan ayah sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.. Kagum bila AcHiKz lihat wajah Pak Leh yang sangat tenang seolah2 sedang senyum pada semua orang yang hadir..

Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Leh, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman..

Sebelum balik SP, AcHiKz dan ayah singgah direstoran kegemaran kami sebab tak nak susahkan keluarga Pak Leh.. Banyak perkara lagi yang belum mereka selesaikan.. Din la yang paling suka restoran ni.. Restoran ni wajib kami singgah tiap kali lalu Pekan Sik..

**klik gambar untuk lebih jelas

Kuey Teow Thing dan Char Kuey Teow memang menu utama la kat restoran ni.. Memang ramai yang datang makan.. Yang bungkus pun ramai juga.. Maaf la yea, lupa nak snap gambar dua2 menu ni sebab dah hypo sangat.. Dapat aje pesanan terus makan sebab AcHiKz dan ayah cuma sarapan awal pagi tadi dan minum air yang AcHiKz bawa dari rumah aje dalam perjalanan ke Gubir.. Tak singgah mana2 pun sebab takut lambat sampai..

Mesti ada yang tanya kenapa namanya Kuey Teow Thing.. Dulu pun AcHiKz pun musykil juga.. Bila dah sampai pesanan ni baru la tahu.. Rupanya Kuey Teow Thing tu bersamaan dengan Kuey Teow Sup.. Supnya jernih, wangi dan sangat sedap.. Kalau nak rasa sendiri kesedapan supnya tu, kena la singgah di Restoran Ishak ni.. Ianya bersebelahan dengan stesen bas..

Jam 7.30 malam tadi baru sampai rumah.. AcHiKz dah letih sangat, nak tido awal la malam ni sebab mata dah tak mampu nak berjaga untuk tonton "Asmara 2"..

SELAMAT MALAM SEMUA.. (^^)

6 comments:

Surie said...

aL-FATIHAH buat arwah...

Kaki Achikz dh ok tak?
Cam best je Kueh Tiaw Thing tu..kot2 nanti surie dtg SIK, leh la singgah kedai tu =)

Wahida Nasution Thakhrim said...

kaki masih sakit tapi sikit2 aje la sebab AcHiKz urut dan rawat sendiri..
bagi AcHiKz memang best la kuey teow thing tu.. sedap sangat.. lupa nak nak bungkus semalam..

OreO HitaM said...

kali pertama dgq kuey teow thing..lgpun jarang p sik..

Wahida Nasution Thakhrim said...

sama la macam AcHiKz dulu.. selalu pi sana memandu tanpa tujuan aje.. sambil merayau, singgah isi perut..

OreO HitaM said...

Dah lama tak balik SP..ops!! kantoi

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea ke orang SP ni??