Saturday, 7 May 2011

Tak payah la nak simpan2 lagi


Apa khabar semua?? AcHiKz kebosanan dan tak ada idea untuk menulis.. Lagipun AcHiKz dok sibuk cari ikan pekasam yang dipesan oleh seorang kenalan..

Tadi masa dok melayan filem hindi kat tv2, junior kolej AcHiKz telefon.. Nangis teresak2 lagi.. Tak sempat nak tanya apa pun dia dah buat luahan perasaan.. Dia dan suami baru aje bertekak gara2 sebotol minyak wangi pemberian bekas kekasih suaminya.. Dia dah minta suami dia buang minyak wangi tu sebelum diorang kahwin lagi (baru 6 bulan lebih diorang berkahwin).. Suaminya setuju dan dia ingat suami dia betul2 buang la.. Tapi sangkaan dia meleset bila dia jumpa botol minyak wangi tu masa kemas rumah awal pagi tadi.. Maknanya hampir 5 bulan la suaminya dok simpan minyak wangi tu!!

Junior AcHiKz beritahu yang diorang masing2 dah setuju untuk tidak simpan sebarang pemberian dari bekas kekasih masing2.. Tak kisah la hubungan yang lepas tu berakhir secara baik atau tidak.. Dia sangat kecewa sebab dia aje yang patuhi janji tu tapi suaminya tidak.. Susah sangat ke nak patuhi janji yang telah dibuat?? Korang jangan ingat AcHiKz yang emo pula.. Itu ayat junior AcHiKz masa kami berbual tadi..

Pada AcHiKz, segala pemberian tu patut dibuangkan aje.. Tak perlu simpan2 lagi.. Jangan lukakan hati orang yang sayangkan kita gara2 kenangan yang dah lepas tu.. Dari ingat kenangan lepas, baik cipta kenangan yang lebih indah bersama2.. Bagi AcHiKz itu adalah cara yang terbaik..

Korang masih simpan ke pemberian bekas kekasih korang??

10 comments:

en solo said...

ada yg di simpan lagi.. hehe...

Wahida Nasution Thakhrim said...

kalau dok solo lagi takpe la.. tapi kalau dah kahwin, tak payah la nak simpan walaupun ada sentimental value..

Surie said...

Tak pernah ada bekas pakwe..hehe~

Tapi bagi surie pun, patut buang je klau dah kawin kan?buat pe la nak simpan-simpan..adoila!

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea la.. patut buang aje la.. buat apa nak sakitkan hati pasangan kita.. kesian diorang..

khaifaiz said...

tak patut simpan.. tp kalau yg mahal2 tu lebih baik simpan.. mana la tau boleh jual time2 sesak nanti.. hehehehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : AcHiKz pun fikir macam tu juga.. he3

taliff said...

Janji Tetap janji...huhuhuhu

Wahida Nasution Thakhrim said...

janji tinggal janji aje kot~~ hu3

vampire's lovex said...

barang yg lama jangan di kenang..ye dak...


tolong ar jaga hati kekasih/laki/bini yg skg.. huuuu *emo tetiba.

Wahida Nasution Thakhrim said...

vampire : yea la.. mesti pasangan kita akan terasa.. dah terasa tu mesti dah syak bukan2.. bukan makna dia tak percaya tapi dia takut kita akan berlaih arah, yea dak??