Monday, 26 April 2010

PeRmInTaAnKu PaDaMu


Wahai mr. popeye tersayang..

1- Tolonglah bawa handphone masa pi kerja, pi duty.. Saya tak minta awak bawa dua2nya sekali.. Bawa satu pun cukup..

2- Bila terima mesej tu jangan la lambat2 reply.. Bukan ambil masa sejam pun nak taip reply..
Jangan anggap setiap mesej yang diterima tu remeh yea.. Mungkin ada benda penting nak diberitahu.. Kalau ada banyak kredit, mesti la terus telefon.. Ini cuma berlaku bila kredit 'tenat'..

3- Update dengan saya apa yang awak buat.. Saya tak mahu la asyik2 mesej awak tanya awak buat apa, awak kat mana.. Nanti awak marah pulak.. Bukannya saya ni nak kawal awak, sekurang-kurangnya tahu la saya awak kat mana.. Mana la tahu kalau2 saya telefon awak, awak tengah tido sebab nak ready untuk duty ke, tengah buat round ke tak la ganggu awak..
Sekurang-kurangnya saya tak hubungi awak pada masa yang salah..

4- Jagalah kesihatan awak tu.. Makan ikut masa & tido secukupnya..
Jangan abaikan kesihatan.. Nanti sakit, tido la kat wad macam dulu..
Awak cerita kat saya yang awak rasa seram+takut bila tido kat wad pun dah tak boleh bantu..

Awak jangan ingat saya berleter suka hati saya.. Saya berleter ni sebab saya pedulikan awak..
Sebab awak tu mr. popeye kesayangan saya~~ (^^)

Sunday, 25 April 2010

sEmUaNyA bErJaLaN LaNcAr


Lega & gembira..
Itu la yang boleh aku cakapkan bila majlis perkahwinan best friend aku si laily tamat petang semalam.. Memang meriah sangat sebab selain saudara mara yang datang, schoolmate dari SMK Tunku Ismail & SMk Sungai Pasir datang walaupun sekarang ni semua dah bawa haluan hidup masing2..

Aku pun tak terkecuali la.. Dalam ramai2 schoolmate yang datang, ketiga-tiga bekas kekasih aku masa zaman sekolah aku dulu datang sama2.. Walaupun dah berpisah, aku masih anggap diorang tu kawan baik aku.. Semua dah ada pengganti, semoga sentiasa bahagia dengan pilihan masing2 termasuk la aku.. Kalau nak kenduri tu jangan la lupa jemput aku, tapi aku dah tak mau jadi pengapit lagi atas saranan Kak G.. Atas sebab apa Kak G sarankan aku macam tu, aku pun tak tahu.. Yang pasti Kak G buat macam tu mesti untuk kebaikan aku..

TERIMA KASIH KAK G.. (^^)

Dah jumpa ramai kawan2 ni banyak juga la undangan majlis perkahwinan yang aku dapat.. Bulan depan dah ada 3 undangan, bulan Jun dah ada 3 jugak.. Ada juga yang tanya aku soalan 'panas'.. Aku cuma boleh senyum dan cakap "belum masa untuk aku kahwin lagi.. nanti aku jemput la korang.."

Setahu aku, si laily ni berkenalan dengan suaminya kat SMK Sungai Pasir.. Aku pun tak kenal sangat dengan suaminya ni sebab aku habiskan form 5 kat SMK Tunku Ismail & laily ni kat SMK Sungai Pasir.. Senang la diorang nak balik raya sebab rumah mertua masing2 dalam daerah yang sama.. Naik kereta tak sampai 30 minit pun dari rumah famili sendiri ke rumah mertua..

Kat sini aku sertakan beberapa gambar sempena majlis perkahwinan si laily ni.. Tak banyak gambar pun sebab jadi pengapit tak boleh nak lari2 jadi jurugambar.. he3..


Ini la raja sehari.. Best friend aku, Laily Kartina dan suaminya Saiful Azad..
Diorang ni sebaya..


Kakak si laily, Laily Kartini..


Ini adik si laily.. Laily Karmilia..


Warna pink baju si pengapit lagi 'over' dari pengantin kan?? he3..
Malunya nampak 'spare tyre' aku yang berlipat2.. (><")


Sempat lagi tu bergambar masa saudara terdekat menepung tawar pengantin..


Nasib baik la ada kawan2 ramai yang membantu.. Kalau tak mesti kelam kabut la diorang sefamili.. Si laily ni ada 4 beradik tapi 3 darinya perempuan, sorang aje heronya.. Dia dengan suami kak tini la yang paling penat berkejar..

Cuaca semalam memang sangat baik.. Panas aje sepanjang hari sampai kena 'touch up' banyak kali.. Aku la yang kerap ber'touch up', laily mana leh touch up dah.. Nanti tak sama macam mak andam makeup karang, jadi kurang cun pulak.. he3..

Puas hati sangat sebab semuanya berjalan lancar.. Jemputan yang hadir pun gembira..
Memang rasa berlaloi la walaupun penat sangat.. Terima kasih yea laily sebab ambil aku jadi pengapit di hari istimewa lagi bersejarah korang berdua..


LAILY KARTINA AHMAD SUFFIAN & SAIFUL AZAD MOHD NOOR,
SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA & BERKEKALAN SELAMANYA..

Saturday, 24 April 2010

aKu SeOrAng BrIdEsMaId


Berdebar2 aku menunggu esok.. Masa yang aku tunggu selama ni dah tiba.. Aku tunggu sejak 5 bulan yang lalu..
Walaupun ini kali ketiga aku, tapi aku tetap takut+excited..
Semuanya kerana aku akan jadi bridesmaid schoolmate+best friend aku, si laily esok..

Semua ni bermula bila si amie minta aku jadi pengapit dia.. Mula2 macam nak tolak sebab aku cuma jadi pengapit masa abang aku kahwin aje.. Itu pun masa aku lower 6 dulu.. Tak kisah sebab dia abang aku, famili sendiri.. Tapi bila best friend aku, si amie minta aku jadi pengapitnya, aku berat hati nak setuju mulanya sebab aku segan sangat.. Kawan baik punya pasal aku pun setuju juga la..

Si laily datang masa majlis kenduri si amie.. Bila dia tau aku yang jadi pengapit si amie terus dia kata "aku pun mahu hang jadi pengapit aku untuk kenduri kahwin aku nanti yea.."
Aku pun kata orait dan minta dia update la apa2 hal kat aku..

Yang aku takut untuk jadi pengapit kali ni sebab mesti la ramai schoolmate yang datang.. Mala eh nak tayang muka.. Rasa nak concentrate kipas aje.. Tak mau nak pandang tempat lain.. Takut ada yang memandang aku sambil tersengeh2..

Apa pun aku harapkan segala yang dirancang dan majlis kenduri esok akan berlangsung dengan lancar.. Harap semua yang hadir berpuas hati..

Wednesday, 21 April 2010

SwEeT MaRy JaNe


Mary Jane.. Nama yang sangat manis.. Tapi entry ni tak ada kena mengena dengan Mary Jane Watson heroin filem Spiderman tu.. Ni nak cerita pasal kasut mary jane..

Mary Jane ni kasut yang bertumit rendah.. Ada satu tali yang disertakan buckle yang dikancing di bahagian tepi dekat dengan buku lali.. Dulu mary jane ni dipakai oleh anak2 gadis.. Tapi sekarang ni semua peringkat umur pun pakai..

Sekarang ni rekaan mary jane semakin menarik.. Dengan tumit kasut 'chunky' setinggi 3-5inci menarik perhatian kepada si pemakai.. Mary jane ni menjadi pilihan utama penggaya fesyen Kinderwhore dan juga Lolita..

Kinderwhore ---> Ahli kumpulan punk rock America pada awal dan pertengahan 90-an.. Mary jane digayakan dengan babydoll dress bersama solekan tebal..
Lolita ---> Fesyen sub-budaya yang berasal dari Jepun berinspirasikan pakaian zaman Victoria dan kostum era Rococo..

Jom tengok design mary jane yang aku sertakan..


Christian Soriano All Done Up Mary Jane Pump..


Stacked Heels Mary Jane..


Dior Blue and White Mary Jane Heels with Cone Heel..
(suka dengan tumitnya.. menarik~~)


Christian Louboutin Guidolina' Mary Jane Shoes..


Miu Miu Mary Jane..


Mary Jane Peep Toe Pump..


Ruthie Davis Mary Jane Pump..


Harajuku Lovers Airlie Mary Jane Heels..


Topshop Mary Jane..


ini sesuai untuk menampilkan kelainan pada si pemakai..


Dengan memilih pakaian dan kasut yang sesuai, anda akan menjadi perhatian dan mesti ada orang yang mahu bergaya seperti korang..
Jadi, adalah sangat3 penting untuk pilih kasut yang sesuai dengan gaya anda.. Jangan nanti orang akan menoleh 2 kali kerana melihat gaya anda yang janggal+pelik..

SELAMAT PILIH KASUT..

UiKs~ KaSi OrAnG LiNtAs JaLaN pUn KeNa MaRaH??


Makin tak faham aku tentang rakyat Malaysia sekarang ni walaupun aku ni warganegara Malaysia yang sah lagi asli.. he3.. Terutama sikap pemandu dijalan raya..

Apa yang aku dapat bila kasi seorang lelaki separuh buta, bertongkat bersama emaknya yang sudah berumur melintas jalan di lintasan Zebra?? Aku dapat bunyi hon yang sangat kuat dan isyarat tangan yang ber*&^%$#@!!
Salah ke aku kasi diorang berdua tu laluan?? Lagipun diorang tu bukan melintas di tempat yang salah.. Walaupun kat lintasan Zebra tu tak ada lampu isyarat, tapi sesiapa yang melintas mendapat hak untuk melintas dengan selamat walaupun pada masa itu masa puncak.. Betul tak??

Tak ada perbezaan status di jalan raya walau memandu big foot car sekali pun.. Jangan ingat dah memandu kereta besar, mewah lagi import boleh hon2 orang lain sesuka hati.. Ntah2 kalau boleh dia naik atas kereta comel yang aku pandu tadi mesti aku ni dah penyet agaknya.. Jangan la sekadar beli kereta ber'class' tapi pemikiran pemandunya langsung tak ada 'class'..

Mungkin la diorang ni tak rasa macam apa yang aku rasa.. Maksud aku kepuasaan lepas buat perkara yang baik.. Walaupun cuma beri laluan untuk orang melintas, aku dah betul2 puas hati.. Walaupun pertolongan yang aku beri tak la seberapa pun, tapi rasa puas selepas tu adalah PRICELESS!! Mungkin orang yang hulurkan bantuan aje yang faham perasaan aku ni..

Mesti korang nak tahu apa yang aku buat kat pemandu yang dah bagi aku isyarat tangan luar biasa tu, aku cuma angkat tangan aje.. Apa yang pemandu tu nak tafsir tentang tangan aku tu terpulang la pada dia.. Aku cuma kesian kat anak2 kecil dia yang ada dalam kereta tu, diorang dah belajar sesuatu yang baru dan sangat x sesuai ditunjuk dari seorang lelaki yang bergelar AYAH..

hu3.. KESIAN KAN~~

Tuesday, 20 April 2010

LuAhAn PeRaSaAn aKu HaRi iNi


1- Sampai hari ni, jam ni, minit ni, saat ni yuran pengajian aku semester ni masih belum settle.. Korang sumer jangan cakap pulak yang aku ni sengaja tangguh2 bayar yuran aku.. Dalam hal ni, aku tak salah.. Yang salah cuma Jabatan Kewangan kolej aku aje.. Sampai hari ni pun tak boleh nak decide jumlah bayaran aku.. Dari awal semester aku kejar diorang, sampai hujung semester ni pun BELUM dapat buat keputusan.. Nasib baik la aku dapat ambil slip masuk exam sebab staff tu faham masalah aku.. Kalau tak, mesti aku tak dapat nak masuk exam gara2 orang yang perangai macam ni.. Asyik cakap ''kami akan hubungi adik secepat mungkin.. boleh adik bagi nombor telefon adik?? Itu la ayat standard yang aku akan dapat.. Masa aku minta jumlah bayaran kat diorang bukan main liat, tapi kalau masa diorang nak hantar invois kat rumah aku bukan cepat.. Contoh paling baik, semester lepas, aku bayar yuran 21hb Ogos.. Seminggu lepas tu ayah terima invois yuran pengajian aku yang bertarikh 25hb Ogos.. Korang fikir-fikirkan lah~~

2- Petang tadi aku dengan carol bertekak dengan tuan rumah sewa kami ni.. Si carol dah habis belajo jadi dia nak keluar dari rumah ni hujung bulan ni.. Tapi nak minta balik deposit pun payah.. Banyak cakap pulak tu.. Boleh pulak nak bandingkan penyewa sekarang dengan penyewa dulu.. Memang la tak sama sebab apa yang penyewa dulu berurusan dengan penyewa dulu kami tak tahu.. Sedangkan si carol yang paling lama duduk rumah sewa ni pun tak tahu.. Lepas tu asyik cakap cara carol urus rumah ni tak betul.. Walaupun aku bukan si carol, aku pun sakit hati.. Dah dia tak tahu pun.. Jangan cakap dia tak betul.. Macam la tuan rumah sewa ni betul sangat.. Dah la cakap bahasa melayu pun tak tahu.. Speaking bahasa inggeris pun terabur.. Berkerut dahi aku cuba faham.. Nasib baik la aku tak 'meletup' tadi..
Lepas sejam setengah aku, si carol dengan tuan rumah ber'perang mulut', dapat jugak akhirnya duit deposit si carol..
Bye2 carol.. Eh~~ silap.. Bye2 Doktor Carol.. Selamat bertugas..


3- Punya penat la aku gosok tudung, baju, mandi, siap2 sehabis cun sebab mr. popeye cakap nak datang ipoh.. Cuma tinggal nak pakai tudung ja.. Lama betul aku tunggu.. Kejap duduk kat meja makan, kejap aku bersila lak kat bawah.. Terjenguk2 kat sliding door kalau2 dia nak sampai.. Akhirnya aku terima msg "dah nak sampai dah ni.." Tapi bila dia dah sampai, boleh pulak tanya "kenapa siap2?? nak keluar pi mana??"
Aku jawab "bukan ke datang sini nak ajak keluar?? sebab tu la siap2.." Berkerut dahi dia.. "datang sini sebab kawan yang ajak.. dia nak cari beli barang sikit.. singgah sini sebab nak bagi ni ha~~" katanya sambil hulur aku 1 beg plastik.. Lepas aku terima beg tu, dia dengan kawan dia pun bergerak.. Korang nak tahu apa yang mr. popeye bagi kat aku??
Silalah tengok kat bawah..


Mee rebus dari Restoran Mee Rebus Ramli..


AAaarrrggghhh!!!!
Sakit betul hati aku!! Kalau ikutkan hati marah aku, nak aje aku hempas ke lantai masa aku terima plastik ni.. Sebabkan aku lapar, aku telan juga la walaupun tengah bengang.. Mahunya aku tak lapar, lunch tadi aku makan mee segera aje.. Biasa la, duit belanja dah tak ada..

Sunday, 18 April 2010

HoBo BaG


Salah satu design beg yang diminati ramai.. Aku pun minat jugak beg jenis ni..
Hobo Bag.. Nama yang unik.. Hobo adalah panggilan pada pekerja2 yang mengembara, berkelana dari satu tempat ke satu tempat.. Hobo bag adalah beg yang dibawa mereka.. Kebanyakkan beg jenis ini bersaiz besar dan berbentuk bulan sabit..

Jom kita tengok design hobo bag yang menarik..


Gucci Duchessa Hobo Bag


Marc by Marc Jacobs - Classic Q Hillier Hobo Bag


G by GUESS Marley Hobo Bag


reben sebagai buckle.. cute!!


Andrew Marc Kite - Pricilla Hobo Bag


Roger Vivier Phyton Hobo
(cantik tapi dari kulit ular sawa.. tak cukup berani nak pakai..)


Prada HoboBag


boleh isi macam2 barang..
aku suka designnya..


Ted Rossi Phyton Hobo Bag
(aku takkan pakai la design macam ni.. GELI~~)


Orian Hobo Bag in Red


Hobo Bag ni sesuai sangat untuk gaya Bohemian atau 'Boho-Chic'.. Gaya macam ni menjadi kegemaran pelakon dan penyanyi antarabangsa seperti Mary-kate Olsen, Joss Stone dan Sienna Miller..