Saturday 12 February 2011

Orang lain pun bercinta juga adik oii..


Penatnya AcHiKz hari ni.. Lagi penat dari pi jogging hari2.. Semuanya gara2 pi Program Penempatan Pekerjaan (3P) kat Jabatan Kerja Raya Sungai Petani.. Macam biasa la, AcHiKz takkan pi sorang2, Oliea dan Ummu pun ikut sama..

Memang banyak la tawaran kerja tapi majoriti melibatkan bidang kejuruteraan jadi pilihan untuk AcHiKz adalah terhad.. Terhad pun kena la cuba juga, mana la tau kalau2 memang rezeki AcHiKz nak dapat kerja tu..

Salah satunya tawaran kerja dari syarikat farmaseutikal..Memang menarik perhatian AcHiKz dan dah semestinya kena dengan apa yang AcHiKz belajar.. Lama juga menunggu untuk ditemuduga, AcHiKz submit borang dalam pukul 10.30 pagi, dalam pukul 1.30 petang baru la AcHiKz dipanggil.. Itu pun penemuduga macam tak nak temuduga dah.. Kesian juga kat diorang dari pukul 9 pagi dok tanya macam2 soalan tak berhenti2.. Walaupun AcHiKz pun sampai hypo menunggu tapi alhamdulillah, temuduga berjalan lancar.. Doakan AcHiKz cepat2 dapat kerja yea..

Sesi temuduga selesai, sesi isi perut bermula.. Jadi sebelum balik Oliea nak singgah bakery.. Sambil tengok2 apa yang nak dibeli, AcHiKz terpandang satu pasangan ni dan semestinya budak Melayu.. Dua2 budak sekolah.. Dari pakaian, memang sah la budak2 ni duduk asrama.. Hari sabtu hari outing diorang la.. Agaknya masing2 dok menahan rindu sangat kot, budak berdua ni dok berkepit sakan la dalam bakery tu.. Laga2 pipi, pegang2, peluk2 segala.. Macam la boleh sesat dalam bakery tu..

AcHiKz tegur, minta lalu sebab nak ambil roti yang ada depan diorang.. Boleh si budak perempuan tu kata "Ish!! Kat mana orang berdiri, kat situ la dia nak lalu.." Memang la rasa nak marah tapi tak guna kan nak gaduh2 dengan budak sekolah macam tu.. Jadi AcHiKz pun kata "Orang lain pun bercinta juga adik oii, tapi tak la sampai berdiri menghalang jalan.. Tak sangka pula nak beli roti pun susah.."

Dari kaunter pembayaran AcHiKz nampak budak perempuan tu jeling keras pada AcHiKz.. Nak jeling?? Jeling aje, sikit pun AcHiKz tak peduli..

7 comments:

Miecyber said...

Semuga berjaya temuduga yang di lalui...

Memang kurang ajar buadak sekolah tu..

Fire Laser Otomen Taro jer kat budak macam tu...

Parah diserang harimau

kindergartenlibrary said...

sabar sajalah ..
budak tu patut diajar ..
=)

tak gitu ?

Wahida Nasution Thakhrim said...

miecyber : trimas3.. memang kurang pun tapi kalau nak marah pun bukan dia nak dengar.. nak kasi sinaran action kamen rasanya.. ha3

nelly : memang sabar pun.. nak marah pun tak berbaloi la..

kaizen shinobi said...

wahahaa... sumpah lawak... budak2 zaman sekarang... ngeh3

Anonymous said...

seyes kerek budak tu..kalau dira dah fire dh kak chik oi.....

anyway gud luck untuk job interview tu,,,harap2 bole dpt..yeay....!!!

Mohamadazhan.com said...

salam achik, malu sy org s.p

memang sejak sy belajar time sekolah dlu, bdk2 sp ni mmg masalah. Macam2 isu lah. Dulu popular black metal.

naik pening tgk budak2 sekolah sekarang, nakal lain macam dah.

Wahida Nasution Thakhrim said...

kaizen : budak2 sekarang tak macam zaman sekolah kita dulu2.. diorang ni dah advanced.. uhuk3

nikaviolet : trimas.. doakan sama2 yea.. fire pun bukan diorang pduli pun..

mohamadazhan : diorang tu terlebih nakal..