Thursday, 24 February 2011

Mana boleh saya lupa muka nakal kamu tu..


Alhamdulillah.. Dah setengah bulan AcHiKz pi jogging.. Berbekalkan semangat, kesedaran diri, sokongan ayah dan juga bebelan si Rabiah (makcik ni kuat berleter tau..) AcHiKz masih berupaya layan 5-6 pusing keliling Taman Jubli Perak tu.. Kira okay la 5-6 pusing tahap budak gemuk macam AcHiKz ni.. Bila dah semakin baik boleh la lebih dari tu.. Berapa berat AcHiKz sekarang lepas setengah bulan jogging?? Entah la, tak berani nak pi timbang.. Nanti dah bersedia baru AcHiKz timbang yea.. Buat masa ni biar la angka tu jadi rahsia sulit AcHiKz.. he3

Ada seorang wanita pertengahan umur yang jogging kat sana.. Muka dia macam AcHiKz kenal tapi tak berani nak tegur.. Takut salah orang, malu la AcHiKz nanti.. Nak kata hari2 nampak dia tak juga.. Bukan muka 'regular' yang selalu AcHiKz jumpa.. Hari ni AcHiKz berselisih dengan dia.. AcHiKz ucap la selamat pagi kat dia.. Lepas tu dia kata "awak ni ex-student saya kan?? student bla3.. kelas bla3.. student SPM 2002.." AcHiKz pun jawab yea bagi semua pertanyaan dia dan masa tu juga tekaan AcHiKz selama ni betul.. Wanita pertengahan umur tu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kat sekolah AcHiKz dulu..

Sebelum kami ambil haluan masing2 (dia dah nak balik dan AcHiKz masih ada 3 pusing lagi) sempat AcHiKz tanya macamana dia masih kenal AcHiKz walaupun dah 9 tahun berlalu.. Dia cuma senyum dan jawab
"mana boleh saya lupa muka nakal kamu tu.."

Tak terkata AcHiKz dibuatnya.. Cuma mampu senyum aje..

Tengok la betul2, nakal sangat ke muka AcHiKz ni??

9 comments:

Aqila Safuan said...

wow. serononye berjongging ! yeah . sangat sihat untuk badan . tapi kalau nak kuruskan badan kena juga kawal pemakanan and banyakkan makan sayur and buah . try lah herbalife . 68 juta testimoni sure dpt turun dgn sihat dan sgt senang . no side effects!

Wahida Nasution Thakhrim said...

ekonomi tak mengizinkan.. kalau ikutkan hati mau aje beli macam produk.. tak pe la.. slowly but surely aje..

Arpiiz said...

yeye, memang tengok muka macam budak nakal dulu ni..hehe, gurau je..^^

Surie said...

muka familiar la tu..eh, kte sebaya la achikz..SPM 2002..

Wahida Nasution Thakhrim said...

arpiiz : nakal sikit2 aje la.. he3

surie : tak la familiar sangat.. ha3..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

SALAM
YA NAMPAK CUMELI DAN NAKAL

Wahida Nasution Thakhrim said...

brutalsolo : kalau dah brutal kata macam tu, confirm la muka AcHiKz ni muka NAKAL.. he3

macam2je said...

muka berseri2, mantap! nampak ada gaya mutu keungulan(dunhill)-klu joging terus kompom sihat + senaman kucing!

Wahida Nasution Thakhrim said...

macam2je : itu muka baru balik jogging.. jangankan bedak, secalit krim pun tak ada..