Thursday, 17 February 2011

Entah masih muat ke tidak


Dalam perjalanan balik dari rumah maktok, AcHiKz lalu depan sekolah lama AcHiKz.. Terpandang pagar sekolah yang simpan banyak kenangan.. Dah semestinya kenangan nakal sebab kenangan nakal la yang paling seronok sekali..

Percaya atau tak, sebulat2 AcHiKz masa zaman sekolah dulu, AcHiKz dapat selinap masuk atau keluar melalui longkang tepi pagar tu.. Ada la beberapa kali AcHiKz buat macam tu.. AcHiKz dah lupa apa sebabnya AcHiKz buat macam tu.. Tapi AcHiKz ni bukan kaki ponteng yea.. Pagar pun AcHiKz mampu panjat, ada la beberapa kali tapi takut sangkut baju kat pagar tu.. Jadi cara selamat, selinap masuk dalam longkang la.. he3

Gambar kelas masa AcHiKz Tingkatan 5..

Bila terpandang longkang tepi pagar tu, AcHiKz mesti tersengih sorang2.. Tak nak la saja2 nak pi cuba.. Karang kena tangkap dianggap sebagai penceroboh pulak.. Buat niaya AcHiKz aje.. hu3

2 comments:

DuniakuAbstrak said...

kaki ponteng la best..keh3

Wahida Nasution Thakhrim said...

AcHiKz ni bukan kaki ponteng tapi kalau rasa nak ponteng, ponteng aje.. tak fikir 2 kali dah.. ha3
tapi AcHiKz akan ponteng bila kehadiran dah diambil.. he3
alamak!! bocor rahsia!!