Wednesday, 31 March 2010

My LuNcH


Hari ni bangun lewat gara2 buat semula laporan eksperimen Pharm Chem.. Member yg sepatutnya buat laporan ni dah salah buat.. Main bantai aje ikut apa yg ada dalam manual sedangkan terang2 dalam manual minta student buat ayat sendiri.. Terpaksa la aku buat semula laporan ni.. Bersengkang mata la sampai 4 pagi.. (@-@)

Cepat2 turun ke dapo lepas mandi.. Lapar tak terkata dah.. Tengok2 apa dalam peti sejuk, tung-tang tung-tang.. Ha!! Ni la hasil masakan segera aku tengahari ni..


Hurm.. Tak pasti la apa nama masakan ni sebab main campak2 aje ikut sesedap rasa.. he3..
Lepas fikir punya fikir, aku namakan masakan ni CREAMY LINGUINE WITH SHITAKE MUSHROOM..

Bahan-bahan : (utk seorang makan aje..)
Segenggam Linguine
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 frankfuther ayam
3 cendawan shitake
1 sudu teh italian seasoning
2 biji cherry tomato - dibelah dua
1/2 cawan susu segar
keju parmesan
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara membuatnya :
- rebus linguine bersama garam dan sedikit minyak masak.
- panaskan minyak dalam kuali dan masak frankfurther ayam sehingga keperangan.
- masukkan cendawan shitake, bawang putih dan italian seasoining. masak utk beberapa minit.
- masukkan lingunie yang siap direbus bersama sedikit air rebusannya.
- masukkan susu segar dan masak hingga susu sedikit pekat.
- padamkan api dan tabur keju parmesan. gaul hingga sekata.
- hidangkan & hias bersama cherry tomato..

p/s :
- makan semasa masih panas..
- jangan letak terlalu banyak keju.. nanti kuahnya jadi pekat dan berketul2 bila sejuk..

No comments: