Sejak aku rajin memasak semula kat rumah sewa skrang ni, aku memang tak boleh nak tinggal benda yang satu ni.. Terutamanya bila aku masak 'signature dish' aku, NASI GORENG.. he3.. Tapi skrang ni lesung batu hanya dalam kenangan.. hu3..
Masa aku balik semula kat rumah sewa awal tahun ni, aku dah tinggalkan lesung batu kat SP.. Alasannya sebab housemate aku dah bawak lesung batunya ke sini.. Eh3, silap lak.. Bukan housemate aku lagi la, dah jadi ex-housemate aku pun..
Mungkin korang semua tanya apa kaitan ex-housemate aku dgn entry aku kali ni.. Mesti la berkaitan, sangat3 berkait rapat la.. he3..
Dia ni sangat3 rajin memasak walaupun setakat mee segera aje.. Aku bukan nak mengata dia la.. Aku puji dia sebab mau jugak la dia ke dapo masak untuk isi perut yang lapar walaupun penat bekerja.. Aku akan tau dia tengah masak bila lesung batu tu bertung-tang kat dapo.. he3.. Disebabkan dia jugak la aku jadi pemalas nak masak lagi.. Kenapa?? Kenapa malas nak masak lagi tanya korang pada aku??
Meh sini aku nak jawab soalan korang tu..
Sebab2 aku jadi malas nak masak lagi :
1- Dia beli barang2 makan, terutamanya sayur2, ikan, ayam, telur tu macam nak jamu 10 orang ada dalam rumah ni sedangkan rumah ni hanya ada 6 orang!! Penuh peti sejuk rumah ni semuanya barang2 dia aje..
2- Dia lambat sgt nak basuh semua cooking utensil yg dia dah guna.. Semua dok rendam aje dalam sinki.. Takkan la kami, housemate yang lain ni nak kena basuh kuali, periuk yang dia dah guna bila kami pulak nak guna periuk, kuali tu.. Sekali dua boleh la.. Tapi, aku ni dah banyak kali kena taw.. Tension aku!!
Tak ada beritahu apa pun, dia pindah keluar hujung Februari lepas.. Tak tahu la apa sebab buat dia pindah keluar..
Lepas dia pindah, aku kembali aktif memasak.. Aku tengok lesung batu tu masih ada, jadi aku assume la lesung batu tu milik sorg lagi housemate aku.. Jadi aku pun guna la lesung batu tu macam biasa sebab housemate kat rumah ni bagi kebenaran guna barang2 diorg tapi kena la pandai kemas balik lepas guna..
Satu petang, ada kereta brek depan rumah.. Aku pun jenguk la keluar, rupanya ex-housemate tu datang.. Katanya nak ambil barang yg tak sempat dia ambil masa pindah dulu.. After few minutes dia pun balik..
"Lapo la pulak".. Kata housemate aku ni.. Berjalan la dia ke dapo.. Pastu aku dengar "EH!! mana lesung batu ni??".. Tersengeh2 aku berjalan ke dapo sebab baru la aku tahu yg lesung batu tu ex-housemate aku yg punya.. Mesti la dia ambil balik barang dia, kn??
"Kalau tak ada lesung batu ni, macamana nak tumbuk bawang ni??".. (fyi, housemate aku yg sorg ni tgh belajo memasak.. tgh excited nak memasak.. he3)..
"Guna aje la apa2 yg patut.. be creative".. (^^)
No comments:
Post a Comment