Saturday, 17 April 2010

KaLaU tAk TaHu tAnYaLaH..


Macam nak berhenti+gugur jantung bila aku terima khabar tak baik dari kak maya semalam.. Sambil teresak2 nangis dia beritahu yang anak saudara aku ainina ada kat Jabatan Kecemasan PPUM.. Ainina pengsan dan tak sedarkan diri akibat overdose paracetamol (ubat demam) dan dipenhydramine (ubat batuk)..

Perkara ni jadi bila ainina demam dan pengasuh di taskanya beri ubat tanpa kira selang masa dan sukatan yang betul.. Mungkin lah kak maya lupa nak beritahu sukatan dan selang masa pengambilan ubat dekat pengasuh tu.. Tapi tak salah rasanya kalau pengasuh tu hubungi kak maya untuk bertanya jika diorang tak pasti..

Terus terang pada korang semua, aku memang sangat marah+kecewa dengan kejadian ni.. Walaupun aku masih belum habis belajar dan belum layak mengaku diri aku ni AHLI FARMASI tapi aku mahu masyarakat kat luar sana ambil berat dan tahu apa ubat yang diambil.. Jangan ingat ubat demam mahupun ubat batuk ni ubat yang biasa2 aje.. Ia mampu mengundang maut kalau tak betul cara pengambilannya..

Kalau suhu badan tu panas sikit ke ada batuk sikit2 ke jangan la terus ambil ubat.. Cuba guna pendekatan lain.. Mana la tahu kalau2 cuma false-alarm-fever aje..

DEMAM
- mandi
- minum banyak air.. air isotonik, jus buah-buahan..

BATUK2
- minum air panas+perahan lemon+madu.. (nak gantikan air panas dengan air teh o pun boleh)
- ambil stepsils atau produk2 yang khusus untuk mengurangkan gatal2 tekak.. (gula2 herba pun boleh juga)


Jadilah pesakit yang bijak.. Korang perlu tahu tentang ubat yang diambil.. Jika ragu2 jangan segan untuk bertanya pada ahli farmasi..

mY BeAuTy SeCrEt rEvEaLeD!!


Aku dengan bangganya akan dedahkan rahsia kecantikan aku
(wakakaka.. cantik ke aku ni??) Setiap orang ada pendapat sendiri bila nak nilai tahap kecantikan seseorang.. Aku rasa aku ni tak la cantik sangat tapi boleh tahan la.. he3..

Kat bawah ni semua barang yang aku pakai untuk penjagaan muka mahupun penjagaan rambut.. Boleh dikatakan aku ni pelanggan setia Guardian la.. Banyak juga produk2 keluaran Guardian yang aku guna.. Selain puas hati dengan kualiti produk dan hasil yang aku dapat, aku juga boleh la jimatkan sikit duit belanja aku.. Itu la yang paling penting..

Jom tengok produk apa yang aku guna..


Penjagaan Muka :

pencuci & scrub muka dari Guardian..


pelembap & krim kecantikan Safi dari ekstrak buah zaitun..


sunblock SUNSENSE yang setia bersama aku selama ni..

Itu aje la produk2 penjagaan muka yang aku guna setiap hari.. Sama aje rutin aku, lepas cuci muka, pakai pelembap & krim kecantikan.. Kalau nak keluar mesti pakai sunblock..



Penjagaan Rambut :

syampu dan perapi kegemaran aku..
suka sangat dengan baunya..


hair mask yang aku pakai seminggu sekali..


crystal oil yang berbau buah-buahan..

Aku nak simpan rambut panjang.. Walaupun sekarang ni rambut aku dah melepasi bahu, aku nak panjang sikit lagi aje.. Dah simpan rambut panjang, penjagaan rambut pun kena extra la.. Baru la rambut tu cantik.. Jangan ingat orang pakai tudung macam aku ni ambil ringan aje soal penjagaan rambut.. Pakai tudung atau tak, rambut kena la jaga baik2.. Baru la rambut tu sihat, cantik..

Bagi aku, TAK ADA PEREMPUAN YANG DILAHIRKAN HODOH, CUMA ADA PEREMPUAN YANG MALAS..

Renung2kan lah yea..
If you look good outside, you'll feel confidently inside..

CeLeBrAte LaSt cLaSs kAt PaDaNg PoLo


Ika cakap dia teringin nak makan laksa kat padang polo atau Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah.. Jadi, itu la destinasi aku, ika & eila lepas habis kelas..

Ada banyak lori2 kecik yang ada kat petak2 parking.. Ika pun berhenti kat lori pilihannya..
Lupa pula nak dongak tengok nama gerainya..
Pelik jugak bila ada bangku aje, tapi mejanya tak ada..
"duduk la dulu, karang makcik bukakan meja" kata makcik penjual tu.. Mak cik tu kata MBI dah tak kasi diorang penjual2 kat padang polo ni buka meja untuk pelanggan.. Kalau tak silap aku, mak cik tu cakap diorang akan kena kompaun kalau ingkar..

Tak pe la mak cik, patuh aje eh arahan MBI tu.. Nanti kalau teringin nak makan laksa mak cik tak tahu pula nak cari kat mana lg.. Apa pun perut lapar aku ni harus segera diisi..
Ini la yang aku pesan..


the main course..


side orders.. he3


Pisang goreng mak cik ni pun sedap juga (ikut tekak aku la).. Sedap & ada rasa lemak2 sebab mak cik ni letak bijan kat adunan tepung dalam pisang gorengnya..

Sambil aku makan, aku pandang kiri, aku pandang kanan.. Boleh dikatakan setiap lori penuh aje dengan pelanggan.. Yang makan kat sana pun ramai, yang bungkus aje pun ramai juga.. Setiap lori ada pelanggan setianya.. Masing2 ada resipi tersendiri yang mampu buat pelanggan akan kembali ke lori diorang..

Dah selesai, kami pun balik.. Nasib kami baik sangat3.. Aku cakap macam tu sebab sampai aje kami kat rumah, hujan turun lebat sangat3 secara tiba2.. Kalau kami lambat, maknanya kami makan laksa extra kuah la.. he3.. (^^)

pEeP tOe hEeLs


Kasut3.. Masih lagi nak cerita pasal kasut.. Kali ni PEEP TOE HEELS menjadi pilihan..
Kenapa namanya peep toe?? Sebab boleh nampak hujung jari kaki.. Bagi aku kasut jenis ni kasut yang mampu buat pemakainya kelihatan sexy~~ (^^)

Kat sini aku sertakan beberapa rekaan peep toe heels yang menarik..


Alexander McQueen Heart Peep Toe Shoes


Christian Louboutin


Emilio Pucci Platform Printed Pump


Bebe Mariah Satin Peep Toe Pump in Purple


Dolce & Gabbana Shoe Patent Pump


Dior Starlet Platform Pump with Bow


Jimmy Choo Star Pump Sandals


kuning terang yang menawan


gabungan 2 warna yang menarik


Mesti makin cun dan jelita korang kalau pakai peep toe yang sesuai dengan pakaian yang dikenakan.. Mesti jejaka2 diluar sana akan menoleh 2 kali bila tengok korang~~

Friday, 16 April 2010

PaNcAkE


Makan3.. Itu la aktiviti yang paling best bagi aku.. Bukan la nak menggalakkan badan cumel aku ni makin naik.. Tapi aku ni seorang yang amat menikmati dan menghargai makanan.. he3


Kali ni aku nak kongsi resipi pancake yang aku dapat dari majalah.. Apa majalahnya pun aku dah lupa.. Ada beberapa kali jugak la aku buat pancake ni..
Aku makan pancake aku ni dengan potongan kecil mentega bersama madu atau ais krim vanila bersama madu.. YUMMY~~

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
secubit serbuk sodium bicarbonate
secubit garam
1 biji telur (saiz A)
1 cawan susu segar
1 sudu besar minyak

Cara penyediaan :
- gaulkan bahan2 kering
- gaulkan bahan2 basah iaitu telur, susu segar dan minyak
- campur bahan kering dan bahan basah
- sebatikan adunan.. pastikan tak ada ketul2..
- panaskan non-stick pan.. (kalau nak letak minyak cuma celup kitchen towel dengan sikit minyak dan ratakan sekeliling pan itu aje.. tak perlu banyak minyak..)
- tuangkan adunan ikut saiz yang dikehendaki.. biarkan sehingga adunan keperangan..
- alihkan dan biarkan bahagian tersebut masak..
- hidangkan..

SELAMAT MAKAN~~ (^^)

Thursday, 15 April 2010

MiNaT tApI LiAt NaK BaWaK


Mesti korang pikir tentang tajuk entry aku ni..
Benda yang aku minat tapi liat nak bawak.. Bukan la liat sangat nak bawak sebenarnya..
Ada insiden sebelum ni yang buat aku liat nak bawak.. Tapi sebab dah kena tegur dek mr. popeye aku.. Aku dah mula bawak semula, kali ni lebih peka & lebih berhati2..

Ha~~ Ini la benda yang aku minat tapi liat nak bawak.. Bukan la liat mana pun.. Kalau tak bawak memang leceh sebab macam2 barang nak bawak.. Tapi bila dah bawak boleh pi lupa lak tu kat mana aku letak.. BAHAYA BETUL~~

Ada beberapa designer handbag / purse yang aku minat.. Minat dulu la.. Nanti bila dah mampu, baru la aku beli..

Etinne Aigner A-Logo Multicolor
(simple & nice)

Fendi Floral Baguette
(cute & sweet)

Coach Lily Leather Purse
(design yang menarik perhatian aku)

(ini boleh sumbat macam2)

(ini pun sama jugak.. sebab aku suka beg beso)

Bottega Veneta Ball Bag
(mahal sangat la beg ni.. memang la cun tapi macam tak berbaloi aje kalau aku beli.. aku pun bukan la kaya sgt)

Christian Dior
(warna putih susunya cantik)

GUESS by Marciano Fleur Satchel
(memang menarik design beg ni.. aku kurang minat warna merah tapi yang ni memang menarik la di mata aku ni)

Aku ni bukan la mementingkan sangat pada jenama.. Yang murah tetap jugak aku beli kalau designnya menarik & unik.. Aku tak kisah sangat pasal warna beg ni.. Yang penting bagi aku beg tu mesti berfungsi 100% mengikut keperluan aku..

Kalau dah banyak beg nanti jangan la pulak mr. popeye marah kat aku..
JANGAN MARAH2 DARLING.. I LOVE YOU~~ (^^)

LaSt cLaSs oF ThIs SeMeStEr


Wah~~ (o-O")
Kelas pharm chem untuk semester ni dah habis petang tadi.. Macam tak sangka pulak sebab selama ni aku dok bilang aje berapa kali lagi nak kena pi kelas.. Habis aje kelas hari jumaat, tunggu pulak nak masuk kelas minggu depan & seterusnya..
Tapi hari ni dah habis.. Dah selesai.. Dah tak payah nak pi kelas lagi..
Cuma lepas ni aku tunggu masa aje la nak pi final exam nanti..

FINAL EXAM~~ TAKUT!! (T^T)

Boleh demam aku kalau fikir pasal nak final exam ni.. Ini la satu2nya subjek yang aku belum lepas.. Seksa la aku rasa nak selesaikan satu subjek ni pun..
Boleh patah semangat aku ni kalau tak ada sokongan dan semangat dari famili, kawan2 & staf farmasi kat HRPB dan KK GREENTOWN..

Korang, doakan aku yea.. Doa bersama2 aku..
Biar tak ketaq lutut, tak ada darah gemuruh, tak sakit perut, tak muntah masa nak jawab final exam nanti.. Aku pernah muntah masa aku jawab final exam subjek Pharmacology ( tak ingat pulak la aku pharmacology yang mana satu).. Tak sempat nak angkat tangan minta izin, terus lari meluru keluar exam hall.. Muntah sampai lembik.. Tak larat aku nak jalan masuk exam hall.. Rasa jauh sangat nak sampai exam hall..

Tapi, berbaloi la aku muntah sakan, LULUS gak paper tu.. Markah yang aku dapat pun boleh tahan.. he3..