Saturday, 3 April 2010

KeDaH vS TeReNgGaNu


HOOREYY!!!! v(^^)v

KEDAH MENANG!!



Entah nape malam ni rasa nak layan bola sepak pulak kat tv1.. Selama ni aku tak peduli pun kalau ada siaran langsung perlawanan bola yang siarkan pasukan bola sepak negeri Kedah..
Nampaknya berbaloi sangat bila aku layan bola sepak malam ni..

Kedah VS Terengganu, Kedah menang 2-1.. (^^)

Selain aku seronok sangat sebab Kedah menang, aku juga seronok sebab nanti Kedah VS Negeri Sembilan pula..

Mesti korang tak nampak apa kaitan antara dua hal ni..
EH!! ADA KAITAN LA..
Ayah aku tu anak jati Negeri Sembilan, aku pula anak jati Kedah..
Sure la perang besar akan meletus kat rumah.. ha3.. Masing2 menyokong sakan negeri kelahiran sendiri..

Ayah, achikz always love you, tapi achikz takkan mengalah..


KEDAH, KEDAH GO3!!!! v(^^)v

Friday, 2 April 2010

SiAp JuGa AkHiRnYa!!

report terakhir aku buat utk sem ni..

Aduh aii.. Bersusah payah, berjegil mata aku siapkan report ni..
Pujian dan ucapan trimas aku ucapkan pada ika.. Yang sama bersusah payah buat report ni dengan aku.. Bersusah payah buat calcutaion walaupun tak pasti betul atau tak dengan jawapannya..
Walaupun korang nampak banyak nama kat gambar report diatas tapi untuk report ni cuma 4 orang aje yang kena siapkan.. MALANG sekali walaupun ada 4 tapi hanya 2 orang aje, aku ulang semula yea, 2 ORANG aje yang terhegeh2 siapkan report ni..

MANA lagi 2 org tu?? Tak payah la nak aku cerita panjang2 kat sini..
Apa yang dah diorang buat sama aku dengan ika, biar la tersimpan aje dalam hati aku ni walaupun pada dasarnya aku sangat3 tidak puas hati dengan 2 org tu..


SABO AJE LA.. (><)

DiNnEr aT 5pM


Meluru keluar aku dengan ika dari Exam Hall 3 lepas tamatnya kuliah Pharm Chem.. Cepat2 jalan ke tempat letak kereta.. Hidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi yang dah disetujui..
Vrooooom3.. (^^)

Akhirnya, sampai la kat tempat yang dituju..
Sebuah kedai di Jalan Raja Musa Aziz iaitu destinasi kami untuk isi perut petang ni di,
IPOH HAINAN CHICKEN RICE..

Iced Longan with White fungus


Senarai pesanan kami :

Starter
Steamed Bean Sprout
Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce

Entrée
Hainan Roasted Chicken Rice

Drinks
Iced Nescafe
Iced Longan with White fungus

Desert
Fried Ice Cream

Sorry la eh.. Cuma ada gambar air aku aje.. Dah tak ada gambar lain sebab dah lapar sangat.. Tak lama kami tunggu, pesanan pun sampai.. Aku dengan ika tak banyak berbual sebab sibuk isi perut..
(sebelum pi kuliah tadi aku dah makan tapi makan pukul 9 pagi tadi la.. fyi, kuliah aku jam 2.30 petang, habis jam 4.30 petang.. sebab tu la lapo sgt..he3)

Aku tanya ika, nak desert tak?? sebab aku nampak kat 'special' chalk board depan kedai ada 'fried ice cream'..
Okay kata ika.. Aku pun pesan la untuk kami..
Tak lama lepas tu desert pun sampai..

Aku pusing2 la pinggannyer.. Ada rupa macam Frank Rolls yang dicelup telur.. Ada madu atasnya..
Masuk aje dalam mulut aku...
WAH~~~ SEDAPNYA.. (^^)
Aku pun dah tak tahu nak gambarkan pada korang apa rasanya..Rotinya yang rangup diluar, lembut didalam.. Berinti ice cream vanila yang halus.. Rasa sedikit manis dari madu..
Memang tak rugi la aku pesan setiap satu untuk aku dengan ika.. Kalau tak mesti tak cukup.. he3

HARGANYA?? Hurm.. Soalan yang menarik..
Semua yang aku dengan ika makan tadi jumlahnya RM35.40 sahaja..
TIDAK TERMASUK SERVICE CHARGE MAHUPUN GOV TAX yea..

Yang pasti ini bukan kali pertama dan terakhir ke sini..
Aku akan datang lagi..

cUrAnG DiBaLaS cURaNg??


Hari khamis 9.30mlm aje mesti aku akan mengadap tv9.. Mesti nak tengok rancangan SEMANIS KURMA.. Paling tak sabo bila tajuk yang akan dibincangkan tu tajuk panas, macam malam ni CURANG DIBALAS CURANG..

Bagi aku tajuk ni sangat panas dan terus terang pada korang, aku memang kurang gemar dan takut dengan hal2 curang ni.. Bukannya apa, apa la tindakan aku kalo mr. popeye aku curang sama aku?? Samada aku tinggalkan dia atau pun aku balas balik dengan cara yang sama??

Skarang ni dah tak boleh menunding jari pada gender yang berlawanan untuk buktikan pihak mana yang paling banyak melakukan curang.. Skrang ni lelaki atau wanita sama naik dalam semua aspek.. Saling bersaing antara satu sama lain..

Soalan aku :

1- Adakah orang yang curang pada pasangannya tu sedikit pun tak rasa bersalah??
2- Puas hati ke bila dah berjaya curang pada pasangan??
3- Pasti sangat ke kalau dah curang, pasangan akan berhenti curang untuk tunjuk protesnya??
dan banyak lagi soalan yang boleh aku tanya..

YANG PASTI HANYA ORANG YANG CURANG PADA PASANGANNYA MAMPU MENJAWAB SOALAN2 NI..

Thursday, 1 April 2010

HoUsEmAtE bArU


Hurm.. Tak sangka aku, dah masuk bulan baru ni, terima pulak housemate baru.. Mulanya tak perasan sangat tapi rasa pelik sebab mata aku ni dok pandang ada tilam dengan bantal kat ruang tamu.. Aku tanya si ika, ika pulak baru nak tanya soalan yang sama kat aku.. Masing2 nak tau sangat sapa la tuan punya barang2 ni..

Akhirnya, kepulangan yana menjawab persoalan dalam otak aku ni.. Yana kata coursemate dia akan sewa bilik bawah rumah kami ni.. hu3.. Bagus la jugak la sebab dah ada penyewa bilik bawah.. Tak payah la lagi kena bayar lebih untuk tampung sewa rumah ni..
SELAMAT LA DUIT AKU.. he3..

That new gurl kinda sweet, a bit naive, looks friendly and the big thing is she's a PINKY!! Another pinky in da house.. he3.. (^^)

Semoga dia happy la jadi housemate kami ni.. Harap2 dia banyak2 sabar sebab aku dengan ika, sebab kami conquer ruang tamu ni.. Sepanjang hari kami kat sini.. Dari buka aje mata pagi2 sampai la mata ni dah tak mampu nak berjaga.. he3.. Ruang tamu kami ni sentiasa meriah dengan tv, mp3, atau pun lagu yang ada dalam blog org lain..

TO DA NEW HOUSEMATE
(maaf yea, nama dia pun aku tak tau, hu3..)

WELCOME TO OUR HOUSE!! (^^)

aDa TiKuS kAt DaPo!!



Menjerit kuat ika kat dapo!! Ada tikus dok tenung dia kat bawah dapo.. Aku ulang semula, kat bawah dapo two burner.. Jeritan ika memang kuat sangat3.. Tambah2 rumah ni tak ada banyak perabot, memang bergema sakan!! hu3..

Aku pun pi la dapo.. Buat2 berani la, siap pegang penyapu.. Aku naikkan sikit dapo tu dengan penyapu sambil bersedia.. Bersedia la sangat aku ni.. hu3.. Laju betul tikus tu meluru keluar dari dapo.. Panjat tingkap dekat sinki dan terus lenyapkan diri..

Pelik jugak aku memikir macamana la tikus tu boleh terselit kat bawah two burner tu?? Dah reti masuk tak reti nak keluar pulak.. he3..

ApRiL iS HeRe!!


Wwarghh!!
Dah masuk bulan april ni.. Kejap aje masa berlalu..
Masa mula2 daftar semula awal januari lepas, hari2 dok tengok kalendar, hari2 pangkah tarikh yg dah lepas..


Bulan ni adalah bulan penentu..
Ya!! Bulan penentu untuk selesaikan apa yang sepatutnya selesai tahun lepas..
Dah tak mau menghadap benda ni lagi.. Dah tak mau lalui lagi keadaan ni..

Korang, doa2 kan la aku yea..
Doakan agar segala kepenatan, kesedihan, kesabaran aku selama ini terbalas dengan result yang boleh aku banggakan..

Buat mama ayah & adik beradik, terima kasih sebab masih tak putus asa dengan aku..
Masih tak jemu2 berdoa, bagi semangat, bagi nasihat walaupun ada masa aku rasa aku ni orang yang tak boleh dibanggakan keluarga..

TERASA SANGAT AKU NI LOSER!!

Buat kawan2 yang pernah belajar dgn aku, staff2 farmasi HRPB & KK Greentown segala nasihat, kata2 peransang yang korang bagi pada aku selama ni buat aku gagah untuk selesaikan urusan yang belum selesai ni..
Tangan yang korang hulurkan pada aku sebagai tanda persahabatan akan sentiasa terpahat diingatan..