Tuesday, 21 December 2010

sEgMeN : JoM bErKeNaLaN!!


klik SINI untuk sertai..

Hari ni AcHiKz nak sertai 1 segmen yang dianjurkan oleh Loqman Hakim.. Tarikh tutup segman ni pada 03 Januari 2011.. Jom la sama2 kita sertai bagi kita lebih mengenali antara satu sama lain dan merapatkan ukhwah sesama blogger..

Apakah status anda
Setelah kecewa dalam bercinta baru2 ni, AcHiKz sekarang ni dah berstatus bujang..

Ceritakan tentang diri anda
AcHiKz ni anak ke-4 dari 5 orang adik beradik.. Dilahirkan dan dibesarkan kat Sungai Petani.. Graduan Diploma in Pharmacy dari UniKL-Royal College of Medicine Perak tapi masih belum bekerja..

Ceritakan tentang blog anda
Macam2 yang AcHiKz tulis kat sini tapi kebanyakkannya berkaitan dengan hal peribadi.. Selain tu AcHiKz ada juga beri pendapat peribadi berkenaan isu2 semasa yang hangat diperkatakan pada masa kini.. Ada juga kempen2 atau aktiviti anjuran blogger yang AcHiKz sertai..

Apa pandangan anda tentang dunia blog??
Menyeronokkan dan juga menakutkan sebab macam2 perkara yang kita boleh didapati kat dunia blog.. Samada perkara baik atau buruk memang dah tersedia.. Cuma taip kata kunci dan klik 'search' aje.. Apa yang dicari akan terpampang diskrin.. Yang penting gunakan blog atas tujuan yang sebetulnya..

Blog banyak ajar AcHiKz tentang kejujuran dan ketulusan sebab blogger akan menulis apa2 saja yang tersirat dihati.. Kita akan memahami mereka melalui penulisan tersebut.. Blogger yang hebat akan buat pembaca 'ketagih' dan tak sabar untuk baca entry terbaru..

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak buat blog
Sangat dialu2kan!! Boleh tahu macam2 perkara, boleh bertukar pandangan dan juga boleh minta nasihat..

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda
Unik pada nama blog, penulisan dan paling penting sekali unik pada tuan rumahnya!!

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog
AcHiKz akan tetap menulis pada masa akan datang walaupun dah jadi isteri dan juga ibu.. Mungkin juga sampai tahap nenek.. Who knows?? Apa pun AcHiKz hanya dapat merancang, ALLAH s.w.t yang menentukan segalanya..

Impian?? AcHiKz harap capai perkara2 yang ada dalam senarai panjang AcHiKz tu.. Selain tu AcHiKz akan terus berkongsi perkara2 yang menarik berkaitan AcHiKz dengan anda..

DAH SIAP!! (^^)

Okay, 4 orang yang menjadi pilihan ialah :

Monday, 20 December 2010

MuDaH SaHaJa, HaNyA JaWaB


Masih sempat lagi bagi menjawab borang kaji selidik yang dibuat oleh mahamahu.blogspot.com kerana tarikh tutup pada 31 Disember 2010.. Syaratnya hanya satu iaitu satu blog hanya boleh menjawab satu kali sahaja..



1. Apakah jenama telefon bimbit yang anda gunakan sekarang??
c) Sony Ericsson

2. Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang??
a) Acer

3. Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang??
f) Samsung

4. Apakah saluran jalur lebar yang anda gunakan sekarang??
d) Celcom

5. Apakah jenama pakaian yang anda selalu beli sekarang??
f) Adidas

6. Dimanakah restoran/kafe yang anda selalu singgah untuk makan??
b) Old Town White Cafe

7. Dimanakah gedung membeli belah yang selalu anda kunjungi??
a) Tesco

8. Apakah saluran radio tempatan yang selalu anda dengar??
f) Red FM

9. Apakah saluran televisyen tempatan yang selalu anda tonton??
e) 8tv

10. Apakah jenama pewangi badan yang anda gunakan sekarang??
c) Gucci

11. Apakah jenis bacaan yang anda selalu baca??
e) Wanita

Terima kasih.. (^^)

Sunday, 19 December 2010

MiSz HoNeYz 1sT CoNtEsT


AcHiKz di tag oleh Shira Sharif untuk sertai peraduan pertama Misz Honeyz.. Kalau sesiapa nak sertai peraduan ni, terjah la kat SINI.. Macam biasa la, mesti ada syarat2 yang perlu diikuti.. Jangan risau, syaratnya mudah2 belaka..

Tak perlu rasanya nak taip berjela2 sebab bahagian paling penting tu jawapannya saja.. AcHiKz jawab terus aje.. AcHiKz rasa harga teddy bear tu RM 150 (harga yang dibundarkan.. tak ada sen2 yea..)



Tarih akhirnya pada hujung bulan januari depan..

AcHiKz tag : Ain Zulaikha dan Eila..

Selamat meneka..

bErKrEaTiF Di TeNgAh MaLaM


Terasa lapar pula masa tengah seronok layan filem kat tv.. Jadi AcHiKz dan Din rancang masak sesuatu.. Tumbuk tumbuk tumbuk.. Potong potong potong.. Tambah itu, tambah ini.. Gaul sebati dan goreng..

Inilah hasilnya!! Kami buat patty dari daging kisar dalam tiub tu.. Yang nampak putih tu keju.. Tengok aje dah rasa sedap.. Bertambah-tambah sedapnya kalau makan dengan mustard.. Ini kali pertama kami buat patty.. Tak sangka resipi campak2 menjadi dan sedap pula tu..

Walaupun kurang jelas gambarnya tapi AcHiKa nak tunjuk juga kat korang yang patty tu very moist and juicy.. Sampai hari ni masih teringat akan kesedapannya.. Mesti lagi sedap kalau guna daging lembu yang segar..

Ada siapa2 nak resipi??

Friday, 17 December 2010

pAsTiKaN iAnYa bErFuNgSi, BuKaN HiAsAn SeMaTa-MaTa


Dah 2 hari rupanya AcHiKz tak keluarkan entry.. 2 hari aje tapi rasanya macam dah 2 minggu lamanya!! Sempat melawat rakan-rakan blogger lain saja sebab merajuk dengan sambungan internet yang perlahan.. Keadaan hari ni dah elok sikit dari semalam.. Ada la semangat sikit nak menulis..

AcHiKz terpandang widget yang AcHiKz letak dalam blog ni.. Widget alih bahasa yang ada kat tepi tu.. Selama ni tak pernah AcHiKz cuba pun.. Mungkin sebab AcHiKz rasa tak ramai pembaca2 antarabangsa (tak boleh baca Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) yang singgah kat AcHiKz HoUz ni.. Tapi hari ni terasa nak cuba pula.. Nak juga tahu boleh ke semua entry-entry AcHiKz kat sini dialih bahasa sebab banyak juga perkataan yang tak wujud dalam kamus Bahasa Melayu AcHiKz guna dalam penulisan kat sini..


Kat sini AcHiKz sertakan beberapa contoh alih bahasa dari entry "JaNgAn NaK CoPy PaStE AjE YeA".. Perhatikan kat setiap contoh beberapa perkataan yang tidak berjaya dialih bahasa.. Sila KLIK pada setiap bahasa untuk paparan yang lebih besar..

Arabic

Simplified Chinese

Japanese

Korean

Italian

Russian

German

AcHiKz akan baiki penggunaan bahasa agar boleh dialih bahasa sepenuhnya.. Tak nak la jadi macam kat atas tu.. Nanti pembaca-pembaca antarabangsa tak faham apa yang AcHiKz tulis.. Mana la tau dari ramai-ramai pembaca tempatan, ada terselit pembaca dari luar negara.. Kesian pula dia sebab tak dapat nak baca entry AcHiKz.. Betul tak??

Monday, 13 December 2010

JaNgAn NaK cOpY PaStE aJe YeA


Sejak bila AcHiKz tukar jantina ni?? Terang2 gambar profile tu gambar AcHiKz.. Perempuan asli okay.. Apa kaitan tajuk entry dengan luahan ketidakpuasan hati AcHiKz ni?? Sila halakan mata anda pada kotak merah dalam peti jerit menjerit AcHiKz tu..


AcHiKz bukan la marah sangat sebenarnya, bah kan berterima kasih sebab sudi jenguk2 AcHiKz kat sini.. Tapi sepatutnya si "awek cun" ni kena la tahu siapa tuan rumahnya.. Lelaki atau perempuan.. Bukan setakat salin dan tampal aje..

Tak rugi kalau luangkan sikit masa kenali tuan rumah.. Paling senang pun tengok aje gambar kat profile sana.. Majoriti blogger guna gambar sendiri atau gambar dengan pasangan masing.. Tak pun gambar anak2 (selalunya blogger mom la yang buat macam tu) atau gambar2 yang comel dan menarik..

Dengan cara tu, tuan rumah rasa dihargai dan kesilapan yang tak sepatutnya berlaku dapat dielakkan..