Thursday, 15 April 2010

RiSaU


Dah nak habis semester ni aku risau sangat kat 2 benda ni.. Aku risau sebab aku sangat3 nak capai 2 benda ni dalam masa terdekat (april-may)..

i- LULUS subject pharm chem
ii- nak KERJA kat Ipoh

Aku dah malas nak pindah randah ni.. Nak bungkus barang2 balik SP pun aku dah malas..
Sebab tu aku buat keputusan untuk kerja kat Ipoh aje..

Lagi pun senang sikit nak jumpa dengan mr. popeye.. he3.. Kalau aku kerja luar Perak amnya, luar dari Ipoh khasnya susah la nak jumpa dia.. Kalau tempat kerja dia ada banyak cawangan seluruh Malaysia ni tak pe la.. Ni cuma kat tempat2 tertentu aje.. Tepi laut aje lak tu.. hu3.. Mesti la payah nak jumpa..

SEMOGA AKU DAPAT CAPAI LA 2 BENDA NI..

I'M SO DESPERATE~~ (><")

KaSuT KeGeMaRaN


Hurm.. Pernah tak korang dengar perkataan "Espadrilles"??

Mungkin korang tak pasti apa la benda yang bernama ala2 Sepanyol ni.. FYI, nama ni memang asal dari Sepanyol.. Dilahirkan di sebuah tempat bernama Pyreness..
Ia dinamakan sedemikian sebab kasut ni dibuat dari bahan semula jadi seperti tali jut yang dianyam seperti tali..
Fabriknya pula dibuat dari kain kanvas.. Espadrilles wujud dalam 2 jenis iaitu wedges ataupun flat.. Aku lebih suka wedges sebab nampak lebih menarik & unik..

Ada beberapa jenis wedges espadrilles yang menarik perhatian aku..




Leather & Rope by Christian Louboutin



GUESS Women's Fountain Espadrilles



The Canvas Print Espadrille Wedges from Stella McCartney



Miu Miu Wedge Lether Espadrilles




Payless Coral Wedge Espadrille Sandals


Kulit juga dah banyak digunakan selain kain kanvas.. Ada banyak rekaan yang unik dan pilihan warna yang korang boleh pilih untuk disesuaikan dengan pakaian korang..

SELAMAT BER"ESPADRILLES"~~ (^^)

mY CoMfOrT foOd


Yummy ang relaxing.. (^^)
Itu la yang boleh aku cakap pasal comfort food aku ni.. Walaupun aku suka sangat dengan ais krim, tapi demi menjaga kesihatan, aku hanya makan ais krim bila betul2 teringin nak makan..

Kat bawah aku kongsi dengan korang 5 perisa kegemaran aku..

tiramisu


mocha


peppermint choc chip


raspberry


vanilla


Paling banyak ais krim aku makan masa aku dalam tempoh pemulihan lepas aku jalani 'tonsilectomy' iaitu pembedahan buang tonsil.. Dalam SEMINGGU ais krim la jadi makanan utama aku..

SEMUANYA AIS KRIM..

Macam2 perisa aku makan.. Memang HEAVEN la aku rasa.. Lepas seminggu baru la aku makan makanan lembut lain.. Alhamdulillah, sekarang, aku dah betul2 sembuh dan boleh menikmati makanan dengan sepuasnya~~ (^^)

Ini ada additional info untuk korang :


Monday, 12 April 2010

InTrOdUCiNg.. Mr. PoPeYe




Ini la dia mr. popeye kesayangan aku..
Mohd Shahril namanya..
Aku kasi nickname mr.popeye sebab berkaitan dengan kerjanya..

Aku dengan dia berkenalan melalui 2 orang kenalan..
Si A kenalkan aku dengan si B.. Mungkin si B ni rasa aku tak ada ciri2 perempuan yang dia nak, dia pun kenalkan la aku dengan mr. popeye..
Rasa aku ni macam bola lak sebab leh passing2.. (><")

Alhamdulillah, kami dah 3 tahun bersama..
Aku ucapkan trimas banyak2 kat mr. popeye aku ni.. Sentiasa bersama aku, berkongsi kegembiraan & kesedihan.. Dia banyak bagi nasihat & sokongan bila aku ditimpa masalah yang paling berat dalam hidup aku..

Paling utama sekali dia sentiasa bersabar dengan perangai aku, layan jugak kerenah aku ni walaupun ada masa dia pun meletup gak gara2 aku.. he3.. Sorry eh mr. popeye ku sayang..

Apa pun,
mr. popeye a.k.a Mohd Shahril,
MAHAL KITA!!

Sunday, 11 April 2010

BiLa HaNg NaK KaHwIn??


Adeh~~ (><")

Itu la reaksi aku kalau ditanya soalan panas ni.. Kalau aku komen aje wall atau photo schoolmate aku yang nak kahwin, yang baru mengandung, yang baru dapat baby mesti aku 'diserang' dengan soalan ni..

Schoolmate aku ramai yang dah kahwin.. Paling kurang pun mesti dah ada sorang anak.. Aku, cuma ada anak mata dengan anak tekak aje.. He3..

Bohong sangat la kalau aku cakap aku tak mau kahwin.. Dalam hati ni meronta2 sangat nak kahwin oo.. (gelojoh giler aku ni.. wakakakaka..)
Jawapan standard aku, "tunggu la sampai mr. popeye masuk meminang aku.."

Hurm.. Aku sebenarnya rasa aku ni masih belum sedia lagi nak kahwin.. Dengan kata lain aku ni TAKUT sebenarnya nak kahwin.. TAKUT tak dapat memenuhi segala tanggungjawab dan melaksanakan peranan sebagai sorang isteri, mummy & menantu dengan sebaiknya.. Bagi orang lain mungkin la hal ni senang aje macam makan kacang putih tapi bagi aku hal ni macam masalah negara!!

Bila dah kahwin, keluarga dah bertambah.. Kalau dulu aku cuma dengan mama ayah & adik beradik, bila dah kahwin ni dah ada mak ayah mertua, ipar, biras.. (bukan beras heh..) Semua hati nak kena jaga.. Tak mau la ada gaduh2, ada salah faham..
Kalau dah ada anak, kena penuhi keperluan yg sepatutnya diberi (dunia & akhirat).. Bagi aku anak harus dibesarkan & dididik dengan bijak.. Biar anak tu jadi anak yang berguna buat famili, agama & negara..

Paling utama sekali mesti la si hubby.. Perhatian yang lebih patut diberi walaupun aku sibuk pi kerja, sibuk jaga anak, sibuk urus hal2 rumah.. Apa pun benda yang nak dibuat, si hubby is my no.1 priority..
Rasanya keinginan aku tak la ditahap melampau kalau aku nak suami yang boleh aku anggap sebagai kawan baik.. Aku rasa selesa macam tu sebab jurang komunikasi dapat dirapatkan.. Senang nak suarakan pendapat, nak luahkan apa pun perasaan tanpa disekat oleh title "suami-isteri".. Walaupun macam tu tapi aku akan sentiasa ingat & sentiasa hormat dia sebagai sorang suami..

Balik pada soalan utama entry ni, aku pun tak tau bila la aku nak kahwin.. Yang pasti jawapan yang sama tetap akan aku jawab pada korang..

TUNGGU LA SAMPAI MR. POPEYE MASUK MEMINANG AKU..



KeDaH DaH KaLaH


Ruang tamu rumah sewa aku sunyi sepi.. Hanya dengar bunyi kipas siling berpusing ligat.. Aku tak terkata.. Diam sebab KECEWA~~ (T^T)

Bila Kedah confirm masuk final lawan N9, beria2 la aku dok laungkan dengan bangganya KEDAH MESTI MENANG terutama kat ayah aku.. Sengaja la nak mentalkan ayah.. Ayah cool aje.. Dia cuma cakap "ayah yakin N9 akan menang.."

Malam semalam, beria2 la aku menonton.. Bila Kedah score, menjerit2 aku sorang2.. Happy sakan aku.. Bila N9 pulak score, aku yakin la Kedah boleh masukkan sebiji dua lagi gol.. Punya la tunggu, bersabo, tak jugak score.. Hurm.. Akhirnya, benda yang aku tak suka jadi jugak..

Aku memang tak suka kalau kena Penalti Kick ni.. Macam2 boleh jadi.. Tapi paling tak suka kalau kena Sudden Death..
AIYOO~~ Mental aku!!

Bila sepakan terakhir Kedah gagal, aku memang dah sebak, kecewa, menggaru kepala aku yang tak gatal ni..
Frust punya pasal aku pun tido, tak sanggup nak tengok team N9 julang piala..

Aku bangun tido esok harinya, aku nampak kat handphone ada 1 text msg.. Dari ayah pulak tu, memang tak disangka la.. Sebab text ni aku terima jam 5 pagi..
Bunyinya macam ni :

"ACHIKZ, KEDAH DAH KALAH LA.. HEH3.."

Sunday, 4 April 2010

mEe GoReNg SuNgAi PeTaNi





Kali ni aku nak promote 1 resipi yang aku jumpa dari http://www.sajionline.com.my/
Aku dah cuba resipi ni, menepati selera anak tekak aku.. Aku dengan gumbiranya nak kongsikan resipi ni dengan korang..


Bahan2 :
500 gram mee kuning
3 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
5 gram cili kering - dikisar
2 biji telur
50 gram udang kering - ditumbuk kasar
30 gram sayur campur - dicelur
20 gram tauge
20 gram kobis
20 gram sawi
2 sudu besar kicap cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan2 hiasan :
Sedikit hirisan cili merah dan daun sup

Cara penyediaan :
1- Mee kuning dicelur dan dituskan.
2- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
3- Masukkan cili kering, garingkan sedikit.
4- Masukkan sawi, kubis, kicap cair, garam secukup rasa, mee dan tauge. Gaulkan sebati.
5- Masukkan telur, gaul sehingga telur masak.
6- Hidangkan, hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun sup..

SELAMAT MENCUBA.. (^^)


p/s :
- aku tak masukkan sayur campur walaupun ada dalam resipi ni sebab dah ada 3 jenis sayur.. (lagipun aku memang tak suka sayur campur ni)
- mee ni dinamakan sedemikian yea.. bukan aku yang suka2 hati namakan mee ni walaupun aku memang asal dari SP.. tak percaya sila la ke laman web diatas.. he3