Monday, 28 February 2011

Kenapa AcHiKz senyap aje 2,3 hari ni


1- Tak berapa nak sihat 2,3 hari ni tapi masih degil nak pi jogging.. Dah berjaya pi jogging 20 hari berturut2 walaupun ada masa tu rasa malas sangat nak pi.. Kiranya ni permulaan yang baik untuk si gemuk yang baru nak berjogging macam AcHiKz ni..

2- Tiga hari tokwan bermalam kat hospital gara2 sesak nafas.. Alhamdulillah, hari ni dah dibenarkan balik sebab keadaan dah makin baik..

3- Merajuk sebab dah terlebih limit broadband.. Jadi selaju siput la jadinya.. Jadi sementara nak tunggu semuanya kembali elok seperti sediakala, AcHiKz ambil keputusan untuk berehat sebentar dari blog dan aktiviti2 yang sewaktu dengannya..

Friday, 25 February 2011

Broken spaghetti stuop with celery and enoki mushroom


Agaknya dah lama tak post entry pasal makan2 ni.. Hari ni AcHiKz masak stuop aje sebab pagi tadi lepas balik jogging dah makan nasi lemak.. Ini sebab si Eiyza la yang asyik cakap nak sangat makan macaroni sup.. Tapi AcHiKz tukar macaroni kepada spaghetti..


Bahan-bahan :
segenggam spaghetti
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang celery
1 keping fish cake
1 bungkus cendawan enoki
1 liter air
2 ketul kepak ayam
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh rempah oregano
sedikit minyak masak
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Kat bawah ni AcHiKz sertakan gambar cendawan enoki pada sesiapa yang tak tahu rupa cendawannya.. Kalau nak pakai cendawan lain pun boleh juga..


Cara penyediaan :
1- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.. Pada kuali yang berlainan, goreng spaghetti yang dipatah2kan sehingga perang.. Hanya sedikit minyak diperlukan..
2- Masukkan kepak ayam, bawang putih dan juga rempah oregano..
3- Masukkan air, fish cake, kiub ayam dan serbuk lada hita.. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana..
4- Masukkan cendawan enoki, celery dan juga spaghetti yang sudah digoreng tadi.. Biarkan mendidih seketika dan sedia dihidang..

p/s : garam tu ikut citarasa masing2.. AcHiKz letak sikit aje sebab kiub ayam pun dah ada garam..

Terima kasih banyak2 pada si Ummu dan adiknya Angah yang sudi singgah kejap untuk rasa stoup AcHiKz ni.. (^^)

Thursday, 24 February 2011

Mana boleh saya lupa muka nakal kamu tu..


Alhamdulillah.. Dah setengah bulan AcHiKz pi jogging.. Berbekalkan semangat, kesedaran diri, sokongan ayah dan juga bebelan si Rabiah (makcik ni kuat berleter tau..) AcHiKz masih berupaya layan 5-6 pusing keliling Taman Jubli Perak tu.. Kira okay la 5-6 pusing tahap budak gemuk macam AcHiKz ni.. Bila dah semakin baik boleh la lebih dari tu.. Berapa berat AcHiKz sekarang lepas setengah bulan jogging?? Entah la, tak berani nak pi timbang.. Nanti dah bersedia baru AcHiKz timbang yea.. Buat masa ni biar la angka tu jadi rahsia sulit AcHiKz.. he3

Ada seorang wanita pertengahan umur yang jogging kat sana.. Muka dia macam AcHiKz kenal tapi tak berani nak tegur.. Takut salah orang, malu la AcHiKz nanti.. Nak kata hari2 nampak dia tak juga.. Bukan muka 'regular' yang selalu AcHiKz jumpa.. Hari ni AcHiKz berselisih dengan dia.. AcHiKz ucap la selamat pagi kat dia.. Lepas tu dia kata "awak ni ex-student saya kan?? student bla3.. kelas bla3.. student SPM 2002.." AcHiKz pun jawab yea bagi semua pertanyaan dia dan masa tu juga tekaan AcHiKz selama ni betul.. Wanita pertengahan umur tu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kat sekolah AcHiKz dulu..

Sebelum kami ambil haluan masing2 (dia dah nak balik dan AcHiKz masih ada 3 pusing lagi) sempat AcHiKz tanya macamana dia masih kenal AcHiKz walaupun dah 9 tahun berlalu.. Dia cuma senyum dan jawab
"mana boleh saya lupa muka nakal kamu tu.."

Tak terkata AcHiKz dibuatnya.. Cuma mampu senyum aje..

Tengok la betul2, nakal sangat ke muka AcHiKz ni??

Wednesday, 23 February 2011

Ulasan AcHiKz mengenai kritikan panas CEO Suratan Kebetulan : Blog Untuk Tayang Pakwe & Makwe


"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"

Itu adalah kenyataan panas CEO Suratan Kebetulan.. AcHiKz rasa mesti ramai yang dah baca, yang dah komen dan tak lupa juga yang 'like' entry tersebut.. Pada yang masih belum baca, boleh klik SINI..

Bagi AcHiKz apa yang dia cakap tu betul.. AcHiKz setuju pun atas pengalaman sendiri.. AcHiKz pun pernah upload gambar bf dalam Facebook, dalam blog ni masa dok hangat bercinta dulu.. Beria2 la katakan.. Ingatkan itu ler jodoh dunia dan akhirat.. Tapi apakan daya, harapan tak kesampaian..

Sebab tu AcHiKz dah padam gambar kami kat Facebook (seingat AcHiKz sekeping aje gambar kami kat Facebook.. tapi dah dipadamkan sebab tak nak 'orang baru' dalam hidup dia terasa hati..) tapi masih kekalkan gambar kami kat sini.. Masih dikekalkan kat sini sebab gambarnya biasa2 saja.. Lagipun banyak entry pasal dia jadi kalau dah padam, pembaca nanti tak tahu pula hujung pangkal cerita..

Memang la ada orang suka dan ada juga yang geli geleman bila baca.. Tapi kalau diamalkan polisi tak nak baca boleh klik 'X' tu secara tak langsung penulis dah membuang pembacanya secara tak disedari.. Bohong la kalau ada blogger yang buat blog tapi tak nak orang datang baca entry.. Nak private blog?? Boleh aje, tapi lebih best tulis dalam dairi, tak pun buat buku skrap.. Dijamin tak akan ada orang yang baca..

Suka?? Tak suka?? Tak pe, AcHiKz faham yang masing2 ada pendapat tersendiri, tapi fikirkan la yang sebaik2nya untuk kebaikan diri sendiri dan orang2 yang berkaitan..

Sunday, 20 February 2011

Nak cantik pun kena berhati-hati


Sekarang ni makin ramai wanita dan lelaki mengambil berat tentang penampilan mereka tak kira la melalui imej (pakaian) dan juga penjagaan tubuh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Disebabkan itu juga, makin banyak produk2 baru penjagaan tubuh badan yang ada di pasaran..

credited to : lovedbyyou.co.uk

Selama ni bila nampak kedai2 yang jual produk2 penjagaan tubuh badan terutamanya produk penjagaan wajah AcHiKz tak kisah sangat sebab kebanyakkan yang AcHiKz tengok jual produk2 tempatan.. Tapi hari ni AcHiKz tergerak hati nak tengok2 apa produk yang dijual kat satu gerai di Pasar Tani disini.. Secara kasarnya memang la produk2 yang dijual kebanyakkannya produk tempatan yang jenamanya sangat dikenali dan tersiar di media cetak serta media elektronik.. Tapi bila diamati betul2 ada juga terselit produk luar kat situ..

Dari apa yang AcHiKz lihat produk2 tu datang dari Thailand, Tanah Besar China dan juga Filipina dan semestinya bungkusan produk2 tu tertera bahasa rasmi negara2 yang berkenaan walaupun ada sedikit sahaja Bahasa Inggeris yang diselitkan.. Walaupun tak faham apa yang tertera kat bungkusan tu tapi ramai juga membelinya.. Macam tak kisah atau tak terfikir langsung para pembeli ni kemungkinan besar bahan2 yang terkandung dalam produk tu mampu mencederakan kulit.. Mungkin kita tak nampak kesannya dalam masa terdekat ni tapi kita tak dapat nak jangka bila guna dalam tempoh masa yang panjang.. Yang paling AcHiKz terkejut sekali ada produk dari luar yang mengandungi bahan yang diharamkan serta merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih dijual dan dibeli secara berleluasa.. Keadaan ni sangat mengecewakan AcHiKz selaku ahli farmasi..

AcHiKz bukan nak menabur pasir pada periuk nasi pihak2 yang berkenaan.. Cuma AcHiKz harap para pengguna ambil tahu tentang produk yang anda pakai kerana produk yang berkesan pada pengguna lain tak semestinya akan berkesan pada anda..

Jadilah pengguna yang bijak..

Thursday, 17 February 2011

Entah masih muat ke tidak


Dalam perjalanan balik dari rumah maktok, AcHiKz lalu depan sekolah lama AcHiKz.. Terpandang pagar sekolah yang simpan banyak kenangan.. Dah semestinya kenangan nakal sebab kenangan nakal la yang paling seronok sekali..

Percaya atau tak, sebulat2 AcHiKz masa zaman sekolah dulu, AcHiKz dapat selinap masuk atau keluar melalui longkang tepi pagar tu.. Ada la beberapa kali AcHiKz buat macam tu.. AcHiKz dah lupa apa sebabnya AcHiKz buat macam tu.. Tapi AcHiKz ni bukan kaki ponteng yea.. Pagar pun AcHiKz mampu panjat, ada la beberapa kali tapi takut sangkut baju kat pagar tu.. Jadi cara selamat, selinap masuk dalam longkang la.. he3

Gambar kelas masa AcHiKz Tingkatan 5..

Bila terpandang longkang tepi pagar tu, AcHiKz mesti tersengih sorang2.. Tak nak la saja2 nak pi cuba.. Karang kena tangkap dianggap sebagai penceroboh pulak.. Buat niaya AcHiKz aje.. hu3

Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulidur Rasul


Bangun tidur awal pagi tadi AcHiKz rasa tenang sangat.. Lebih tenang dari hari2 yang biasa.. Mungkin sebab hari ni hari yang terlalu istimewa melebihi hari yang sebelumnya..

AcHiKz nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kepada seluruh umat Islam tak kira la dimana anda berada.. Semoga kita berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.. Semoga kita menjadi umat yang lebih baik dan sentiasa diberkati ALLAH swt..