Friday, 31 December 2010

sEnGaL zOnE, SaYa KaT RuMaH Ni



Kenapa tak sambut 2011 kat luar dan berapa lama dah anda sambut di rumah??
Selama ni AcHiKz hanya sambut kedatangan tahun baru kat rumah.. Masa belajar dulu pun sambut kat asrama aje.. Tak terasa langsung nak sambut kat luar.. Walaupun kawan2 ajak keluar ramai2..
Kenapa??
- Lebih selesa sambut kat rumah.. Lebih santai..
- Sebab orang sangat ramai di tempat2 sambutan tahun baru.. Sesak dan melemaskan..
- Banyak perkara diluar jangkaan boleh berlaku sebab orang ramai tengah excited..

Nak sertai segmen ni boleh la klik SINI.. Segmen ni akan tamat jam 4.00pagi kejap lagi..

gOoDbYe 2010!!



Sekejap aje lagi tahun 2010 akan tinggalkan kita.. Tahun 2011 pula yang akan bertugas selama 365 hari mulai jam 12 tengah malam nanti..

Banyak perkara yang menggembirakan dan banyak juga perkaran yang sedih+kecewa berlaku pada AcHiKz sepanjang tahun ni.. Walaupun penutup tahun ni berakhir dengan kekecewaan akibat hubungan yang terjalin putus ditengah jalan (ayat klise yang masih laku untuk digunapakai) tapi AcHiKz harap tahun 2011 ni akan membuka banyak peluang dan harapan serta kegembiraan dalam hidup AcHiKz..

Azam tahun baru??
Ada, mesti la ada.. Tapi biarla AcHiKz aje yang tahu.. Malu pula nanti kalau asyik canang aje azam tahun baru tapi tak tercapai pun.. hu3..

Pada semua, AcHiKz nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya..

bErDaTiNg DeNgAn aBaNg JoHnNy


Ima asyik sebut aje tak sabar nak tengok abang Johnny kesayangan dia sejak tengok trailer The Tourist masa kami tengok Harry Porter : Deathly Hollows Part 1.. Jadi, semalam tertunai la impian si Ima ni untuk bertentang mata dengan abang Johnny tersayang..


Dari kiri : Ima, AcHiKz, Ummu dan Oliea..
Keluar kali ni kami berpakat nak pakai baju kurung.. Terasa ayu gitu.. he3

Sedikit ringkasan The Tourist
Frank seorang guru Matematik yang melancong bersendirian di Eropah bertemu dengan wanita cantik bernama Elise didalam keretapi menuju Venice (rasa nak honeymoon kat sini la nanti..).. Elise mempergunakan Frank bagi mengelirukan pihak Scotland Yard yang sedang memburu kekasihnya Alexander Pearce yang bersembunyi selepas melarikan wang cukai dan menggelapkan wang samseng.. Frank terpaksa melarikan diri dari ditangkap oleh pihak Scotland Yard dan juga samseng berkenaan..

Yang selebihnya, sila2kan diri pi tonton kat pawangam yang berdekataan anda..

Ada 2 versi poster untuk filem ni.. Dua2 poster pun menarik dimata AcHiKz..
credited to : empiremovies.com

credited to : blackfilm.com
Suka sangat kasut yang Angelina pakai dalam poster ni.. Sangat cantik!!

Sepanjang tayangan asyik dok teka siapa la Alexander Pearce tu.. Memang dah tahu si Johnny Depp tu heronya tapi nak kaitkan dia dengan Alexander Pearce jauh sekali.. Tapi ada 1 babak yang buat tekaan AcHiKz tu betul..

Filem seterusnya?? Dah ada senarai pendek tapi belum buat keputusan akhir lagi.. Nanti kami mesyuarat.. he3

sEnGaL zOnE : MeGa PrOjEcT 2011



Walaupun disaat2 akhir, AcHiKz tetap nak join Mega Project oleh Mamat Sengal a.k.a Deen sebab ianya akan tamat pada hari Jumaat (hari ni, i think.. ianya bermula sejak hari Rabu 28hb Disember lepas) jam 6.15 petang..

Pada sesiapa yang rasa masih sempat untuk sertai boleh la klik kat SINI untuk maklumat lanjut..

Ini la gambar yang AcHiKz pertaruhkan untuk join Mega Project si Mamat Sengal..
Okay tak??


AcHiKz nak sangat2 tersenarai dalam MeGa PrOjEct 2011 kerana :

- nak meramaikan kenalan blogger dari seluruh Malaysia
- mahu lebih belajar tentang blogging dan timba pengalaman
- berkongsi berita menarik AcHiKz pada semua..

Dah siap!!

Wednesday, 29 December 2010

wHaT FaCeBoOk ReAlLy NeEdS



AcHiKz : tak payah cerita panjang lebar.. gambar diatas tu dah menjelaskan segalanya.. he3

AcHiKz @ mAjLiS PeRtUnAnGan


Memandangkan tak ada apa nak dibuat dihujung minggu yang lepas, maksu ajak AcHiKz temankan dia dan jadi tukang bawa hantaran untuk majlis pertunangan anak tunggal guru besar sekolahnya..

Majlisnya sederhana saja tapi sangat meriah..

Isi masa lapang sebelum sampai ke destinasi..



Bunga2 dan hantaran berbentuk hati kat atas tu semuanya maksu yang buat..
Cantik tak?? Temanya biru dan putih..

Sebahagian dari rombongan pihak lelaki yang sama2 memeriahkan majlis..

Bakal mak mertua sarungkan cincin pertunangan kat bakal menantu..

Gula disuap selepas selesai menyarung cincin..




Sebahagian hantaran dari pihak perempuan..

Ini satu2nya dari pihak lelaki yang menarik perhatian AcHiKz.. Kek berbentuk tas tangan LV.. Tak sempat nak rasa kek tu sebab AcHiKz balik awal..

p/s : macamana agaknya majlis pertunangan AcHiKz nanti yea??

Tuesday, 28 December 2010

1sT LuCkY dRaW bY MiSz NaNa


Dengan gembiranya AcHiKz umumkan yang Misz Nana anjurkan cabutan bertuah buat julung2 kalinya!! (ada macam iklan tv tak?? he3..)
Klik SINI untuk maklumat lanjut..

Hadiah?? Mesti la ada hadiah.. Tapi buat masa ni, Misz Nana belum umumkan lagi apa hadiahnya..

Syarat2 untuk sertai cabutan bertuah Misz Nana :

1- Buat satu entry berkenaan 1st Lucky Draw by Misz Nana
DONE

2- Letak banner dalam entry
DONE


3- Follow??
DONE

4. Letak link entry anda di SINI..
DONE

5- Tag seorang sahabat yang bertuah