Friday, 19 November 2010

kEk BaTiK AiNiNa kENa PaU!!


Balik raya baru2 ni bangah minta buatkan kek untuk Ainina sempena jamuan di pra-sekolah.. Jamuan gaya 'potluck' katanya..

Jenuh jugak AcHiKz fikir apa la kek yang sesuai.. Kalau buat ikut selera AcHiKz takut budak2 tu tak nak makan pulak nanti.. Nak tanya si Ainina pun bukan dia tau sangat pasal kek ni.. Dia tau makan aje.. Tanya bangah, dia kata ikut AcHiKz la.. Tanya kakak, dia kata kek lapis.. Amboi, macam bukan untuk Ainina aje tapi macam makcik Ainina aje yang nak.. (><")

Jadi, AcHiKz buat keputusan sendiri aje.. AcHiKz nak buat kek yang cepat, mudah dan DIJAMIN sedap.. AcHiKz buat kek batik.. Kek yang tak payah nak guna ketuhar.. Yang ada cuma bekas plastik yang kecil jadi AcHiKz bahagi dua la adunan tu.. Sejukkan dan nanti boleh terus makan..

Jadi AcHiKz tanya la bangah tentang jamuan pra-sekolah Ainina tu.. Baca la kat bawah apa yang bangah balas..

**sila klik untu besarkan.. jangan paksa mata korang..

AcHiKz : sepatutnya kek tu kasi la balik kat Ainina, ni boleh lak cikgunya bawak balik.. hampeh!!

p/s : gambar keknya tak ada.. lupa la nak snap..

oH! mY LaDy


Drama Oh! My Lady ni dah disiarkan beberapa hari yang lepas tapi AcHiKz tak sempat nak post entry ni sebab maklum la, AcHiKz ni sibuk berhari raya.. Drama ni ada 16 episod semuanya dimana heronya adalah pujaan peminat2 SUPER JUNIOR iaitu Choi Si Won..

Ceritanya mengisahkan seorang mak janda Yoon Gae Hwa lakonan Chae Rim yang bekerja sebagai pengurus kepada bintang terkenal Sung Min Woo yang berperangai buruk lakonan Choi Si Won kerana ingin mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya dari bekas suami.. Selain itu dia juga dibayar untuk menjaga anak perempuan Choi Si Won yang tidak diketahuinya sebelum ini..


Untungnya budak ni dapat Daddy handsome..
AcHiKz nak juga telinga arnab macam tu.. (^^)
Ada siapa2 sudi hadiahkan??

Untuk muat turun OST Oh! My Lady, sila klik pada tajuknya..


Drama ini disiarkan pada jam 8.30 malam hari Isnin hingga Jumaat di 8tv.. Tapi kalau nak tonton secara online dengan sarikata Bahasa Inggeris korang boleh klik di sini, manakala untuk sarikata dalam Bahasa Cina boleh tonton di sini..

Thursday, 18 November 2010

WaJiB aDa UnTuK HaRi RaYa


Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua.. Bagi orang utara macam AcHiKz ni, tak lengkap raya bila tak ada ketupat daun palas.. Walaupun boleh beli aje, tapi famili AcHiKz tetap akan buat sendiri ketupat daun palas..

Jom tengok secara ringkas cara balut ketupat daun palas..

Pulut yang separuh masak..

Daun palas.. Kalau daunnya lebar dan panjang lagi best balut ketupat..

Bentukkan hujung daun palas macam bentuk kon.. Jangan luas sangat atau sempit sangat.. Saiz kon penentu hasil akhir ketupat nanti..

Penuhkan dengan pulut dan mampatkannya macam dalam gambar kat atas ni.. Kalau tak mampat, susah nak balut dan hasilnya tak cantik bila dah rebus nanti..

Masa balut kena pastikan hujung ketupat tak terbuka.. Nanti pulut terkeluar dari ketupat masa direbus.. Nak tunjuk cara balutnya tak ada sapa2 yang boleh bantu AcHiKz pegang kamera.. AcHiKz balut ketupat sorang2 aje.. Mama bantu kejap2 sebab mama sibuk masak rendang.. AcHiKz boleh tunjuk hasil akhir aje la..

Balut ketupat pun kena ada cara juga.. Kalau kurang atau lebih balut nanti jadi ketupat betina (itu la yang mama dan maktok beritahu AcHiKz la).. Ketupat betina bentuknya segitiga sama, ketupat jantan (macam dalam gambar diatas dan dibawah ni) bahagian atasnya lebih kurang bentuk tanduk..

Bentuk ketupat jantan lebih digemari sebab panjang dan nampak cantik.. Balut ketupat ni pun kena banyak berlatih untuk dapatkan sebiji ketupat jantan yang elok dan kemas.. Senget2 aje ketupat yang AcHiKz balut masa mula2 belajar dulu.. Dah lama, baru la elok ketupatnya..

Ini la hasilnya.. Belum simpul lagi tu.. Balut dulu, dah selesai baru simpulkan.. Tangan licin tak boleh nak tarik simpul tu..

Isi air sampai tutup keseluruhan ketupat dan rebus sampai airnya tinggal sikit.. Lepas tu boleh la makan bersama rendang (pilihan utama AcHiKz) walaupun secara umumnya kat Kedah ni makan ketupat dengan kari, selalunya kari daging dengan kentang..

Sedap sedap sedap.. (^^)

Wednesday, 17 November 2010

SaLaM AiDiLaDhA



Salam Aidiladha buat semua umat Islam, tak kira dimana anda berada.. Marilah sama raikan Aidiladha dengan penuh rasa syukur..

Tuesday, 16 November 2010

AiDiLaDhA BuKaN SeKaDaR KoRbAnKaN HaiWaN


Tak sampai 24 jam lagi kita akan sambut Hari Raya Aidiladha.. Persiapan dah 80% siap.. Cuma tinggal nak masak rendang dan balut ketupat daun palas aje..

Ada sebilangan kecil dari kita tak peduli sangat tentang sambutan Aidiladha berbanding Aidilfitri.. Mungkin disebabkan lagu2 raya tak berkumandang jadi semangat nak sambut Aidiladha tu tak ada.. Mungkin juga sebab cutinya pendek aje jadi tak rasa teruja nak sambut macam Aidilfitri yang lepas.. Agaknya macam2 lagi yang boleh dijadikan alasan kenapa Aidiladha disambut dengan hambar..

Bila ditanya apa yang kita faham tentang Aidiladha, mesti keluar jawapan wajib iaitu korbankan haiwan.. Takkan itu aje yang kita tahu??

Aidiladha disambut bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menjalankan perintah ALLAH dan juga patuhnya Nabi Ismail memenuhi perintah ALLAH s.w.t.. Disebabkan peristiwa ini la ibadat korban diadakan.. Ibadat korban hanya dilakukan selama 4 hari sahaja iaitu pada Hari Tasyrik bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah..

Selain itu pada 10 Zulhijjah juga berlaku peristiwa dimana Nabi Adam dan isterinya Hawa, dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu semula di Padang Arafah..

Pada pagi Aidiladha, solat sunat hari raya sebanyak 2 rakaat akan dikerjakan 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua.. Selain itu solat sunat Aidiladha juga dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri bagi memberi lebih masa untuk penyembelihan korban.. Bagi solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit bagi memberi peluang pada sesiapa yang belum menunaikan zakat..

Itu la serba sedikit yang boleh AcHiKz beritahu.. Salam Aidiladha AcHiKz ucapkan pada seluruh umat Islam.. Pada yang berpeluang untuk sambut kat kampung halaman, berhati2 bila memandu..

Monday, 15 November 2010

HaRgAiLaH HiDuP iNi dEnGaN SePeNuHnYa..


AiNiNa 1sT GrAdUaTiOn!!


Tahniah AcHiKz nak ucapkan buat anak sulung AcHiKz, Ainina yang tersayang ni.. Tahniah sebab dah selesai pra-sekolah.. Tahun depan dah melangkah ke Tahun 1.. Cepatnya masa berlalu.. Rasa macam baru semalam aje anak saudara AcHiKz ni lahir..

AcHiKz pun tak berani nak pakai gincu merah jambu terang macam tu.. (><")

Walaupun baru masuk Tahun 1, AcHiKz harap kakak belajar rajin2.. Atuk, nenek dan AcHiKz akan sentiasa kasi semangat dan dorongan pada kakak..