Thursday, 28 April 2011

Tak begitu penting tapi perlu tahu


Semalam masa dok seronok melayan drama Korea tiba2 Samsung Champ AcHiKz berbunyi.. Ada mesej dari Din minta tolong AcHiKz dapatkan nombor aduan Tenaga Nasional Berhad (TNB).. Pelik la juga tapi AcHiKz kasi aje la nombor aduan TNB tu..

Lebih kurang 10 minit lepas tu, baru la Din beritahu yang kawasan asramanya tu tak ada bekalan elektrik sedangkan rumah2 orang kampung yang berdekatan dengan asrama tak berlaku gangguan bekalan elektrik pun..

Selain nombot talian kecemasan, AcHiKz rasa setiap orang perlu simpan nombor2 telefon ni..

TNB Careline :
15454 (talian tetap dan telefon bimbit)
**selain buat aduan melalui panggilan telefon, aduan juga boleh dibuat menerusi SMS.. untuk maklumat lanjut boleh klik SINI..

Telekom Malaysia (TM) Customer Support :
Talian tetap : 100
Telefon bimbit : 1 300 888 123
untuk maklumat lanjut boleh klik SINI..

Mungkin buat masa ni rasa tak perlu, tapi bila nak guna nanti tak payah nak cari2 lagi..

Telur Puyuh Berlada Hijau


Menu untuk makan tengahari :


Bahan-bahan :
15 tangkai cili api hijau
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
30 biji telur puyuh - direbus
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
1- cili api, bawang putih dan halia ditumbuk kasar (nak kisar pakai blender pun boleh aje..)
2- tumiskan bahan tadi sehingga naik bau.
3- masukkan bahan perasa. masak sehingga cilinya garing.
4- masukkan telur, bawang besar dan cili merah. kacau hingga sebati untuk beberapa minit.
5- hidangkan.

Teka Teki RM10


**klik untuk besarkan gambar..

Dah nak tido tiba2 ternampak pula ada jemputan khas dari KAMIHIDUP untuk sertai TEKA TEKI RM10.. Pada yang berminat boleh la klik link yang ada bawah gambar tu..

Sebut pasal gambar diatas, gambar apa tu?? Terkebil2 mata AcHiKz yang separa mengantuk ni dok tenung.. Sekali pandang macam makanan, sekali pandang macam haiwan pun ada.. Maklumlah, bila mata dah mengantuk, benda yang berbeza rupa pun nampak sama aje.. he3

Teka teki ni akan tamat pada 08hb Mei 2011..

Hadiah : TopUp RM10 buat 5 pemenang..

Wednesday, 27 April 2011

You're my 400th vViP!!



Terima kasih tak terhingga AcHiKz ucapkan pada Hariz Chacho (dalam petak kuning tu) dari Kurta Lusuh yang jadi vViP AcHiKz yang ke-400.. Pada sesiapa yang nak baca boleh la klik SINI..

Hariz ni baru aje melibatkan diri dengan blog.. AcHiKz harap Hariz akan terus menulis dan kongsikan perkara menarik untuk tatapan kita semua..

Terima kasih sekali lagi dan selamat berjaya AcHiKz ucapkan..
(^^)y

Tuesday, 26 April 2011

Puding Jagung Berkrim


Ini minum petang AcHiKz dua hari yang lepas tapi hari ni baru nak post resipinya..

Bahan-bahan :
3 biji telur
200gram gula
120gram serbuk kastard
1 tin krimer sejat
1 cawan santan pekat
1 tin jagung berkrim
1 sudu teh esen vanila

Cara penyedian :
1- pukul telur dengan gula hingga kembang.
2- larutkan serbuk kastard dengan krimer sejat.
3- campurkan bahan telur, bahan kastard bersama campuran santan, dan esen vanila.
4- tapis campuran kastard untuk dapatkan kastard yang licin dan tak berketul.
5- masukkan jagung berkrim dan masak diatas api yang sederhana. kacau sehingga adunan jadi pekat.
6- tuangkan adunan dalam acuan dan biarkan ia sejuk.
7- potong ikut saiz yang dikehendaki dan hidangkan.



jemput makan semua!! (^^)

AcHiKz Favourite Kick Start Song!!


Selamat pagi semua!! Hari ni dah masuk hari Selasa dan AcHiKz harap tak ada la Monday Blues lagi.. Pada yang dah kerja, kerja rajin2 yea.. Yang masih belajar tak kira la sekolah rendah ke, menengah ke, kolej atau universiti, korang guna istilah 'study hard' ke 'study smart' ke AcHiKz tak peduli yang penting korang belajar.. Pada yang dok 'tanam anggur' macam AcHiKz ni, marilah sama2 kita teruskan usaha mencari kerja.. Jangan putus asa yea..

AcHiKz nak kongsi lagu yang kerap AcHiKz dengar pagi2.. Lagu penaik semangat gitu.. AcHiKz suka lagu ni sebab muziknya catchy dan it makes you wanna move your body.. he3

Enjoy!! (^^)


p/s : jangan segan2 untuk bergoyang okay.. he3

Sunday, 24 April 2011

Contest : Gambar Destop Lappy!!


Kali ni AcHiKz nak sertai satu contest anjuran Arcma Baharin dari Another Story To Tell You.. Klik SINI untuk maklumat lanjut.. Nak tengok gambar apa yang AcHiKz letak kat netbook AcHiKz??


Kenal tak?? Kenal tak?? Siapa yang kipas-susah-mati drama2 Korea mesti kenal siapa mamat jambu ni.. AcHiKz dah minat pada mamat ni masa tonton drama Hong Gil-Dong.. Makin minat dia dalam drama Beethoven Virus..

Tapi dalam drama He's Beautiful dan Marry me, Mary!! yang buat AcHiKz makin menggilai mamat korea yang sorang ni.. Sebab itu la AcHiKz ambil gambar ni buat wallpaper destop AcHiKz..

Contest ni sedang berlangsung dan akan tamat pada 14hb Mei 2011..

AcHiKz nak tag :

Review Tentang Tulisan Bogel



Si Penulis Bogel dari Tulisan Bogel jemput AcHiKz untuk buat review blognya sebab dia dengar banyak cerita yang best dan ada juga cerita tak berapa nak best pasal blognya tu..

Pada sesiapa yang berminat untuk kutuk atau nak puji boleh la klik SINI untuk tengok2 dan buat review..

Pandangan AcHiKz pasal blog Tulisan Bogel :
- AcHiKz tak suka statik ads yang ada kat tepi sebab ganggu aktiviti membaca entry.. Maklumlah AcHiKz ni pakai netbook aje.. Monitor tak luas mana pun..
- Header dah okay bagi AcHiKz.. Ringkas lagi kemas..
- AcHiKz tak ada masalah tentang gaya bahasa yang digunakan.. Walaupun ada masa kena baca banyak kali baru faham..
- Tak ada masalah juga dengan nama penulis, tajuk blog dan jenis font tang digunakan.. Yang penting senang dibaca dah tak payah terbelit2 lidah AcHiKz bila nak sebut..
- Blog cepat loading.. Itu aspek paling utama yang AcHiKz cari pada setiap blog..

Kesimpulan :
AcHiKz memang enjoy baca tulisan kat blog ni dan AcHiKz memang nanti2kan entry terbaru dari si Penulis Bogel.. Keep writing yea..

AcHiKz tag - SoloMolo dan Nikaviolet

Thursday, 21 April 2011

Kami Blogger Utagha



Blogger dari kawasan utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) samada bermastautin, bekerja atau belajar disini dijemput ramai2 join Kami Blogger Utagha (KBU) yang sedang diusahakan oleh Cik Gadis Kampung Separa Bandar..

AcHiKz dilahirkan dan dibesarkan kat Sungai Petani.. Belajar sekejap kat Ipoh dan sekarang ni dah kembali ke Sungai Petani..

Pada yang berminat, boleh ketahui maklumat lanjut DISINI..

Jemput2 ikan bilis


Selamat pagi semua!! Sepatutnya entry ni AcHiKz post semalam tapi AcHiKz tido awal sebab dah mengantuk.. Petang tu AcHiKz tak sempat nak 'beauty sleep' he3..

Sebab kecewa pisang goreng kat gerai kegemaran AcHiKz dah habis walaupun masa tu baru jam 4 petang, AcHiKz terus balik dan mulakan operasi..

Bahan-bahan :
segenggam ikan bilis
sebiji telur
3 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1- kisar ikan bilis, bawang merah dan cili giling bersama secawan air
2- gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum (tambahkan tepung gandum dan air ikut citarasa masing2.. pastikan tak tak terlalu pekat atau terlalu cair)
3- masukkan telur, garam dan gaul sebati
4- panaskan minyak dan goreng adunan tepung tadi..

AcHiKz buat kecil2 aje.. Senang nak makan..

Dah siap!!

Tuesday, 19 April 2011

Contest Teka Umur Si Comel



Owh!! Berani yea si Solo Molo tag AcHiKz.. Nasib baik dia dah minta ampun tadi.. ha3
Sesiapa yang nak join boleh klik SINI untuk maklumat lanjut..

AcHiKz teka si comel Sumayyah ni dah berumur 8 bulan.. Tembam betul pipi dia.. Rasa nak cubit2 aje.. Geram!! (^^)

AcHiKz tag :

Jangan lupa yea, tarikh tutup contest ni pada 30hb April 2011.. Cepat2lah sertainya..

AcHiKz dapat telefon baru!!


Tersengih dan terharu!! Itu la perasaan AcHiKz bila buka kotak hadiah berbalut suratkhabar lama.. Mana nak sangka boleh dapat hadiah telefon macam ni sebab kotak pun berbalut suratkhabar.. Mana la tahu kalau2 memang ada komplot nak kenakan AcHiKz..

AcHiKz dapat hadiah ni dari seseorang dah tak ada jodoh dengan AcHiKz.. Walaupun jodoh untuk ke jinjang pelamin tu tak ada tapi jodoh kami kuat sebagai kawan..

Dia hadiahkan AcHiKz Samsung Champ - GT C3303 macam gambar kat bawah ni..

pictures credited to : fastdiscovery.blogspot.com

AcHiKz dapat warna Sweet Pink..

picture credited to : electronicshop.com.au

Walaupun antara kami dah tak ada jodoh tapi AcHiKz tetap doakan yang terbaik untuk dia.. Semoga dia berjaya dalam kerjaya dan cepat2 jumpa jodoh yang sesuai..

Berhati2 bila sewa rumah


Apa khabar semua?? Dah 4 hari AcHiKz HoUz tak berupdate.. Sibuk sikit uruskan hal keluarga.. Pagi tadi AcHiKz tonton Malaysia Hari Ini (MHI) dan dipaparkan kisah penyewa wanita yang di'skodeng' oleh tuan rumah yang pasang kamera tersembunyi didalam rumah.. Pasang kat bilik air pula tu.. Jadi, memang puas la tuan rumah tu cuci mata tengok segala aktiviti yang berlangsung dalam bilik air tu.. Keseronokan tuan rumah tu cuma sekejap aje, bila penyewa2 terjumpa kamera tersembunyi berkenaan..

Penyewa2 tu buat laporan polis dan terus pindah keluar dari rumah sewa tersebut.. Lepas kejadian tu, kebanyakkan penyewa mengaku yang mereka alami trauma dan timbul rasa takut bila nak ke bilik air..

Lepas ni pada penyewa2 tak kira la lelaki atau wanita perlu berhati2 bila menyewa rumah.. Ambil tahu siapa penyewa yang terdahulu dan pastikan rumah tu betul2 selamat didiami.. Mana la tahu nanti ternampak muka sendiri kat YouTube..

Friday, 15 April 2011

Kek kahwin?? AcHiKz tak mampu la..


\(^0^)/
Yay!! Musim kenduri kahwin dah makin dekat.. Dari jauh lagi AcHiKz dapat bau tumisan nasi minyak serta lauk pauknya yang sedap.. he3

Okay, kita lupakan kejap hal nasi minyak dan lauk pauk tu.. AcHiKz sarapan dengan si Rabiah lepas jogging pagi tadi.. Dia tanya boleh tak AcHiKz buatkan kek tunang dan kek kahwin dia..

Uhuk3.. Rasa nak tercekik aje roti canai tadi.. Kalau ikutkan memang AcHiKz nak sangat2 buat untuk si Rabiah tu, tapi AcHiKz tak ada kemahiran hias2 kek ni.. Nampak gayanya AcHiKz kena la pi cari buku ni, selain pi kelas dekorasi kek..


Walaupun tak mampu nak tunaikan permintaan si Rabiah, AcHiKz dah kenalkan dia pada Puan Imani dari Imani's Homemade Bakery.. AcHiKz tak ingat macamana boleh kenal dia tapi AcHiKz dapat lihat sendiri hasil kerjanya yang cantik masa majlis perkahwinan si Laily.. Puan Imani terima tempahan sekitar kawasan Sungai Petani, Seberang Jaya dan kawasan sewaktu dengannya..

Ini la kek kahwin si Laily.. BFF dia tempah khas buat hadiah perkahwinan diorang..

Sila jamu mata anda dengan kek2 kahwin yang cantik ni.. Nak tengok lagi boleh la klik2 kat pautan link yang AcHiKz dah siapkan kat atas tu..




Tengok la kat bawah ni.. Dah jadi kegemaran ramai sekarang ni.. Comel kan?? Comel sangat hingga tak sampai hati nak makan.. Sanggup buat jamu mata aje..


all lovely wedding cakes and cupcakes pictures credited to : imanisbakery.blogspot.com

Selain terjah blog Puan Imani, boleh juga add dia, Kek Cawan SP di Facebook..

AcHiKz : ada berangan nak hiaskan kek kahwin sendiri.. berapa tingkat tu belum tahu lagi.. he3

Thursday, 14 April 2011

MamaChia 1st Give Away



MamaChia buat julung2 kalinya anjurkan Give Away yang bermula pada 4hb April 2011 (2100H) dan akan tamat pada 5hb Mei 2011 (2100H).. Jangka masa yang diperuntukkan tu masih panjang.. Pada yang berminat boleh klik SINI untuk ketahui maklumat lanjut dan sertainya..

Inilah hadiah utama berupa seutas gelang dan rantai mutiara yang MamaChia dah sediakan.. MamaChia ni macam tau2 aje yang AcHiKz minat warna biru.. he3

AcHiKz tag ---> Mummy Danny, Mummy Zareef dan Nikaviolet

Wednesday, 13 April 2011

AcHiKz prawn fritters



Bahan-bahan :
20-30 ekor udang (saiz besar)
7 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan air
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Cara penyediaan :
1- Udang dibersihkan, dibuang kulitnya tapi tinggalkan sikit dibahagian ekor.
2- Gaul tepung gandun, serbuk lada hitam, serbuk penaik dan garam bersama air. Sukatan air berbeza ikut citarasa masing2.. Tapi jangan cair, nanti tepung tak melekat pada udang.
3- Bancuhan dibiarkan seketika dalam peti sejuk (dalam 15-30 minit).
4- Keringkan udang dengan 'kitchen towel' untuk elakkan minyak meletup masa menggoreng udang.
5- Panaskan minyak, gaulkan udang dengan sedikit tepung gandum, kemudian celupkan udang dalam bancuhan tepung tadi.
6- Goreng hingga keperangan.
7- Hidangkan bersama sos kegemaran korang.

AcHiKz tetap setia padamu..


Walaupun banyak sangat jenis dan pilihan tudung yang ada sekarang ni tapi terus terang pada korang yang AcHiKz ni tak reti nak gayakan tudung2 tu semua.. Pilihan utama AcHiKz tetap pada tudung bawal.. Susah nak cari tudung bawal kat kawasan Sungai Petani sekarang ni.. Jadi, masa pi Kota Bahru minggu lepas, AcHiKz sempat la melepaskan geram ..

Warna tudung bawal yang AcHiKz beli ni warna asas aje.. Senang nak padankan dengan baju.. Baju dah banyak corak, jadi tudung tu biarlah ringkas.. Karang bila baju dah sarat, tudung pun sarat, dah macam pokok krismas gayanya.. Tak nak la jadi macam tu.. Betul tak??

AcHiKz beli tudung2 ni kat Pasar Siti Khadijah.. Rambang mata AcHiKz bila tengok banyak sangat pilihan dari segi sulaman dan warna.. Punya puas dok mendongak, dari tiga helai tudung dua darinya rekaan yang sama, warna aje lain..

kuning mustard

merah terang

kelabu cerah

Yang dua helai kat bawah ni AcHiKz beli kat Bazar Tengku Anis.. Cuma pusing2 kat tingkat bawah aje sebab letih memandu dari Kuala Berang.. Dah tak larat nak merayau lama2..



Ikutkan hati memang nak beli 3,4 helai lagi.. Tapi penasihat kewangan dah bersuara "Cukup2lah tu AcHiKz, nanti kita datang sini boleh beli lagi.."

Jadi, kena tangguh la dulu niat memborong tu.. he3

Tuesday, 12 April 2011

Jom join bloglist Budak Chomot!!



Budak Chomot ajak ramai2 sertai bloglist dia.. Walaupun bergelar Chomot, tapi AcHiKz tengok tuan blog tu tak la comot pun.. Orangnya sangat sweet dan comel..

Pada yang nak tahu lebih lanjut, boleh la terjah kat SINI..

Kepada budak yang mengaku comot, AcHiKz join bloglist anda!! (^^)

Saturday, 9 April 2011

Jangan ditanya lagi.. AcHiKz dah muak!!


Apa khabar semua.. Hari ni masih nak cerita pasal hal temuduga lepas.. Kenapa la ada sebahagian orang cakap tanpa fikirkan perasaan AcHiKz?? Walaupun sikit tapi sedikit sebanyak ianya akan buat AcHiKz terasa hati

Dah diberitahu gagal temuduga tu cukup la.. Bukan nak kasi ayat tenangkan hati tapi boleh pula tanya KENAPA GAGAL.. Kalau tiap2 kali temuduga AcHiKz berjaya tak la masih dok menggangur macam ni..

Boleh pula tanya ada tak penemuduga beritahu kenapa AcHiKz gagal.. Kena faham la yang mungkin AcHiKz tak ada apa yang diorang nak ataupun ada calon lain yang kriterianya lebih baik dari AcHiKz..

Kalau AcHiKz boleh terima kenyataan, kenapa orang lain tak boleh?? Walaupun kali ni gagal tak bermakna AcHiKz dah tak nak usaha lagi.. Kasi la semangat, nasihat kat AcHiKz.. Jangan asyik nak tahu kenapa gagal aje..

Wednesday, 6 April 2011

Khabar yang mengecewakan


Apa khabar semua.. Hari ni AcHiKz bersiaran di Kuala Berang, lepak2 kat rumah sudara sehari dua.. Pasal temuduga semalam boleh la tengok gambar kat bawah ni.. Nak cerita panjang2 pun mood AcHiKz masih 'down' lagi..


Mungkin rezeki AcHiKz kat tempat lain..

Monday, 4 April 2011

Doakan AcHiKz yea!!


Apa khabar semua?? Entry hari ni pendek aje sebab AcHiKz rasa nak demam.. Kena rehat sebab esok ada hal penting..

AcHiKz sekarang ni ada 635km jauh dari Sungai Petani.. AcHiKz bukan bawa diri merawat hati yang luka tapi AcHiKz ada temuduga kat sini.. AcHiKz sampai sini lewat petang semalam.. Hari ni pi tengok2 tempat temuduga sebab temuduganya mula awal pagi esok.. Kalau tak pi buat tinjauan hari ni, esok mesti kelam kabut nak cari tempat.. Maklumlah, baru pertama kali sampai sini..

Sama2lah berdoakan bersama AcHiKz agar tak demam dan doakan juga agar AcHiKz dapat jawatan ni yea..

AcHiKz nak baring kejap, ubat yang AcHiKz ambil tadi dah mula beri kesan.. Da~~

Saturday, 2 April 2011

Awak sudi tak??


"Saya suka la kat awak.. Awak ada ciri2 yang saya suka.. Sudi tak awak jadi kekasih gelap saya sebab saya dah ada kekasih la.. Saya tak boleh nak tinggalkan dia sebab saya pun sayang kat dia juga.."

Tu dia!! Ayat melamar dah keluar.. Gelak guling2 AcHiKz semalam bila baca.. Okay2, AcHiKz cerita dari mula biar korang faham..

Ada la sorang mamat ni, dia add AcHiKz kat Facebook (FB) dengan alasan nak jadikan AcHiKz jiran kat Cityville.. AcHiKz pun dengan baik hatinya approve la mamat ni.. Tak dinafikan yang dia memang jiran yang baik.. Selalu kasi hadiah, apa item yang AcHiKz perlu dalam Cityville dia akan cepat2 hantar..

Kadang2 dia ada juga chat dengan AcHiKz.. AcHiKz jarang on chat kat FB sebab ganggu game yang AcHiKz main.. Sembang2 kosong aje dan AcHiKz dapat agak mamat ni ada la ciri2 lelaki budiman.. Tapi tak tahu la kalau dia betul2 lelaki budiman atau sekadar berlakon aje..

Semalam, masa tengah rancak berborak dengan dia, tiba2 keluar la ayat melamar macam kat atas tu.. Of course la AcHiKz tolak.. Sikit pun tak ada perasaan kat dia.. Sedap2 hati dia aje kan nak buat perangai macam ni kat kekasih dia.. Entah AcHiKz ni yang keberapa dia ayatkan..

Agaknya sekarang ni dia tengah kecewa sebab AcHiKz tolak dia ataupun dia tengah sibuk rancang nak mengayat perempuan lain pula, sebab AcHiKz tengok dalam senarai kawan dia ramai kawan2 perempuan.. Lawa2 pula tu.. Macam dia ni jenis add orang sesuka hati..

Nasihat AcHiKz cuma satu.. Tolonglah ubah la perangai tu, jangan dok canang kat AcHiKz yang kau nak kekasih yang setia kalau diri sendiri tu tak buat perkara yang sama..

Friday, 1 April 2011

MasterChef kini di Malaysia!!



Laporan asal : The Daily Chili

Pada peminat2 siri MasterChef US, Junior MasterChef Australia yang disiarkan di Starworld , Astro saluran 711 kini siri pertandingan masakan tersebut akan datang ke Malaysia..

MasterChef Malaysia dijangka akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Oktober nanti.. Pada sesiapa yang berminat boleh la ketahui maklumat lanjut di lawan web Astro..

AcHiKz : bukan nak pertikai tapi boleh ke MasterChef Malaysia setanding dengan siri MasterChef yang lain??

Kalau hati dah berkenan


Apa khabar semua?? Dah habis pun suku pertama tahun 2011.. Hari pertama di suku kedua dah pun bermula.. Semoga apa yang kita rancang akan dapat dilaksanakan sebaiknya sepanjang tahun ni..

AcHiKz memang peminat kasut terutamanya kasut tumit tinggi.. Boleh katakan AcHiKz ni pelopor utama pemakaian kasut tumit tinggi masa kat kolej dulu..

Tapi sejak kena pakai uniform dan praktikal AcHiKz dah jarang pakai kasut tumit tinggi ni.. Walaupun macam tu minat tetap diteruskan.. Sekarang ni AcHiKz selesa berkasut tapak yang rata aje.. Semalam AcHiKz jalan sorang2 ternampak dari jauh sepasang kasut yang sangat cantik.. Bila dekat makin cantik kasut tu AcHiKz tengok.. Rasa macam rugi aje kalau tak ambil.. Agaknya kasut tu memang ditakdirkan jadi AcHiKz sebab ada juga pelanggan nak rekaan yang sama tapi sayang sekali kasut tu stoknya cuma ada sepasang dan hanya ada saiz AcHiKz..

Inilah kasutnya.. Punya la tak sabar, boleh snap gambar kasut dalam kereta.. Mesti orang yang lalu lalang kat situ kata perangai AcHiKz ni macam budak2..AcHiKz suka warnanya sebab terpengaruh dengan kasut yang dipakai Angelina Jolie dalam filem The Tourist..

pandangan depan

pandangan sisi

Harga?? Tak la mahal sangat.. Kalau hati dah berkenan, selesa dipakai dan berbaloi AcHiKz tetap akan beli..