Hari ni AcHiKz nak kongsi tutorial menjahit kaf tangan menggunakan starflek.. Starflek ni nama lain bagi kain gam keras.. Tak tahu la kalau ada panggilan lain bagi benda ni sebab masa AcHiKz belajar jahit ia dipanggil starflek.. Kaf tangan ni selalu dijahit pada baju kurung, blaus mahupun jubah mengikut permintaan pelanggan..
Jom tengok cara jahit kaf tangan.. (^^)
**klik gambar untuk lebih jelas**
1) Tandakan panjang belahan bawah lengan.. Ukuran yang AcHiKz selalu gunakan adalah 4 inci. AcHiKz matikan jahitan bahagian yang bertanda masa jahit bahagian bawah lengan dan jahit kasar dibahagian belahan yang akan dijahit kaf nanti.. Buka kelepet dan tekankan.. Lepas tu jahit seperti gambar diatas..
2) Ukur panjang starflek mengikut ukuran kaf yang dikehendaki.. Macam dalam gambar ni lebar kaf adalah 2.5 inci.. Gosokkan starflek tersebut.. Gunakan suhu yang sederhana untuk pastikan gam cair dan melekat sepenuhnya pada kain..
3) Lipat dan gosok basi kain dengan kemas dan jahitkan 1/4 inci dari lipatan kain tersebut..
4) Temukan bahagian bunga kain yang dilekat starflek tadi dengan bahagian bunga sekeping kain lagi.. Jahit sekeliling tepi starflek tersebut..
5) Rupa starflek yang siap dijahit keliling..
6) Racip seperti yang ditunjukkan pada bahagian yang dijahit tadi.. Ia untuk pastikan kaf tidak tertarik atau menegang semasa kain kaf diterbalikkan.. Hati-hati semasa meracip kain agar tidak terkena jahitan tadi..
7) Inilah rupa sepasang kaf yang telah AcHiKz racip, terbalikkan dan gosok dengan seterika bersuhu sederhana.. Untuk pastikan bucu kaf terbentuk cantik dan tak nampak tumpul, AcHiKz cadangkan untuk guna pembaris plastik.. Kalau nak guna benda berbucu lain macam pemutar skru mata rata pun boleh, tapi jangan sampai tembus.. Dah siap kaf, ketepikan dulu.. Kita buat lengan kedut pula..
8) Guna saiz jahitan yang paling besar dan jahit seperti gambar diatas, Jahitan kasar ini akan kita tarik pun jadikan kedut pada lengan sebelum kita pasang kaf nanti..
9)Tarik benang perlahan-lahan bagi membentuk kedut mengikut panjang kaf yang telah disediakan sebentar tadi..
10) Pinkan kaf tangan bersama bahagian lengan yang telah dikedutkan tadi.. Jahit dibahagian dalam kaf..
11) Lipat masuk basi sambungan tadi dan jahit tindih disekeliling kaf untuk menutup dan kemasan cantuman antara kaf dan lengan.. Bila dah selesai boleh la tarik benang jahitan untuk kedut tadi.. Kalau tarik awal takut kedut yang kita buat tadi berterabur dan kedut jadi tak catik..
Kaf tangan yang telah siap dijahit.. (^^)
5 comments:
Terimakasih untuk sharing informasinya.. Sangat menginspirasi.. Best Regards : Fitinline..
sama-sama.. harap sedikit sebanyak membantu.. (^^)
Xbrpa fhm step1 jhit kelepet bhgian bwh tu..gmbr xbrpa clear nk fhm
Terima kasih di atas tunjukcara dan sudi berkongsi kemahiran
Terimakasih, artikelnya sangat bermanfaat sekali. Jangan lupa untuk mengunjungi website kami di Jual Alat Marching Band Bandung
Post a Comment