Showing posts with label RuMaH SeWa. Show all posts
Showing posts with label RuMaH SeWa. Show all posts

Saturday, 7 August 2010

dAh SeLeSaI


Salam semua.. Sepanjang minggu ni AcHiKz dah habis kredit yang boleh tahan untuk sebulan.. Semuanya gara2 masalah rumah sewa yang dulu.. Tak sepatutnya AcHiKz masuk campur dalam masalah tu tapi kalau tak masuk campur, mungkin sampai hari ni diorang masih berbalah dan masalah akan jadi makin teruk..

Semuanya berpunca bila orang yang AcHiKz latih untuk uruskan rumah ni sebelum tak jalankan tugasnya dengan baik, malah dia boleh pulak serahkan tugas mengurus rumah sewa tu kat mak dia yang jauh kat Sungai Buluh sana.. Bila ditanya kenapa, jawapan yang dia bagi mudah sangat.. "Saya tak pernah uruskan hal2 berkaitan rumah sebelum ni.. Semuanya mak saya buat.."
Aduh!! Nak marah sekarang pun AchiKz rasa dah tak berbaloi.. Kalau tak reti sepatutnya bagitau la awal2.. Ini tidak, berani mengaku boleh buat..

Sekarang kan dah kacau bilau.. Bila dah jadi macam ni, masing2 bermasam muka kat rumah tu.. Dah tak bertegur sapa.. Apa yang tak puas hati semuanya main hantar mesej kat AcHiKz, tak nak cakap terus pada orang yang berkenaan.. AcHiKz ni dah jadi penyampai pulak.. Dah tak tahan dengan keadaan ni AcHiKz pun masuk campur.. Lega sangat2 sebab masalah tu akhirnya selesai.. Walaupun AcHiKz rasa pihak yang bertelagah takkan bertegur sapa lagi, tapi harap2 perasaan marah tu tak disimpan lama2 dalam hati.. Benda yang dah lepas biarkan la ia lepas.. Buat beban aje pada diri sendiri..

Disebabkan kredit yang boleh tahan selama sebulan habis dalam masa seminggu, mr. popeye kena la telefon AcHiKz sebab dah tak ada kredit nak balas.. Tak nak minta dia reloadkan, nanti masuk buku 555 pulak.. he3

Wednesday, 16 June 2010

i'M HoMe


Fuh~~ Lega betul..
Minta maaf banyak2 yea.. AcHiKz sibuk sikit 2,3 hari ni..
Sibuk sebab packing barang2 nak balik SP.. Yea, balik SP.. Wahai warga2 SP sekalian, AcHiKz dah balik!! Balik untuk membuat kacau~~

pilot yang bertugas.. my lil bro..
ayah jadi co-pilot..

penat la..
angkat barang2 dari mini apartment turun bawah..

barang2 yang penuh dalam kereta..

Bye2 Ipoh..
Jumpa lagi kalau aku dapat kerja kat sana.. (^^)

Saturday, 29 May 2010

sTaRt PaCkInG


Tik tok tik tok tik tok.. Lebih kurang 58 jam lagi nak masuk bulan yang baru.. Dah kena mula packing apa2 yang patut.. Dah siap packing boleh terus letak kat ruang tamu.. Senang sikit bila nak masukkan barang2 tu dalam kereta bila ayah datang ambil aku nanti, tak la jenuh nak naik turun tangga macam masa aku angkut barang2 aku naik loteng awal tahun ni.. Lepas selesai aku unpack barang2 terus tido sampai esok pagi.. hu3..

ni sikit aje.. banyak lagi yang belum aku pack..
paling awal aku bungkus nota la.. he3..

Aku akan pindah keluar pertengahan bulan ni.. Ikutkan hati macam tak mau pindah tapi sampai sekarang ni aku belum dipanggil untuk temuduga kerja.. Aku dah puas 'tanam anggur' kat sini, dekat sebulan jugak la aku tak buat apa2.. Rehatkan perut aje.. he3.. Kalau masih belum dipanggil temuduga jugak, aku dah siap2 plan nak 'tanam jagung' la kat rumah SP lepas ni.. Sambil2 teman ayah kat rumah, aku nak berebut tv dengan ayah sebab nanti dah nak mula World Cup.. Aku nak berkampung sakan depan tv.. Nak sokong pasukan fave aku SPAIN..

Makan bola, Tido bola & brrr.. Minum coca cola!! (^^)v

Sunday, 2 May 2010

IkA dAn RuMaH BaRuNyA


Seronok aku tengok ika bila dia teruja nak masuk rumah baru.. Banyak benda nak kena buat tapi dia tetap bersemangat..
Aku bantu dia sekadar yang aku mampu.. Harap dia puas hati dengan bantuan aku yang tak seberapa tu..

Semoga ika dengan leya gembira kat rumah baru nanti.. (^^)

Thursday, 1 April 2010

HoUsEmAtE bArU


Hurm.. Tak sangka aku, dah masuk bulan baru ni, terima pulak housemate baru.. Mulanya tak perasan sangat tapi rasa pelik sebab mata aku ni dok pandang ada tilam dengan bantal kat ruang tamu.. Aku tanya si ika, ika pulak baru nak tanya soalan yang sama kat aku.. Masing2 nak tau sangat sapa la tuan punya barang2 ni..

Akhirnya, kepulangan yana menjawab persoalan dalam otak aku ni.. Yana kata coursemate dia akan sewa bilik bawah rumah kami ni.. hu3.. Bagus la jugak la sebab dah ada penyewa bilik bawah.. Tak payah la lagi kena bayar lebih untuk tampung sewa rumah ni..
SELAMAT LA DUIT AKU.. he3..

That new gurl kinda sweet, a bit naive, looks friendly and the big thing is she's a PINKY!! Another pinky in da house.. he3.. (^^)

Semoga dia happy la jadi housemate kami ni.. Harap2 dia banyak2 sabar sebab aku dengan ika, sebab kami conquer ruang tamu ni.. Sepanjang hari kami kat sini.. Dari buka aje mata pagi2 sampai la mata ni dah tak mampu nak berjaga.. he3.. Ruang tamu kami ni sentiasa meriah dengan tv, mp3, atau pun lagu yang ada dalam blog org lain..

TO DA NEW HOUSEMATE
(maaf yea, nama dia pun aku tak tau, hu3..)

WELCOME TO OUR HOUSE!! (^^)

aDa TiKuS kAt DaPo!!



Menjerit kuat ika kat dapo!! Ada tikus dok tenung dia kat bawah dapo.. Aku ulang semula, kat bawah dapo two burner.. Jeritan ika memang kuat sangat3.. Tambah2 rumah ni tak ada banyak perabot, memang bergema sakan!! hu3..

Aku pun pi la dapo.. Buat2 berani la, siap pegang penyapu.. Aku naikkan sikit dapo tu dengan penyapu sambil bersedia.. Bersedia la sangat aku ni.. hu3.. Laju betul tikus tu meluru keluar dari dapo.. Panjat tingkap dekat sinki dan terus lenyapkan diri..

Pelik jugak aku memikir macamana la tikus tu boleh terselit kat bawah two burner tu?? Dah reti masuk tak reti nak keluar pulak.. he3..

Sunday, 28 March 2010

LeSuNg bAtU dAh HiLaNg!!


Sejak aku rajin memasak semula kat rumah sewa skrang ni, aku memang tak boleh nak tinggal benda yang satu ni.. Terutamanya bila aku masak 'signature dish' aku, NASI GORENG.. he3.. Tapi skrang ni lesung batu hanya dalam kenangan.. hu3..



Masa aku balik semula kat rumah sewa awal tahun ni, aku dah tinggalkan lesung batu kat SP.. Alasannya sebab housemate aku dah bawak lesung batunya ke sini.. Eh3, silap lak.. Bukan housemate aku lagi la, dah jadi ex-housemate aku pun..

Mungkin korang semua tanya apa kaitan ex-housemate aku dgn entry aku kali ni.. Mesti la berkaitan, sangat3 berkait rapat la.. he3..

Dia ni sangat3 rajin memasak walaupun setakat mee segera aje.. Aku bukan nak mengata dia la.. Aku puji dia sebab mau jugak la dia ke dapo masak untuk isi perut yang lapar walaupun penat bekerja.. Aku akan tau dia tengah masak bila lesung batu tu bertung-tang kat dapo.. he3.. Disebabkan dia jugak la aku jadi pemalas nak masak lagi.. Kenapa?? Kenapa malas nak masak lagi tanya korang pada aku??

Meh sini aku nak jawab soalan korang tu..

Sebab2 aku jadi malas nak masak lagi :

1- Dia beli barang2 makan, terutamanya sayur2, ikan, ayam, telur tu macam nak jamu 10 orang ada dalam rumah ni sedangkan rumah ni hanya ada 6 orang!! Penuh peti sejuk rumah ni semuanya barang2 dia aje..

2- Dia lambat sgt nak basuh semua cooking utensil yg dia dah guna.. Semua dok rendam aje dalam sinki.. Takkan la kami, housemate yang lain ni nak kena basuh kuali, periuk yang dia dah guna bila kami pulak nak guna periuk, kuali tu.. Sekali dua boleh la.. Tapi, aku ni dah banyak kali kena taw.. Tension aku!!

Tak ada beritahu apa pun, dia pindah keluar hujung Februari lepas.. Tak tahu la apa sebab buat dia pindah keluar..

Lepas dia pindah, aku kembali aktif memasak.. Aku tengok lesung batu tu masih ada, jadi aku assume la lesung batu tu milik sorg lagi housemate aku.. Jadi aku pun guna la lesung batu tu macam biasa sebab housemate kat rumah ni bagi kebenaran guna barang2 diorg tapi kena la pandai kemas balik lepas guna..

Satu petang, ada kereta brek depan rumah.. Aku pun jenguk la keluar, rupanya ex-housemate tu datang.. Katanya nak ambil barang yg tak sempat dia ambil masa pindah dulu.. After few minutes dia pun balik..

"Lapo la pulak".. Kata housemate aku ni.. Berjalan la dia ke dapo.. Pastu aku dengar "EH!! mana lesung batu ni??".. Tersengeh2 aku berjalan ke dapo sebab baru la aku tahu yg lesung batu tu ex-housemate aku yg punya.. Mesti la dia ambil balik barang dia, kn??
"Kalau tak ada lesung batu ni, macamana nak tumbuk bawang ni??".. (fyi, housemate aku yg sorg ni tgh belajo memasak.. tgh excited nak memasak.. he3)..

"Guna aje la apa2 yg patut.. be creative".. (^^)