Showing posts with label dIpLoMa PhArMaCy. Show all posts
Showing posts with label dIpLoMa PhArMaCy. Show all posts

Friday, 8 October 2010

OfFiCiAlLy aN UnIkL GrAdUaTe!!


Seronok?? Mesti la seronok.. Lega pun ada dan yang paling penting sekali rasa bersyukur yang tak terhingga sebab dah berjaya tamatkan pengajian.. Bila dah pegang sendiri skrol yang tertera nama AcHiKz segalanya yang berlaku sepanjang tempoh pengajian adalah berbaloi..

Jom tengok serba sikit gambar sempena Majlis Konvokesyen ke-7 UniKL 2010..

semua sibuk dok berbual.. yea la, dah lama tak jumpa lepas habis belajar.. ada yang sambung belajar, ada yang dah kerja dan ada jugak yang masih belum kerja macam AcHiKz.. he3

'hood' yang warna peach-purple ni semuanya budak2 RCMP.. warna 'hood' adalah berbeza ikut institut..


majlis penerimaan diploma sedang berlangsung.. untuk sesi ke-2 pada hari pertama ni, diploma disampaikan oleh Pro-Canselor II iaitu YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat..

si dira sempat lagi minta snap gambar dia..


ika kasi 'pose' istimewa..

barisan hero2 Diploma in Radiography RCMP


saat yang tak dapat digambarkan dengan kata2..


AcHiKz nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat mama dan ayah yang dah sediakan pendidikan yang terbaik untuk AcHiKz selama ni.. Sampai bila2 pun tak dapat rasanya nak balas budi mama ayah.. Tak lupa juga kat pensyarah2 kursus Diploma in Pharmacy di UniKL-Royal College of Medicine Perak dan kawan2 sepengajian diatas segala ilmu, tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan..

Tahniah buat semua!!

Monday, 4 October 2010

CePaTnYa!!


Alhamdulillah!! Lancar aje sepanjang perjalanan ke destinasi.. Hari ni AcHiKz ke UniKL City Campus untuk uruskan hal jubah dan membuat beberapa pengesahan.. Dapat jumpa kawan2 lama memang best!! Rindu la kat diorang..

Tak sampai sejam aje semua urusan dah selesai.. Esok nak pi raptai pulak..

p/s : sorry yea.. tak sempat pun nak snap gambar pun tadi sebab dok excited jumpa kawan2.. Tak boleh jugak lepak lama2 sebab takut terlambat ambil Ainina kat sekolah..

Sunday, 3 October 2010

Saturday, 25 September 2010

DaH LeNgKaP!!



Alhamdulillah!! Akhirnya surat yang AcHiKz nanti2kan sangat sampai tak dapat nak tido lena dah selamat tiba dalam peti surat rumah AcHiKz tadi..

Jadi dah lengkap la segala dokumen yang diperlukan untuk dibawa nanti.. Takut la jugak sebab AcHiKz pun salah sebab hantar borang pun dah dekat sangat dengan tarikh akhir yang dah ditetapkan.. Mana la tahu kalau pihak diorang tak sempat nak proses borang AcHiKz, tak dapat ler AcHiKz nak konvo..

Malam ni AcHiKz dah boleh tido lena..

Friday, 17 September 2010

Dah SeTtLe!!


Memandangkan sibuk buat persediaan raya dah selesai, AcHiKz kembali dengan persediaan yang perlu dibuat segera sebelum dapat menggenggam diploma sendiri.. Separuh urusannya dah siap dalam bulan Ramadan lepas, jadi hari ni AcHiKz dah selesaikan baki urusan yang ditangguh..

Dah yakin dengan persediaan yang diperlukan, AcHiKz susun dan kepilkan semua dokumen.. Berdebar2 pulak bila masukkan dokumen tu kat dalam sampul.. Hari Ahad ni baru nak hantar..

Tak sabar nak konvo.. Tak sabar nak jumpa kawan2..

Friday, 11 June 2010

oFfIcIaLLy PaSs!!


Hari ni ika ajak pi kolej ambil result.. Sebelum ni cuma dapat tahu LULUS stau GAGAL aje.. Tapi grednya tak tahu.. Sampai aje Unit Exam diorang pun dah ready bakul2 yang ada semua result exam setiap kursus (nursing, radiography, pharmacy)..

Dok cari2 mana la slip sem aku, Uiks!! Kenapa nama yang lain ada?? Nama aku pi mana??
Hilang tak dapat dikesan ke?? Tanya orang yang berkenaan, dia kata betul ke tak ada??
Ish3.. Mata aku dengan mata ika takkan la silap.. Empat bijik mata tau dok cari result slip aku.. Takkan la empat bijik mata ni terlepas pandang..
Dah sebak ni, mata pun dah nak bocor.. (T^T)

Tak pe katanya, dia akan printkan untuk aku.. hu3.. Lega hati aku.. Kalau tak mesti meraung sakan aku dalam pejabat Unit Exam.. Lega sangat bila dah tengok sendiri gred aku semester ni.. Di luar jangkaan tu!! Aku ingat lulus atas pagar aje, sebab target aku setakat nak lulus aje la.. Tapi tak sangka pulak resultnya LEBIH BAIK dari tu!!
Berapa gred yang aku dapat tak payah la nak tayang kat sini.. Malu pulak rasanya.. he3..
Biar la grednya hanya untuk tatapan aku, family & mr. popeye sahaja..
Selain result slip, diorang bagi jugak surat pengesahan yang berbunyi :

" WE ARE PLEASED TO INFORM THAT THIS STUDENT HAS PASS AND COMPLETED THE DIPLOMA in PHARMACY IN JANUARY-JUNE 2010 ACADEMIC SESSION AND WILL GRADUATE IN OCTOBER 2010 "



Gumbiranya!! Alhamdulillah~~
Syukur sangat3 kepada ALLAH swt..
Wahai bulan Oktober, nantikan kedatangan AcHiKz!!

Tuesday, 1 June 2010

KhAbAr YaNg GuMbIrA!!


Dah masuk bulan Jun.. Dah setengah tahun berlalu.. Macam2 la yang aku list untuk aku capai dalam tahun ni.. Nampaknya ada beberapa aje yang dah tercapai dan ada beberapa lagi masih ditahap ON DA WAY..

Pagi2 buta aku dikejutkan dengan panggilan Ashwini ( aku tido jam 3 pagi semalam ).. Katanya result exam final dah keluar!! Dari sedap2 baring sambil peluk bantal busuk terus terduduk aku.. Katanya " AcHikZ, you dah lulus paper Pharm Chem!! "
Terus bangun aku sambil jerit melompat2.. Nasib baik tido kat lantai aje, kalau tido atas katil mau patah katil tu gara2 aku.. he3..

SYUKUR, ALHAMDULILLAH~~
Itu aje yang mampu aku ucap sambil lap mata aku yang bocor.. (T^T)
Dah lama aku tunggu saat ni.. Dah puas aku bersabar demi mama ayah dan masa depan.. Akhirnya segala kesabaran & usaha aku terbalas..


Tak lupa jugak nak ucap jutaan TERIMA KASIH kepada :

- Ms. Khor Poh Yen
mentor aku yang banyak bagi nasihat..
bersabar dengan manteenya yang paling senior ni.. hu3..

- Bapak Maywan Hariono
pensyarah subject Analytical Pharmaceutical Chemistry..
usaha bapak mengajar, kasi kuiz, kasi tutorial selama 1 sem ni sangat3 dihargai..

- student2 DP sem 4 sesi Jan-Jun 2010
terutamanya DAYAH, ISMA & FARID
trimas sebab terima aku dalam kelas korang, bagi kepercayaan pada aku buat lab report lepas setahun aku tinggalkan subject ni..

- IKA, EILA, NISSA & ASHWINI
sama-sama berusaha dan bagi sokongan pasa satu sama lain..

( macam kasi ucapan bila dah menang OSCAR pulak gayanya.. he3.. )


Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga aje yang mampu aku beri pada korang..
Segala kebaikan korang pada aku selama bersama korang aku akan ingat sampai bila2..


JUMPA KORANG DI MAJLIS KONVO NANTI!! (^^)

Saturday, 22 May 2010

BeRdEbAr2


Aiiiyaaak!!.. Hari ni dah masuk hari yang ke-18 aku lepak aje tanpa buat apa2 kat rumah sewa ni.. Buka aje mata tiap2 pagi, aku mesti ber'facebook', baca entry terbaru blog fave aku, tengok tv, buat la apa 2 yang patut untuk isi masa lapang.. Selain tu aku kena pastikan handphone aku tu sentiasa available untuk dihubungi terutamanya weekdays..

Kenapa tanya korang?? Sebab aku tengah tunggu panggilan dari kolej.. Kalau kolej telefon aku tu maknanya ada la berita kurang best yang aku akan terima..Selama ni pun aku mana ada terima berita yang baik kalau kolej telefon aku.. Sampai hari ni aku belum lagi dihubungi kolej berkenaan keputusan paper pharm chem aku.. Tak minta banyak, aku cuma nak lulus aje.. Selain nak tahu pasal result, aku jugak tengah tunggu orang2 finance kolej hubungi aku berkenaan dengan yuran semester ni.. Dah tak kuasa la nak pi sana jumpa diorang.. Asyik2 jawapan yang sama aje aku dapat.. Dah tuli telinga aku dengar jawapan yang dah basi tu.. (><")

Aku bukan la malas nak telefon diorang, cuma biar la pihak kolej aje yang hubungi aku.. Dah la duit belanja tengah tenat.. Dari habis kredit asyik telefon diorang, baik aku kenyangkan aje perut kesayangan aku ni.. he3..
Rasa2nya kalau diorang tak telefon aku sampai hujung bulan ni maknanya aku lulus la paper pharm chem tu..

Apa pun doakan la yang terbaik untuk aku yea..

Wednesday, 12 May 2010

I rEaLLy MiSsEd ThIs pLaCe


Dah lebih 5 bulan aku habis training.. Aku rindu sangat masa2 training kat sini dulu.. Kenangan manis, kenangan tak berapa manis pun ada.. Kenangan manis la yang banyak.. he3

Macam2 jenis perangai staf yang aku jumpa masa training kat sini.. Yang baik aku buat teladan, yang kurang tu aku simpan aje dalam hati aku ni, buat peringatan.. Peringatan agar tak buat perangai yang sama bila aku dah kerja nanti..

Apa pun, Farmasi HRPB dah banyak ajar aku.. Ajar dari segi kerja dan juga kehidupan..

TERIMA KASIH BANYAK2!! BUDIMU AKAN AKU KENANG~~

ini la farmasi bekalan wad..



kaunter untuk staf dan pesakit tertentu (ambil injection bulanan & ubat chemo)..


peti sejuk yang ada macam2 ubat..


BPC yang sangat2 antik.. he3..
walaupun antik tapi masih berjasa tau..


salah seorang staf (kak milah) yang buat pre-packing krim..


Sejak dah selesai exam ni aku dok berangan aje bila la agaknya aku nak dapat kerja.. Aku dah tak sabar2 nak kerja.. Dah tak mau lepak2 aje kat rumah tak buat apa2..
Resume?? Dah banyak hospital aku hantar resume.. Harap2 ada la hospital yang mahu ambil aku kerja..

Wednesday, 5 May 2010

i'M 150% ReLiEvE!!


Akhirnya~~

Saat yang dinantikan tiba.. Final exam analytical pharmaceutical chemistry petang tadi.. Perasaan aku?? Bercampur2 la.. Takut + excited + happy pun ada jugak..

Aku minta penyelaras peperiksaan tempatkan aku kat belakang2.. Selama ni asyik kena duduk paling depan sebab aku ni budak repeat.. Aku rasa tertekan, rasa tak selesa langsung kalau kena duduk depan.. Bukan ada benda pun boleh aku pandang.. Angkat aje kepala, nampak terus pensyarah yang jaga exam masa tu.. Dok tenung2 muka aku, macam la aku ni meniru.. Kalau aku meniru tak la aku repeat subject ni.. hu3..

Aku dengan ika sampai kolej tengahari tadi rilex aje.. Tak rasa macam nak ambil final exam pun.. Tak rasa macam dulu bila tengok junior2 aku asyik pulun baca nota, berbincang dalam kumpulan aku pun dah tak keruan.. Seram sejuk, risau tak tentu hala.. Sampaikan masa makan tengahari pun diorang tak keluar makan.. Beli aje apa yang ada kat Ezee Corner tu.. Aku dengan ika boleh pulak pi layan nasi kukus ayam berempah Restoran Nur Ayu.. Siap lepak kejap, berbual kosong lepas makan..

Sebelum masuk exam hall ada la kami berbual sikit pasal topik yang dijangka keluar exam nanti.. Kalau korang nak tahu, aku cuma baca topik yang di ajar lepas mid semester aje..

Bila kaki melangkah masuk dewan pun tak rasa gemuruh macam dulu.. Rasa tenang aje.. Bila dapat kebenaran buka buku soalan, aku rasa nak jerit aje.. Soalan esei yang aku takut sampai nangis2 kat mr. popeye selama ni, lebih kurang dengan tutorial yang Pak Maywan bagi sebelum ni.. Aku memang bersyukur sangat3.. Lepas baca sikit doa, aku pun mengadap kertas kajang tu.. Tulis apa yang aku rasa yakin dengan apa yang aku belajo selama ni..

Tulis punya tulis, tiba2 dengar Pak Maywan cakap ada lagi 5 minit.. Macam tak sangka sangat3 sebab punya tekun aku menulis sampai tempoh 2 jam tu berlalu macam tu aje.. Tak sedar langsung!!
Terima kasih banyak2 aku nak ucapkan pada Pak Maywan Hariono sebab dia dah banyak menolong.. Dia siap panggil student buat ulangkaji tutorial dengan dia.. Sudi luangkan masa walaupun dia sibuk..
TERIMA KASIH.. KEBAIKAN BAPAK AKAN AKU KENANG SELAMANYA..

Kawan2 pembaca sekalian,
mari lah sama2 berdoa dengan aku.. Semoga aku dapat keputusan yang baik.. Aku berharap sangat dapat habiskan belajo ni..
Aku nak grad dengan kawan2 belajo yang lain.. Lepas tu aku nak kerja.. Tak nak lagi bebankan ayah.. Aku nak ayah berehat secukupnya, tak payah nak risau pasal anak degil+nakal yang sorang ni lagi.. he3..
Dah sampai giliran aku pulak nak berbakti pada ayah..

Thursday, 15 April 2010

LaSt cLaSs oF ThIs SeMeStEr


Wah~~ (o-O")
Kelas pharm chem untuk semester ni dah habis petang tadi.. Macam tak sangka pulak sebab selama ni aku dok bilang aje berapa kali lagi nak kena pi kelas.. Habis aje kelas hari jumaat, tunggu pulak nak masuk kelas minggu depan & seterusnya..
Tapi hari ni dah habis.. Dah selesai.. Dah tak payah nak pi kelas lagi..
Cuma lepas ni aku tunggu masa aje la nak pi final exam nanti..

FINAL EXAM~~ TAKUT!! (T^T)

Boleh demam aku kalau fikir pasal nak final exam ni.. Ini la satu2nya subjek yang aku belum lepas.. Seksa la aku rasa nak selesaikan satu subjek ni pun..
Boleh patah semangat aku ni kalau tak ada sokongan dan semangat dari famili, kawan2 & staf farmasi kat HRPB dan KK GREENTOWN..

Korang, doakan aku yea.. Doa bersama2 aku..
Biar tak ketaq lutut, tak ada darah gemuruh, tak sakit perut, tak muntah masa nak jawab final exam nanti.. Aku pernah muntah masa aku jawab final exam subjek Pharmacology ( tak ingat pulak la aku pharmacology yang mana satu).. Tak sempat nak angkat tangan minta izin, terus lari meluru keluar exam hall.. Muntah sampai lembik.. Tak larat aku nak jalan masuk exam hall.. Rasa jauh sangat nak sampai exam hall..

Tapi, berbaloi la aku muntah sakan, LULUS gak paper tu.. Markah yang aku dapat pun boleh tahan.. he3..

Friday, 2 April 2010

SiAp JuGa AkHiRnYa!!

report terakhir aku buat utk sem ni..

Aduh aii.. Bersusah payah, berjegil mata aku siapkan report ni..
Pujian dan ucapan trimas aku ucapkan pada ika.. Yang sama bersusah payah buat report ni dengan aku.. Bersusah payah buat calcutaion walaupun tak pasti betul atau tak dengan jawapannya..
Walaupun korang nampak banyak nama kat gambar report diatas tapi untuk report ni cuma 4 orang aje yang kena siapkan.. MALANG sekali walaupun ada 4 tapi hanya 2 orang aje, aku ulang semula yea, 2 ORANG aje yang terhegeh2 siapkan report ni..

MANA lagi 2 org tu?? Tak payah la nak aku cerita panjang2 kat sini..
Apa yang dah diorang buat sama aku dengan ika, biar la tersimpan aje dalam hati aku ni walaupun pada dasarnya aku sangat3 tidak puas hati dengan 2 org tu..


SABO AJE LA.. (><)

Thursday, 1 April 2010

ApRiL iS HeRe!!


Wwarghh!!
Dah masuk bulan april ni.. Kejap aje masa berlalu..
Masa mula2 daftar semula awal januari lepas, hari2 dok tengok kalendar, hari2 pangkah tarikh yg dah lepas..


Bulan ni adalah bulan penentu..
Ya!! Bulan penentu untuk selesaikan apa yang sepatutnya selesai tahun lepas..
Dah tak mau menghadap benda ni lagi.. Dah tak mau lalui lagi keadaan ni..

Korang, doa2 kan la aku yea..
Doakan agar segala kepenatan, kesedihan, kesabaran aku selama ini terbalas dengan result yang boleh aku banggakan..

Buat mama ayah & adik beradik, terima kasih sebab masih tak putus asa dengan aku..
Masih tak jemu2 berdoa, bagi semangat, bagi nasihat walaupun ada masa aku rasa aku ni orang yang tak boleh dibanggakan keluarga..

TERASA SANGAT AKU NI LOSER!!

Buat kawan2 yang pernah belajar dgn aku, staff2 farmasi HRPB & KK Greentown segala nasihat, kata2 peransang yang korang bagi pada aku selama ni buat aku gagah untuk selesaikan urusan yang belum selesai ni..
Tangan yang korang hulurkan pada aku sebagai tanda persahabatan akan sentiasa terpahat diingatan..

Wednesday, 24 March 2010

PhaRm cHeM yAnG SaTu


Hurm.. Ada beberapa minggu lagi utk semester ni berakhir.. Suatu penantian yg menguji kesabaran.. Sumernya sebab subject yg satu, Analytical Pharmaceutical Chemistry..

suasana dlm kuliah Pak Maywan Hariono

Skarang ni aku hanya perlu luluskan aje subject ni sebab subject ni la yg buat aku kena masuk kuliah semula.. Memang betul2 menguji kesabaran la sebab aku gi kuliah cuma 2 hari seminggu..

Bila nama penyelia aku appear kat hp, hati memang berdebar.. Mintak sgt3 bnda yg tak diingini jangan la berlaku tapi nak buat macamana, dah berlaku pun.. TIDAK~~~

Walaupun aku tak rela nak masuk kuliah semula tapi aku happy sgt3 sebab pensyarah yang ajar subject ni dah tukar..

Tanya jugak la junior2 aku pasal pensyarah ni, diorg kata dia ajar tak faham sgt. Susah nak faham kata diorg.. Dengan hati yg excited+berdebar aku pun masuk la kuliah pensyarah ni.. Owh.. Patut la budak2 ni kata tak faham sgt sebab penyarah ni pekat sgt sebutan Indonesia dia.. Memang la dia ajar dalam Bahasa Inggeris tapi ada beberapa sebutan yg buat budak2 ni termasuk la aku menggaru kepala sebab tak faham.. hu3

Aku memang rasa lega sebab pensyarah ni dah banyak ringkaskan nota pensyarah dalu.. Ada topik yg aku belajar dulu dah tak ada kali ni.. Kaedah pengajaran dia pun lebih mudah, ringkas & mudah faham.. Aku nak ucapkan trima kasih pada pensyarah ni sebab usaha dia nak bantu student dia lulus subject ni, terutamanya student macam aku..

Doakan aku lulus subject ni yea.. (^^)

meja aku dalam kelas.. he3