Friday, 15 April 2011

Kek kahwin?? AcHiKz tak mampu la..


\(^0^)/
Yay!! Musim kenduri kahwin dah makin dekat.. Dari jauh lagi AcHiKz dapat bau tumisan nasi minyak serta lauk pauknya yang sedap.. he3

Okay, kita lupakan kejap hal nasi minyak dan lauk pauk tu.. AcHiKz sarapan dengan si Rabiah lepas jogging pagi tadi.. Dia tanya boleh tak AcHiKz buatkan kek tunang dan kek kahwin dia..

Uhuk3.. Rasa nak tercekik aje roti canai tadi.. Kalau ikutkan memang AcHiKz nak sangat2 buat untuk si Rabiah tu, tapi AcHiKz tak ada kemahiran hias2 kek ni.. Nampak gayanya AcHiKz kena la pi cari buku ni, selain pi kelas dekorasi kek..


Walaupun tak mampu nak tunaikan permintaan si Rabiah, AcHiKz dah kenalkan dia pada Puan Imani dari Imani's Homemade Bakery.. AcHiKz tak ingat macamana boleh kenal dia tapi AcHiKz dapat lihat sendiri hasil kerjanya yang cantik masa majlis perkahwinan si Laily.. Puan Imani terima tempahan sekitar kawasan Sungai Petani, Seberang Jaya dan kawasan sewaktu dengannya..

Ini la kek kahwin si Laily.. BFF dia tempah khas buat hadiah perkahwinan diorang..

Sila jamu mata anda dengan kek2 kahwin yang cantik ni.. Nak tengok lagi boleh la klik2 kat pautan link yang AcHiKz dah siapkan kat atas tu..




Tengok la kat bawah ni.. Dah jadi kegemaran ramai sekarang ni.. Comel kan?? Comel sangat hingga tak sampai hati nak makan.. Sanggup buat jamu mata aje..


all lovely wedding cakes and cupcakes pictures credited to : imanisbakery.blogspot.com

Selain terjah blog Puan Imani, boleh juga add dia, Kek Cawan SP di Facebook..

AcHiKz : ada berangan nak hiaskan kek kahwin sendiri.. berapa tingkat tu belum tahu lagi.. he3

21 comments:

KAMIHIDUP said...

cupcake cantik. :)

solomolo said...

cantiknye kek can cupcakes tue...
jeles nie !!!~




jangan buat ni lepas makan ye...
> http://solomolo.blogspot.com/2011/04/7-perkara-yang-tidak-patut-dilakukan.html

jojo said...

berkunjung..nyami kuenya

Wahida Nasution Thakhrim said...

kamihidup : yea la.. AcHiKz pun berkenan pada cupcake tu.. comel!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

solo molo : awatnya jeles?? bukan AcHiKz yang buat pun.. he3

Wahida Nasution Thakhrim said...

jojo : terima kasih sebab sudi datang.. yea, nampak sedap kan??

MegaImaginasi said...

cup cake tu kalau makan banyak2 mesti best ....lepas tu pergi jam...ban...kiki

Wahida Nasution Thakhrim said...

sakakarma : ha3.. dah makan kena la buang juga..

kindergartenlibrary said...

tetiba mau kawen ..
=p

Wahida Nasution Thakhrim said...

nelly : AcHiKz pun rasa macam tu juga.. he3 tapi calonnya belum ada..

Anonymous said...

Cantiknya achikz kek2 tu.. sampai je hati nak mengunyah semua tu.. hehehe

Mohamadazhan.com said...

achik kawen nanti kek berapa tgkat lak.hehe?

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : cantikkan.. AcHiKz tak sampai hati nak makan tapi AcHiKz tau anak2 saudara AcHiKz akan habiskan.. ha3

Wahida Nasution Thakhrim said...

azhan : entah la.. belum tahu.. tapi tak tinggi2..

fizalinolie said...

Wah! cantiknya cake dan cupcakes tu... Huhu. terliur den tengok.

fizalinolie said...

Wah! cantiknya cake dan cupcakes tu... Huhu. terliur den tengok.

Sharinginfoz said...

cantik2 kek kahwin ni

Wahida Nasution Thakhrim said...

kak fiza : terliur tapi tak sampai hati nak makan la.. he3

Wahida Nasution Thakhrim said...

sharinginfoz : yea, memang cantik.. bila la AcHiKz mampu nak buat macam tu..

Miecyber said...

Geram betul tengok kek tu...Nyummyyy

Ikan Patin Temerloh

Wahida Nasution Thakhrim said...

miecyber : yummy tapi tak sampai hati nak rosakkan kek yang cantik tu..