Showing posts with label WiShLiSt. Show all posts
Showing posts with label WiShLiSt. Show all posts

Thursday, 11 November 2010

i NeEd a NeW pUrSe


Barang pertama dalam wishlist AcHiKz bulan November ni.. AcHiKz suka dompet panjang.. Isi banyak barang pun tak la kembung sangat..

ada sesiapa tak yang sudi nak kasi?? he3

Thursday, 10 June 2010

PeRaNcAnGaN MaSa DePaN


Cuti sekolah sekarang ni mesti banyak undangan majlis perkahwinan yang kita akan dapat.. Banyak sampai tak sempat nak memenuhi semua undangan.. Hal yang sama jugak berlaku pada aku.. Minta maaf banyak2 pada raja sehari yang diraikan sebab aku tak dapat nak hadiri majlis perkahwinan korang.. Cuma aku boleh ucapkan

" SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT.."

Setiap daripada kita semuanya ada harapan & matlamat yang hendak dicapai terutamanya bila bila dah ambil keputusan untuk mempunyai pasangan.. Betul tak?? Macam tu jugak aku.. Aku pun dah ada perancangan masa depan terutamanya untuk mendapat kebahagiaan bersama orang yang aku sayang..

ringkaskan lukisannya
but it tells everything..

Setakat ni aku dah lepas langkah 1 dan 2 dengan penuh syukur & gembira.. Alhamdulillah~~
Jadi sekarang ni aku tengah usaha untuk ke langkah ke-3.. Langkah yang dinanti2kan oleh semua perempuan termasuk la aku.. hu3.. Bohong sangat la kalau ada perempuan yang tak mahu kahwin.. Ada schoolmate aku memerangkap best friend seumur hidup bermati2an la tak nak kahwin sebab takut (masa tu kami dalam tingkatan 2 atau 3).. Dah lupa aku apa yang dia takut tapi rasanya banyak jugak la benda yang dia takut dalam perkahwinan ni..
Takut2 pun dah kahwin jugak dia.. Kahwin pada hujung tahun lepas dan sekarang ni tengah menanti kedatangan ahli baru dalam hidup diorang.. TAHNIAH yea..

Walaupun aku tengah usaha untuk le langkah yang ke-3 tapi sebenarnya langkah ke-7 sangat aku nanti2kan sebab itu la matlamat utama aku.. Bersama dengan orang yang aku sayang sehingga akhir hayat aku.. Aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan aku, mungkin aku tak sempat nak jadi tua sebab menginggal muda. Mungkin jugak orang yang aku sayang akan pergi tinggalkan aku dulu.. Entah la, benda macam ni memang tak dapat nak duga dan tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan.. Apa pun yang paling penting sekali, kita kena usaha untuk mendapatkan kebahagaiaan sebab kebahagiaan tak mungkin datang kepada kita dengan sendirinya..

Pada langkah mana korang berada disaat ni??
Semoga kita semua akan sampai ke langkah yang terakhir iaitu
GETTING OLDER TOGETHER WITH THE ONE WE LOVE..

Monday, 10 May 2010

LaIn TaPi AkU SuKa


BROADBAND

Sejak si carol kata nak tamatkan streamyx kat rumah sewa hujung bulan april lepas aku memang tak senang hati.. Kalau tak ada internet macamana aku nak ber'facebook'?? Aku ni dah la pemain game kat facebook yang sangat3 tegar.. Susah hati aku kalau tak menjenguk kebun, restoran, bandar aku sekali sehari.. he3..

Niatnya nak subscribe maxis broadband bila balik SP sebab duit tak cukup la.. Balik SP aje aku terkejut!! Kerana tawaran hebat maxis broadband sampai 3 tempat yang jadi wakil jualan maxis broadband aku pergi semua broadbandnya SOLD OUT!! Kalau nak jugak kena order la dulu dan stok DIJANGKA akan tiba selepas DUA BULAN!!

Aiyakk!! Aku mana boleh tunggu selama tu.. Selain ber'facebook', baca blog2 fave aku, mana la tahu kalau2 surat tawaran temuduga akan dihantar thru email ke, mau meraung aku kalau terlepas peluang temuduga kerja..

Keputusan muktamat aku buat.. Aku pun terus la pi satu tempat ni.. Dengar penerangan, tanya apa2 yang aku tak paham (aku ni bukan la reti sangat hal2 teknologi ni.. hu3) isi borang, bayar yuran pendaftaran, kat bawah itu la apa yang aku dapat.. (^^)


Lepas setengah jam daftar terus boleh pakai.. GUMBIRA tak terhingga aku.. (^^)
Kena terima kasih juga kat ayah sebab kalau ayah tak kasi duit ni, tak dapat la aku broadband ni.. hu3..


HANDPHONE

Hari tu aku ada cerita yang aku nak sangat handphone baru sebab yang pakai sekarang ni dah sewel.. ha3.. Tapi dalam entry yang dulu tu aku berangan nak pakai Nokia 2370, tapi yang dibeli lain la pulak..

Ni la handphone yang aku beli.. Sony Ericsson S312..
Biasa2 aje.. Walaupun biasa2 aje tapi semua features yang aku mahu ada kat handphone ni.. Kira aku puas hati la walaupun yang aku nak lain tapi beli yang lain.. he3..

Sneak peak kat SE S312..
(yang pasti gambar anak beranak dalam gambar kat bawah ni bukan aku la.. hu3)


Ada lagi wishlist aku yang belum tercapai.. Mungkin akan terlaksana bila aku dah merasa gaji sendiri nanti.. Tapi buat masa ni kena la sabar dulu..

Yang penting sekali aku memang suka dengan 2 barang ni.. Memang lain dari apa yang aku berangan tapi aku suka~~

Sunday, 28 March 2010

My WiShLiSt


Ni la 2 benda yang ada dalam wishlist aku.. Memang nak sangat3!!

nokia 2370 classic

Handphone yang aku pakai sekarang ni dah tak okay.. Sebab asyik jatuh ja (aku ni careless la.. hu3).. Aku pun tak faham kenapa aku minat sangat model ni.. Memang la tak canggih langsung macam i-Phone atau pun Blackberry yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni tapi aku rasa sesuai la dengan aku.. Cute and nice.. (^^)

sony cyber-shot DST-T90/B

Aku memang tak ada camera buat masa ni.. Kalau ada pun cuma share aje.. Susah sikit la kalau nak share sebab mesti aje ada yang nak guna time aku nak guna.. Aku ni dalam spesis photogedik.. Jadi kena la ada camera sendiri.. ha3

Cuma keadaan ekonomi aku buat masa ni aje tak izinkan aku memiliki 2 benda ni..

Maybe someday.. Hurm..