Wednesday, 21 September 2011
Malu!!
Friday, 15 April 2011
Kek kahwin?? AcHiKz tak mampu la..

Saturday, 2 April 2011
Awak sudi tak??

Friday, 11 February 2011
Tahniah Dr. M!!

Monday, 10 January 2011
Facebook : Medan bertikam lidah terkini
Tuesday, 4 January 2011
Kalau tak tahu, belajar la..
Wednesday, 29 December 2010
wHaT FaCeBoOk ReAlLy NeEdS

Monday, 6 December 2010
KaLau SaYaNg ToLoNg BaLaS!!

Saturday, 27 November 2010
MeGaN FoX BeLaNjA RM1,236 mAiN PeRmAiNaN iNTeRnEt

Wednesday, 24 November 2010
FaCeBoOk PuNcA kEs PeNcErAiAn MeNiNgKaT??
Gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat tahun demi tahun.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, dipetik sebagi berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,” kata Naib Presiden AAML, Kenneth Altshuler.
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.
sumber : Utusan Online
AcHiKz : beringat2 la masa ber'Facebook'.. jangan ghairah sangat..
Monday, 8 November 2010
aYaT2 pOwEr LePaS KaHwIn.. MaCaM BeTuL aJe..
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.
Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??
p/s: betul ke cmni?? (*_*)
Friday, 5 November 2010
JoDoH : JaNgAn MeNCaRi tErLaLu sEmPuRnA
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungkan bersama~
Diambil dari Facebook Irara Dira..
tQ.. (^^)
AcHiKz : bak kata penulis Dolores Ayotte, I'M NOT PERFECT AND IT'S OKAY..
NaMa aDaLaH SeBaHaGiAn DaRi JeNaMa
Tuesday, 2 November 2010
SuRaT uNTuK BaKaL SuAmI
Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)
Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.
Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.
So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!
Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!
Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…
Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak. Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….
Oh laling,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!
Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?
Oh Laling,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).
Dan laling,
Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi
Laling,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….
Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!
Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.
Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^
AcHiKz : mr. popeye my laling, sila baca!!
Thursday, 28 October 2010
LaA!! AkU iNgAt HaNg yAnG KaHwIn DeNgAn DiA..
