Monday 29 November 2010

NaK JaDi bLoGgEr PoPuLaR


Maaf la yea.. Semalam nak tunggu Dashboard selesai loading pun dah ambil masa lama.. Jadi terus hilang mood nak menulis walaupun jari2 dah gatal nak bersenam atas papan kekunci..

Hari ini AcHiKz nak kongsi rencana yang AcHiKz baca di ruangan Bisik2 Mingguan oleh Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam.. Topik yang menarik dan semakin ramai orang ingin menjadi seperti mereka..

Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.

Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky's Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).

Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka.

Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.

Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas.

Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com dan sakmongkol.blogspot.

Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.

AcHiKz : banyak kerjaya yang tak pernah didengar zaman dulu2 kala dah jadi kerjaya idaman pada masa kini..

Saturday 27 November 2010

MeGaN FoX BeLaNjA RM1,236 mAiN PeRmAiNaN iNTeRnEt


LONDON 26 Nov - Kerana kelalaian ibu bapanya, seorang kanak2 berusia 7 tahun telah membelanjakan sebanyak 250 pound (RM1,236) kerana bermain permainan internet PETVILLE hampir sejam..


Megan Fox bermain permainan Petville melalui laman web sosial Facebook yang membolehkan penggunanya membeli pakaian dan perabot untuk haiwan peliharaan yang wujud dalam alam maya..

Tetapi bapa Megan, Matthew (35 tahun) terlupa untuk mendaftar keluar akaun Paypal yang digunakan untuk melakukan pemindahan wang bagi memudahkan pembelian barangan di internet..

Matthew dan isterinya Dawn (33 tahun) merayu kepada Facebook dan Paypal agar memulangkan kembali wang mereka selepas dia menerima emel resit pembayaran berjumlah USD400 (250 pound)..

Pasangan berkenaan tidak membenarkan Megan membuka akaun Facebooknya sendiri dan hanya membenarkannya bermain menggunakan akaun Matthew sambil diawasi bapanya..

"Dia bermain permainan itu sambil bertanya kepada kami, baju mana yang kami suka.. Kami bermain bersama2 tanpa menyedari yang sebenarnya Megan membelanjakan wang.. Saya malu selepas menyedari apa yang telah berlaku," kata Matthew yang bertugas sebagai seorang paramedik..

Dalam laman web permainan itu ada menyatakan peraturan yang menyebut bahawa pemilik akaunnya perlu bertanggungjawab jika terdapat pembelian daripada ahli keluarga mereka..

"Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan sentiasa memantau anak2 mereka," pesanan Facebook.. - AGENSI

sumber : Utusan Malaysia

AcHiKz : tengok tu.. budak2 kecil pun dah minta nak ada akaun Facebook.. ibu bapa sekalian, sila pantau dan tegas la bila anak anda guna laman sosial..

Friday 26 November 2010

AcHiKz RiNdU SeRaGaM PuTiH Tu


Hari Selasa yang lepas dah berkampung ramai2 makan tengahari (terima kasih kat banyak2 kat tuan rumah, si Oliea dengan masakan yang sedap), hari Rabu pula keluar merayau kat Sunway Carnival Mall sebab nak tengok wayang.. Dah rancang awal2 nak tengok Harry Porter : Deathly Hollows Part 1..

Hanya keluar berempat aje sebab sorang lagi tak dapat nak ikut.. Tiba2 mak dia ajak balik kampung pulak.. Ramai budak2 sekolah aje kat situ, mentang2 la dah cuti sekolah.. Tiket dah dapat, isi perut dulu la sebelum masuk panggung wayang..

Ima tengah tunggu pelayan datang..

AcHiKz isi masa lapang tunggu pesanan sampai..

si Ummu dengki sebab AcHiKz dapat cari semua perkataan..

terima kasih pada Encik Aziz sebab kasi kami 'culik' isterinya, Oliea.. ha3

Tengah sedap2 AcHiKz menikmati pencuci mulut, ternampak la beberapa anggota tentera laut lalu depan kami dengan seragam putih (dah lupa lak apa nama seragamnya tu..) terus teringat kat mr. popeye.. Terbayang betapa segaknya dia dalam seragam putih tu.. Alahai, bila la kita dapat jumpa ni.. Rindu la..

Tapi bila mula aje wayang, AcHiKz lupa sekejap kat mr. popeye gara2 terlalu kusyuk tengok Harry Porter.. Jangan marah yea mr. popeye sayang, you are still my no.2.. (^^)

Thursday 25 November 2010

iNtErEsTiNg bLoG AwArd


Terima kasih buat Cik Gebu atas award ni.. Masih lagi terharu walaupun dah terima 2 award sebelum ni.. Tak pernah berangan walau sekali nak dapat award2 macam ni masa mula2 wujudkan AcHiKz HoUz.. Terima kasih pada bloggers sekalian sebab sudi jengah2 kat sini..


Dah dapat award macam ni mesti la ada soalan2 yang perlu dijawab..

1. soyahchanteq.blogspot.com dimata kalian blog aku ler tu.. (sila blogwalking kalau sudi)
blog tuan rumah banyak elemen yang comel sekaligus tunjuk dia ada personaliti ceria..

2. Nama blog anda dan kenapa letak nama tu..
AcHiKz tu nama panggilan yang diguna secara meluas kat kolej dan tempat praktikal.. Selain tu anak2 sedara pun guna nama panggilan yang sama.. Sebab tu AcHiKz nama yang paling sesuai untuk nama blog ni..

3. Nama URL anda dan mana datangnya idea tu..
http://wahidathakhrim.blogspot.com/ diambil dari sebahagian nama penuh dalam MyKad.. Bukan tak ada idea lain tapi AcHiKz rasa nama sendiri cukup sesuai untuk URL..

4. Apakah method penulisan anda??
AcHiKz amalkan kaedah penulisan bebas.. Apa yang diutarakan kat sini adalah pendapat AcHiKz sendiri bila melihat & menilai sesuatu perkara.. Topik2 yang diutarakan kebanyakkannya berkaitan dengan hal peribadi dan ada juga isu2 semasa yang disentuh disini..

5. Apa perasaan anda bila lihat blog orang lain cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak.. (kadang2 blog sendiri cantik tapi merendah diri)
Suka tengok blog orang lain cantik dan menarik tapi AcHiKz lebih selesa dengan gaya sederhana..

6. Bilakah blog anda diwujudkan..
AcHiKz HoUz 'dilahirkan' pada 23 Mac 2010.. Dah lebih 8 bulan AcHiKz menulis..

7. Siapakah orang pertama tahu dan menjadi follower blog anda..
Balqees dairy.. Terima kasih aunty.. (^^)
Nanti kalau saya turun Kulaijaya saya akan datang jumpa aunty..

8. Sila tag 5 nama lain untuk terima award tersebut dan fowardkan syarat2 ini..

p/s : Link pada soalan no. 1 tukarkan dengan link AcHiKz.. Soalan2 lain tetap sama..

Wednesday 24 November 2010

FaCeBoOk PuNcA kEs PeNcErAiAn MeNiNgKaT??

MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.

Gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat tahun demi tahun.

Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook.

Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.

Presidennya, Marlene Eskind Moses, dipetik sebagi berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.

Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.

“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.

“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.

“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,” kata Naib Presiden AAML, Kenneth Altshuler.

Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.


sumber : Utusan Online


AcHiKz : beringat2 la masa ber'Facebook'.. jangan ghairah sangat..

TaK sUkA!!


Tak suka la.. Tiap2 bulan jadi macam ni walaupun AcHiKz tak muat turun fail yang berat.. Tiap2 bulan jumlah bil sama aje, tak ada pun melebihi yang sepatutnya.. Bayar bil pun tepat pada masa.. Tak pernah lewat pun..

AcHiKz dah selesai menyapu, siram pokok atau sidai baju pun masih belum habis loadingnya.. Geram!! (><#)

p/s : nak terbitkan entry ni pun dah ambil masa lama..

NeEd SoMe sPiCe iN LiFe



LIFE - Life indeed would be dull if there were no such difficulties..

Monday 22 November 2010

LeT's jOiN bOoMbAsTiC bLoG aWaRd



AcHiKz dah join, korang bila lagi??
3 syarat mudah untuk sertai contest ni.. Semudah hafal ABC..

1- Jadi follower blog USTAZ

2- Copy gambar award kat atas dan buatkan link.. Buat satu entry yang MELETOP (letakkan di side bar juga)

3- tinggalkan link dan tag 3 orang rakan..

Sunday 21 November 2010

AcHiKz 2nD AwArD!!


Terima kasih3.. AcHiKz sangat berbesar hati sebab hari ini aje dah 2 award AcHiKz dapat.. Award kali ni AcHiKz dapat dari Pink Merah Jambu..

1- Thanks to the person who gives you award and link the person..
Already mention above.. Click the link to pay her a visit..

2- Spread the words to 15 blogger who you like and fine their blog are awsome :
(tadi dah senaraikan 10.. kali ni dapat senaraikan 5 aje.. bakinya insyaALLAH lain kali..)

AcHiKz FiRsT AwArD!!


Wow!! Tak sangka!! Tak sangka sebab AcHiKz HoUz dapat award pertama.. Award diberi oleh shekechik..

Meh AcHiKz jawab soalan2 tu..

1. Berikan satu nickname untuk saya
SI COMEL

2. Ucapan untuk pemberi award
Terima kasih banyak2.. Tak sangka pula boleh dapat award ni.. AcHiKz HoUz ni ringkas2 aje..

3. Enam (6) favourite artist@singer@band group yang korang minat
L'Arc~en~ciel
Sheila On 7
The Rasmus
6ixth Sense
KRU
Westlife

**banyak yang AcHiKz minat tapi bila ditanya soalan macam ni cuma dapat ingat beberapa aje la..

4. Tag 10 orang

KeSyUkUrAn BeRgAnDa Di AiDilaDhA



Comelkan?? Ini anak kawan sekolah AcHiKz.. AcHiKz dengan Raihan pi melawat diorang semalam.. Namanya Muhammad Ariff Adha sebab dia lahir pada awal pagi Hari Raya Aidiladha..

Kalau bulan November tahun lepas, AcHiKz jadi pengapit untuk majlis kahwin ibu dan abah Ariff, bulan November tahun ni pula AcHiKz dah jadi makcik kepada Ariff.. Seronok bila tengok banyak perkara yang baik berlaku dalam masa setahun ni..

AcHiKz harap Ariff membesar dengan sihat.. Nanti boleh la AcHiKz dan makcik Raihan bawa Ariff jalan2.. (^^)

Friday 19 November 2010

kEk BaTiK AiNiNa kENa PaU!!


Balik raya baru2 ni bangah minta buatkan kek untuk Ainina sempena jamuan di pra-sekolah.. Jamuan gaya 'potluck' katanya..

Jenuh jugak AcHiKz fikir apa la kek yang sesuai.. Kalau buat ikut selera AcHiKz takut budak2 tu tak nak makan pulak nanti.. Nak tanya si Ainina pun bukan dia tau sangat pasal kek ni.. Dia tau makan aje.. Tanya bangah, dia kata ikut AcHiKz la.. Tanya kakak, dia kata kek lapis.. Amboi, macam bukan untuk Ainina aje tapi macam makcik Ainina aje yang nak.. (><")

Jadi, AcHiKz buat keputusan sendiri aje.. AcHiKz nak buat kek yang cepat, mudah dan DIJAMIN sedap.. AcHiKz buat kek batik.. Kek yang tak payah nak guna ketuhar.. Yang ada cuma bekas plastik yang kecil jadi AcHiKz bahagi dua la adunan tu.. Sejukkan dan nanti boleh terus makan..

Jadi AcHiKz tanya la bangah tentang jamuan pra-sekolah Ainina tu.. Baca la kat bawah apa yang bangah balas..

**sila klik untu besarkan.. jangan paksa mata korang..

AcHiKz : sepatutnya kek tu kasi la balik kat Ainina, ni boleh lak cikgunya bawak balik.. hampeh!!

p/s : gambar keknya tak ada.. lupa la nak snap..

oH! mY LaDy


Drama Oh! My Lady ni dah disiarkan beberapa hari yang lepas tapi AcHiKz tak sempat nak post entry ni sebab maklum la, AcHiKz ni sibuk berhari raya.. Drama ni ada 16 episod semuanya dimana heronya adalah pujaan peminat2 SUPER JUNIOR iaitu Choi Si Won..

Ceritanya mengisahkan seorang mak janda Yoon Gae Hwa lakonan Chae Rim yang bekerja sebagai pengurus kepada bintang terkenal Sung Min Woo yang berperangai buruk lakonan Choi Si Won kerana ingin mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya dari bekas suami.. Selain itu dia juga dibayar untuk menjaga anak perempuan Choi Si Won yang tidak diketahuinya sebelum ini..


Untungnya budak ni dapat Daddy handsome..
AcHiKz nak juga telinga arnab macam tu.. (^^)
Ada siapa2 sudi hadiahkan??

Untuk muat turun OST Oh! My Lady, sila klik pada tajuknya..


Drama ini disiarkan pada jam 8.30 malam hari Isnin hingga Jumaat di 8tv.. Tapi kalau nak tonton secara online dengan sarikata Bahasa Inggeris korang boleh klik di sini, manakala untuk sarikata dalam Bahasa Cina boleh tonton di sini..

Thursday 18 November 2010

WaJiB aDa UnTuK HaRi RaYa


Salam Aidiladha sekali lagi kepada semua.. Bagi orang utara macam AcHiKz ni, tak lengkap raya bila tak ada ketupat daun palas.. Walaupun boleh beli aje, tapi famili AcHiKz tetap akan buat sendiri ketupat daun palas..

Jom tengok secara ringkas cara balut ketupat daun palas..

Pulut yang separuh masak..

Daun palas.. Kalau daunnya lebar dan panjang lagi best balut ketupat..

Bentukkan hujung daun palas macam bentuk kon.. Jangan luas sangat atau sempit sangat.. Saiz kon penentu hasil akhir ketupat nanti..

Penuhkan dengan pulut dan mampatkannya macam dalam gambar kat atas ni.. Kalau tak mampat, susah nak balut dan hasilnya tak cantik bila dah rebus nanti..

Masa balut kena pastikan hujung ketupat tak terbuka.. Nanti pulut terkeluar dari ketupat masa direbus.. Nak tunjuk cara balutnya tak ada sapa2 yang boleh bantu AcHiKz pegang kamera.. AcHiKz balut ketupat sorang2 aje.. Mama bantu kejap2 sebab mama sibuk masak rendang.. AcHiKz boleh tunjuk hasil akhir aje la..

Balut ketupat pun kena ada cara juga.. Kalau kurang atau lebih balut nanti jadi ketupat betina (itu la yang mama dan maktok beritahu AcHiKz la).. Ketupat betina bentuknya segitiga sama, ketupat jantan (macam dalam gambar diatas dan dibawah ni) bahagian atasnya lebih kurang bentuk tanduk..

Bentuk ketupat jantan lebih digemari sebab panjang dan nampak cantik.. Balut ketupat ni pun kena banyak berlatih untuk dapatkan sebiji ketupat jantan yang elok dan kemas.. Senget2 aje ketupat yang AcHiKz balut masa mula2 belajar dulu.. Dah lama, baru la elok ketupatnya..

Ini la hasilnya.. Belum simpul lagi tu.. Balut dulu, dah selesai baru simpulkan.. Tangan licin tak boleh nak tarik simpul tu..

Isi air sampai tutup keseluruhan ketupat dan rebus sampai airnya tinggal sikit.. Lepas tu boleh la makan bersama rendang (pilihan utama AcHiKz) walaupun secara umumnya kat Kedah ni makan ketupat dengan kari, selalunya kari daging dengan kentang..

Sedap sedap sedap.. (^^)

Wednesday 17 November 2010

SaLaM AiDiLaDhA



Salam Aidiladha buat semua umat Islam, tak kira dimana anda berada.. Marilah sama raikan Aidiladha dengan penuh rasa syukur..

Tuesday 16 November 2010

AiDiLaDhA BuKaN SeKaDaR KoRbAnKaN HaiWaN


Tak sampai 24 jam lagi kita akan sambut Hari Raya Aidiladha.. Persiapan dah 80% siap.. Cuma tinggal nak masak rendang dan balut ketupat daun palas aje..

Ada sebilangan kecil dari kita tak peduli sangat tentang sambutan Aidiladha berbanding Aidilfitri.. Mungkin disebabkan lagu2 raya tak berkumandang jadi semangat nak sambut Aidiladha tu tak ada.. Mungkin juga sebab cutinya pendek aje jadi tak rasa teruja nak sambut macam Aidilfitri yang lepas.. Agaknya macam2 lagi yang boleh dijadikan alasan kenapa Aidiladha disambut dengan hambar..

Bila ditanya apa yang kita faham tentang Aidiladha, mesti keluar jawapan wajib iaitu korbankan haiwan.. Takkan itu aje yang kita tahu??

Aidiladha disambut bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menjalankan perintah ALLAH dan juga patuhnya Nabi Ismail memenuhi perintah ALLAH s.w.t.. Disebabkan peristiwa ini la ibadat korban diadakan.. Ibadat korban hanya dilakukan selama 4 hari sahaja iaitu pada Hari Tasyrik bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah..

Selain itu pada 10 Zulhijjah juga berlaku peristiwa dimana Nabi Adam dan isterinya Hawa, dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu semula di Padang Arafah..

Pada pagi Aidiladha, solat sunat hari raya sebanyak 2 rakaat akan dikerjakan 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua.. Selain itu solat sunat Aidiladha juga dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri bagi memberi lebih masa untuk penyembelihan korban.. Bagi solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit bagi memberi peluang pada sesiapa yang belum menunaikan zakat..

Itu la serba sedikit yang boleh AcHiKz beritahu.. Salam Aidiladha AcHiKz ucapkan pada seluruh umat Islam.. Pada yang berpeluang untuk sambut kat kampung halaman, berhati2 bila memandu..

Monday 15 November 2010

HaRgAiLaH HiDuP iNi dEnGaN SePeNuHnYa..


AiNiNa 1sT GrAdUaTiOn!!


Tahniah AcHiKz nak ucapkan buat anak sulung AcHiKz, Ainina yang tersayang ni.. Tahniah sebab dah selesai pra-sekolah.. Tahun depan dah melangkah ke Tahun 1.. Cepatnya masa berlalu.. Rasa macam baru semalam aje anak saudara AcHiKz ni lahir..

AcHiKz pun tak berani nak pakai gincu merah jambu terang macam tu.. (><")

Walaupun baru masuk Tahun 1, AcHiKz harap kakak belajar rajin2.. Atuk, nenek dan AcHiKz akan sentiasa kasi semangat dan dorongan pada kakak..

Saturday 13 November 2010

DoN't GiVe uP


pEnYeLaMaT AcHiKz!!


Encik jerawat kembali menyerang!! Muka AcHiKz ni jarang la berjerawat walaupun encik bulan datang melawat tiap2 bulan.. Tapi kali ni teruk sangat naiknya.. Merah2 kat dahi dengan pipi..

Kalau dulu AcHiKz guna krim jerawat, walaupun berkesan tapi kulit asyik rasa pedih aje.. Rasa macam panas melecur pun ia jugak.. Jadi kali ni AcHiKz ambil pendekatan lain iaitu guna produk tradisional.. AcHiKz guna bedak sejuk pulak..

Bedak Sejuk Herba keluaran Mami Nazira yang beroperasi di Kampung Baru, Sungai Petani..

Ramuan :
beras, kencur hidup, kulit kayu manis, akar restu dan bunga kesumba.. ( maaf la yea, AcHiKz cuma tahu beras dengan kulit kayu manis aje, yang lain AcHiKz tak tahu)

Kegunaan :
menghilangkan jerawat, jeragat, ruam2 panas, gatal2 kulit, kulit kemerahan, tanda2 resdong serta baik ibu lepas bersalin dan juga bayi..

Mesti ada yang tanya pasal bau bedak sejuk ni kan?? Tambah2 dengar nama bedak sejuk rempah pulak tu, mesti ada yang ingat baunya busuk.. Tapi ikut hidung AcHiKz ni baunya okay2 aje..

AcHiKz guna secara berterusan taip2 hari.. Memang nampak ada perubahan.. Jerawat dah pun kecut, merah2 muka pun dah kurang.. Walaupun ada kulit kayu manis dalam bedak sejuk ni tapi tak ada pun rasa pedih..

Lepas ni AcHiKz jadi pengguna setia bedak sejuk aje la.. Dah tak nak pakai krim jerawat lagi..

Friday 12 November 2010

bErSyUkUrLaH KeRaNa MaSiH BeRnYaWa


Selamat pagi semua.. Rasanya mesti semua orang masih terkejut dan bersedih dengan kehilangan penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin (43 tahun) meninggal dunia akibat serangan jantung semalam..

Siapa boleh sangka kan, nampak elok aje seseorang tu, kita berbual dengan dia macam biasa, gelak2 macam biasa tapi esoknya dia dah pun tiada..

Beringatlah semua, mungkin hari ni kita masih berpeluang pun untuk bernafas dan menjalankan aktiviti seharian seperti biasa tapi esok masih belum tentu..

Takziah AcHiKz ucapkan kepada balu Shamrin iaitu Jazriatul Akmar (29 tahun) yang sarat mengandung 9 bulan semoga kuatkan semangat dan tabah hadapi hari mendatang..

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman..

Thursday 11 November 2010

i NeEd a NeW pUrSe


Barang pertama dalam wishlist AcHiKz bulan November ni.. AcHiKz suka dompet panjang.. Isi banyak barang pun tak la kembung sangat..

ada sesiapa tak yang sudi nak kasi?? he3

Wednesday 10 November 2010

uJi OtAk aNdA


Kalau tak pass nie, something wrong dengan otak korang.


Short Neurological Test


1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


2- If you already found the C, now find the 6 below.

999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999


3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM


This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.


Congratulations!


part 2

eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.


Only great minds can read thisThis is weird, but interesting!


If you can raed this, you have a sgtrane mnid too


Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.


I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it..


AcHiKz : yay!! AcHiKz lulus!! (^^)

KeNaPa MuKa TaK SaMa Ni??


Selama ni dok terperap aje dalam beg duit AcHiKz ni.. Jarang la nak keluarkan.. Kali terakhir bila tunjuk kat pegawai Imigresen kat Bukit Kayu Hitam bulan lepas masa pi Reunion ayah..

Hari ni keluarkan lagi, kali ni nak buat beberapa salinan untuk urus persaraan mama.. Bila tengok balik MyKad AcHiKz, alamak teruknya gambar.. Muka macam baru bangun tido pun ada, dah la tudung pun senget, walaupun dah banyak kali betulkan sebelum nama dipanggil, paling teruk, mata dalam MyKad tu sepet aje..


AchiKz boleh tunjuk lesen memandu aje la.. Gambar ini yang dikira agak terkini, gambar tahun 2008.. Muka AcHiKz yang sangat terkini kat profile boleh tengok.. Kalau tak puas, tengok la kat Facebook AcHiKz.. Malu la nak tunjuk gambar MyKad AcHiKz.. MyKad AcHiKz buat pada tahun 2005, masa tu muka lagi tembam dari sekarang..


"kenapa muka adik tak sama macam dalam MyKad ni??"

"muka dulu2 kala la akak.."

"ni muka tahun bila??"

"muka 5 tahun lepas.."

"lain benor muka kamu dik, baik pi buat MyKad baru, akak takut orang lain tak percaya gambar ni gambar kamu.."


Saranan akak dari Jabatan Imigresen belum lagi AcHiKz laksanakan.. Entah bila la nak pi buat MyKad baru.. (><")

TeRiMa KaSiH




TERIMA KASIH!! (^^)

Ucapan ni khas buat bloggers yang sudi singgah dan tinggalkan jejak anda kat rumah AcHiKz yang tak seberapa ni..

Terima kasih juga pada bloggers yang sudi menjadi followers di AcHiKz HoUz juga.. Komen2 yang diberikan akan AcHiKz guna untuk memperbaiki mutu penulisan AcHiKz..
Kehadiran anda semua kat rumah AcHiKz ni amatlah dihargai..